BAB 23

6K 223 0
                                    

Didalam bilik mesyuarat. SIF Holding

"projek yang kita terima di Jepun sudah hampir siap tetapi ada beberapa masalah dan saya dah selesaikan dengan...." perbincangan didalam bilik mesyuarat.

Irsyad mengangguk.

"bajet kita untuk projek di Terengganu..."

Satu persatu pengurus disetiap bahagian memaparkan tugas mereka dan kerja mereka sebaik sahaja bos mereka sudah minta.

Pintu bilik mesyuarat diketuk dan pembantu peribadinya masuk bersama-sama dengan telefon bimbitnya. Dia meninggalkan telefon bimbitnya setiap kali ada mesyuarat kerana dia tidak mahu diganggu. Jikalau pembantu peribadinya sudah membawa masuk telefon bimbitnya ke bilik mesyuarat pasti ada perkara penting.

"ada apa Aida?" mesyuarat berehat seketika.

Aida, pembantu peribada Irsyad menghulurkan telefon dihadapannya dan disambut huluran itu.

"tadi ada orang call pejabat. Dia kata ada hal penting. Dia juga cakap yang dia ada telefon menggunakan telefon bos tetapi tidak diangkat. Tetapi dia tidak tinggalkan pesanan. Jadi, saya rasa lebih baik bos yang telefon dia sendiri" beritahunya lalu pergi keluar kerana tidak mahu mengganggu.

Irsyad tidak pula memeriksa telefonnya tetapi terus meletakkan telefonnya dan menyambung semula mesyuarat yang telah berhenti berehat beberapa minit.

"okay, kita teruskan"

Hampir satu jam lebih mesyuarat dijalankan. Sebaik sahaja habis mesyuarat barulah Irsyad sempat melihat telefon bimbitnya.

"ya Allah, 10 panggilan daripada ibu. Dah kenapa pula ni?" terkejut dia apabila melihat Puan Dahlia menelefonnya berkali-kali.

Terus nama Puan Dahlia didalam senarai panggilannya dicari.

"assalammualaikum, ibu"

"waalaikumussalam, kamu sibuk ke?" tanya Puan Dahlia sebaik sahaja dia mengangkat panggilan Irsyad.

Irsyad terus masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"baru lepas mesyuarat, kenapa ya ibu?" butang baju kotnya dibuka dan dilabuhkan punggungnya diatas kerusi miliknya.

Puan Dahlia mengerling ke arah Haifa yang sudah lena. Tadi sebaik sahaja dia makan, terus sahaja dia melelapkan mata. Pasti tidak bangun kecuali solat kerana sudah tiga hari dia tidak cukup tidur kerana terlalu sibuk.

"ibu nak beritahu ni, Haifa masuk hospital" cakap sahaja hospital terus berdiri tegak Irsyad dibuatnya.

"kenapa ibu. Dia sakit ke? Sakit apa? Okay ke tak tu? Dia menangis tak?" bertalu-talu dia menanyakan soalan kepada Puan Dahlia.

Puan Dahlia disebelah sana hanya mengukir senyuman. Dia lega kerana ada lelaki yang menyayangi anak daranya. Mulut seorang ibu adalah doa paling mujarab dan dia pernah terlepas kata yang anaknya hanya perlu hidup sendirian kerana tidak peduli lelaki ini.

Hati dia asyik serba tidak kena sebaik sahaja dia melepaskan kata-kata sebegitu.

"dia jatuh tangga.." belum sempat Puan Dahlia memberitahu perkara lain, Irsyad sudah menyampuk dan hatinya yang berdegup agak kencang menjadi lebih kencang.

BIDADARI DUNIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang