BAB 59

8.8K 193 0
                                    


Hampir sebulan jugalah kes yang melibatkan doktor Izhar dan Fazura tersebar luas sehinggakan hospital mendapat tempiasnya. Haifa pula sudah memulakan tugasnya semula dengan lebih tenang.

Berehat seminggu di kampung tanpa sebarang gangguan daripada orang-orang sekitar termasuk suaminya dan ahli keluarganya. Ini barulah kehidupan dia.

"hari ini kau balik tak?" tanya Wani.

Haifa menggeleng.

"aku stay dekat hospital tiga hari. Pesakit aku terlalu banyak lagipun banyak doktor yang minta cuti dan ada yang berhenti sebaik sahaja kes hari itu tersebar. Tak cukup tangan aku dibuatnya" dia mengadu.

Wani mengangguk.

"sebab diaorang, hospital yang kena tempias. Si Faz pula bulan depan dah nak bersalin. Yang tak percayanya, kuat pula kandungan dia bila si laki tak guna tu minta nak buat ehem ehem"

Haifa tertawa lepas dan menekan-nekan perut dia yang sakit.

"aduhai, adinda ku yang tercinta. Kau dah kahwin pun masih tanya aku lagi. Aku ni yang dah sebulan tak jumpa suami pun tak tanya macam itu" tergeleng-geleng Haifa dibuatnya.

Wani mencubit lengan Haifa.

"tahulah otak aku kotor. Alamak"

Haifa tertawa.

"eh, kejap. Kenapa dah sebulan tak jumpa laki kau?" Wani pelik.

Tawanya terus mati.

"takkan masalah hari itu masih belum selesai. Orang yang ambil gambar itu pun dah minta maaf kan sebab salah sangka"

Bahunya diangkat.

"laki aku ke Singapura selama dua bulan. Jadi, aku tak duduk rumah tu selama sebulan. Lagipun, minggu depan aku balik Kedah dan cuti seminggu. Harap tak demam lah" beritahu dia.

"sanggup tunggu bertahun tapi masalah kecil macam ini dah kecoh sekampung. Nasib dia tak lafaz talak. Kalau tidak memang aku orang pertama lenyek dia. Dulu bukan main mulut manis. tak akan lukakan kau tapi.. dia yang lari bila ada masalah. Goyah betul" siapa yang dilanda masalah sekarang ini. Wani atau Haifa.

"bersabarlah wahai kawan. Aku sentiasa ada untuk kau" pujuk Haifa.

"dey, aku ke kau yang kena bersabar ni?" marah Wani.

Tawa Haifa meletus.

"tapikan, aku tabik gila dengan Fazura tu. Dia masih fikirkan Allah walaupun hampir setiap hari dia lakukan benda tu tanpa ikatan yang sah" kali ini topik mereka kembali serius.

Haifa mengangguk.

"aku pun tak sangka yang dia sanggup datang kepada kita, cerita hal yang sebenar walaupun itu akan memalukan diri dia sendiri. siap cakap lagi yang aku boleh hina dia masa dapat tangkap hubungan dia" kata Haifa.

Wani mengangguk.

"dia pun dah tak tahan dah tu. Aku nampak dekat mata Izhar tu penuh dengan cinta pada Faz cuma dia salah guna cinta itu" kata Wani.

Haifa mengangguk.

Sehari sebelum Haifa pulang ke Kuala Lumpur, Fazura sempat berjumpa dengan Haifa di Kedah. Dia berjumpa dengan Haifa hanya kerana ingin memohon maaf atas kesalahan yang Haifa sendiri tidak tahu. Setelah dia bercerita barulah Haifa tahu dan sedih diatas kejijikan manusia zaman sekarang.

Fazura, merupakan kawan mereka berempat sewaktu belajar di universiti. Sudah lama tidak mendengar khabar berita kerana wanita ini sudah menghilangkan diri sebaik sahaja graduan. Tidak dia sangka, selama ini wanita ini menjadi perempuan simpanan kepada lelaki itu. lelaki yang bekerja sebagai seorang doktor dan berpendidikan.

Sudah mengandung hampir 7 bulan dan sudah pernah mengalami dua kali keguguran kerana nafsu lelaki itu. dia sanggup menggugurkan kandungan semata-mata untuk memberikan lelaki itu melepaskan nafsunya. Tetapi untuk kali ketiga, dia tidak mendengar kata lelaki itu.

Dia menjaga kandungannya dengan baik walaupun hampir setiap hari mereka melakukan persetubuhan. Tibalah satu hari, lelaki itu bertindak luar kawalan dan dia cemburu dengan apa yang ada pada diri Haifa. Dia mahu memusnahkan rumahtangga Haifa kerana dia rasakan wanita itu tidak layak mendapat kebahagiaan sebegitu.

Hati manusia tiada yang dapat kita tahu.

"woi, termenung" Wani menepuk meja dan mengejutkan Haifa.

"alamak minah ni. cuba panggil baik-baik" Haifa marah. habis hilang semua fikirannya tentang Fazura.

"fikir suami ke?" usik Wani.

"kalau aku boleh fikir suami. Laki aku tu tak pernah fikir pasal aku semenjak kes hari itu. siap terus pergi Singapura sebab tak nak ambil tahu pasal aku. Aku pun malas nak ambil pusing, aku hidup dalam life aku sendiri" kata Haifa.

Wani melepaskan keluhan berat.

"dua-dua ego. Seorang macam ini, seorang lagi macam itu. cuba duduk rapat-rapat. Berbincang baik-baik" nasihat Wani.

Haifa menunding jarinya ke arah dirinya sendiri.

"aku ego? Memang taklah wei. Kalau aku ego, dah lama rumahtangga aku tu tak bahagia. Bukan kali pertama masalah ini berlaku. Dulu, suami aku pernah kena tangkap khalwat dengan salah seorang pekerja dia. Tak ada pun aku nak marah dia. Tak ada pun aku ego" hatinya sakit bila terkenang semula kisah itu.

Kekura Haifa diusap lembut.

"maaf sebab buat kau ungkit balik" serba salah Wani dibuatnya.

"tak ada guna orang cuba musnahkan rumahtangga yang memang utuh. Kes hari itu dah selesai kan? Perempuan itu mengaku yang dia nak runtuhkan rumahtangga kau berdua sebab dia benci tengok kebahagiaan orang lain" tanya Wani.

Haifa mengangguk.

Irsyad sanggup naik turun mahkamah semata-mata kerana hendak membuktikan bahawa dia tidak salah. Selama itu jugalah, dia sentiasa meyakinkan Haifa untuk sentiasa kekal disisinya. Kerana dia ialah isteri jadi dia masih kekal walaupun suaminya ada masalah.

"dahlah, malas nak mengungkit. Lebih baik aku makan. Perut aku dah lapar dah ni" terus digosok-gosok perutnya.

Sudah tiga bulan dia kuat makan. Hampir setiap hari dia akan loya tekak dan seperti hendak membuang segala isi perut. Tetapi, setiap kali dia hendak melakukan pemeriksaan kehamilan pasti dia akan datang bulan. Tapi tidak lama hanya sehari atau dua hari. Tidak pula dia membuat pemeriksaan kerana tiada yang sakit.

"kau ni semakin kuat makan. Entah-entah dah berisi" usik Wani.

Penumbuk dihalakan ke wajah Wani.

"aku tengah cuti sekarang ni. jangan kau gatal nak mengusik aku" marah dia.

Wani mengangguk dan berlalupergi bersama Haifa untuk membeli makanan.    

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now