BAB 18

6.8K 256 3
                                    

Negeri Jelapang Padi. Kedah.

"ya Allah, cucu nenek. Tak baik duduk dekat atas tangga. Nanti jodoh lambat sampai" toknya sudah membebel. Selalu sangat ditegur Haifa tetapi semua tegurannya seperti udara yang berlalu masuk ke dalam telinganya.

Haifa tersengih.

"malas nak duduk dekat bawahlah nenek. Tangga je yang sempat nampak" jawabnya. Ada sahaja yang hendak dijawabkan.

"tak ada, tak ada. Pergi duduk dekat bangku sana" arahnya.

Terpaksa mengikut.

Berkain batik dan bert-shirt warna biru membuatkan dia seperti gadis melayu terakhir tetapi siapa hendak melihat dia kerana hanya terdapat keluarganya sahaja dan tok serta wannya dirumah.

Belum sempat dia melabuhkan punggungnya, sebuah kereta berjenama Alphard memasuki halaman rumah neneknya. Nasib tudung sudah cantik tersarung di kepalanya. Tok nya pula masih belum masuk ke dalam rumah jadi dia biarkan sahaja tok nya melayan tetamunya sendiri.

Kepalanya diletakkan diatas meja batu.

Duduk di kampung, pasti tiada internet. Novel yang dibawanya pula sudah selamat habis semalam. Sudah seminggu dia disini. Ibunya dan abang sulungnya baru sahaja tiba semalam kerana mereka pulang sebaik sahaja menghantarnya dan abang keduanya.

"lah, ingatkan sampai lepas asar. Kami tak masak apa-apa lagi ini" kata neneknya kepada tetamunya.

Haifa tidak dengar sepatah apa pun kerana kedudukannya yang agak jauh dari kawasan halaman rumah wannya.

"Nurul Haifa, makan ubat sini" suara Puan Dahlia memanggil anak daranya dari arah dapur. Tetapi laungannya dapat didengari dari arah luar.

Haifa hendak bangun tetapi perutnya sakit. Dia duduk semula tetapi tidak pula dia pandang ke arah tetamu nenek. Tudung selendangnya dibetulkan semula sebelum dia cuba untuk bangun.

Tanpa dia sedar, ada tangan lain yang melingkari pinggangnya.

"sayang, saya dah cakapkan. Jangan sakit tanpa saya" terus dipimpin Haifa masuk ke dalam rumah. Masuk melalui pintu belakang.

Puan Dahlia terkejut dengan kedatangan tetamunya melalui pintu belakang. Untuk pengetahuan, dia dan ahli keluarga yang lain sudah tahu dengan kehadiran tetamu itu kecuali anak daranya yang seorang itu.

"hah, ibu dah cakap suruh makan ubat sebelum keluar. Kalau perut itu masuk angin balik kan susah. Suruh duduk dekat hospital tak nak. Hei" sempat dibebel sebelum air suam dan ubat diletakkan dihadapan anak daranya itu.

Haifa tersengih.

Sudah tiga hari dia tidak reda dengan kesakitan di perutnya. Keracunan makanan yang dia dapat membuatkan ususnya sedikit terkoyak dan agak sukar untuk pulih tetapi dia tidak mahu ditahan di hospital semata-mata untuk menjaga ususnya.

"dah berapa lama dia sakit ni ibu?" hei, itu ibu aku!

Haifa memberi renungan tajam.

Irsyad hanya tersenyum sahaja. Marahlah tu.

"dah 3 hari. Doktor kata mungkin pulih dalam seminggu sebab dia terkoyak sikit je tak besar sangat. Tapi budak kecik ni malas nak makan ubat. Memang lambat baiklah namanya" tergeleng-geleng Puan Dahlia dibuatnya.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now