Balik sahaja dari kampung, Haifa sudah memulakan tugasnya sebagai seorang doktor yang sebenar. Dia mendapat tawaran bekerja di HKL kerana terdapat kekosongan dibahagian unit kecemasan. Itu adalah rezeki dari tuhan.
"doktor" sapa jururawat yang berjalan disebelahnya.
Haifa menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat juga.
"wei, menonong nampak" bahu Haifa ditepuk.
Wajah Amira dipandang. Amira juga merupakan salah seorang kawannya yang dapat meneruskan pekerjaannya di Hospital Kuala Lumpur manakala dua orang rakannya yang lain meneruskan pekerjaan mereka di Hospital Serdang.
"kau ni, tak ada kerja ke. Sempat pula nak pusing-pusing bahagian kecemasan ni" tanya Haifa.
"aku baru keluar dari bilik pembedahan. Ada kes kecemasan" beritahunya.
Haifa mengangguk.
"ibu mengandung yang kemalangan tu ke?" tanya dia.
Amira mengangguk.
"macam mana ibu dengan anak? Selamat ke? Sihat?" tanya dia. Risau.
Dia pernah melihat kes kecemasan akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan ibu mengandung. Jantung dia hampir sahaja luruh bila salah satu doktor memberi tahu bahawa degupan jantung bayi semakin lemah. Keadaan ibu yang hanya bergantung pada mesin membuatkan dia bangga.
Kerana sebelum itu, ibu bayi itu sempat berpesan yang apa sahaja yang berlaku mereka perlu menyelamatkan nyawa anaknya. Oleh kerana itu, doktor berusaha menyelamatkan kedua-duanya dan syukur mereka berdua masih bernyawa sehingga kini.
"alhamdulillah, ibu dengan anak dua-dua selamat. Bayi pun sihat cuma ibunya koma sebab ada pendarahan dalam kepala. Aku dengan doktor lain cuba selamatkan dua-dua tapi masalah pada ibunya tu doktor pakar otak punya kerja. Aku dah selesai tanggungjawab" beritahunya. Dapat dilihat riak wajahnya yang mendung.
Haifa memeluk bahu Amira.
"kau dah selesaikan tanggungjawab. Jangan risau, kita doakan je semoga ibunya selamat dan anaknya dapat membesar menjadi insan yang berguna" kata-kata semangat diberikan.
Amira membalas pelukan rakannya.
"kau hebat tau, walaupun kau kena hadap pesakit kecemasan tapi kau boleh setenang macam ini. Aku yang nak kena hadap pesakit bersalin pun berdebar sebab nyawa seorang ibu semuanya dihujung rambut. Kau pula, nyawa pesakit dekat tangan kau"
Haifa tersenyum dan mereka berdua berjalan seiringan ke kantin hospital. Amira yang kelaparan sempat menarik Haifa mengikutinya. Haifa yang seperti langkah kanan, setuju sahaja dengan pelawaan Amira yang ingin membelanjanya. Alang-alang dia tiada pembedahan, dapatlah dia menemani rakannya itu.
Selesai sahaja pembedahan, dia terus bergegas pulang ke rumah. Sudah hampir dua bulan dia bekerja di HKL dan dia sangat sibuk sehinggakan ada satu hari itu dia tidak dapat pulang kerana ada kes kecemasan.
Dapat sahaja pulang, dia akan terus pulang.
"adik balik kejap lagi, nak bersihkan diri dulu" panggilan diangkat.
"jangan balik lambat sangat, nanti sejuk makanannya"
Haifa tertawa kecil.

ANDA SEDANG MEMBACA
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...