"tak sangkakan beb" bahu Haifa ditepuk.
Matanya memandang gerak-geri wanita yang sedang melabuhkan punggungnya dihadapannya.
"apa yang tak sangkanya?" tanya Haifa. Pelik.
"dulu masa ambil result SPM, kita siap cakap lagi tak akan jumpa. Tapi, last-last kita berempat dapat tawaran universiti yang sama. Bangga gila kut" Wani teruja.
Haifa hanya tersenyum sahaja.
Dia sedang praktikal dan dia praktikal di Hospital Kuala Lumpur bersama-sama dengan tiga orang sahabatnya yang lain. Cuma mereka dipisahkan dengan bahagian masing-masing. Haifa dan Wani mengambil bidang pembedahan manakala Amira mengambil bidang sakit puan dan Natasha mengambil bidang embriologi.
"dah rezeki kita. Dulu aku dapat ke UUM, alang-alang boleh duduk dengan wan dan tok aku tapi kena tahan pula dengan dua ekor badang dekat rumah tu" keluhan kecil dilepaskan walaupun sudah 7 tahun berlalu.
Wani tertawa. Boleh pula dia kata abang-abangnya itu badang.
"penat ke praktikal" satu suara menegur mereka.
"gila tak penat, orang tu senanglah dia praktikal embriologi tak lama. Belajar pun terus je tak ada berhenti. Lepas itu tak lama hanya 3-4 tahun je" tak nak mengalah.
Tasha tertawa sahaja mendengar jawapan Wani.
"itulah aku suruh ambil bidang yang berkaitan biologi, dia nak juga ambil bidang pembedahan. Tahulah dia sanggup hadap mayat" usiknya.
Penumbuk dihalakan tepat ke wajah Tasha yang duduk disebelahnya.
"siapa kata sanggup, dulu ada yang sampai muntah-muntah, demam sebab tak boleh hadap. Tapi dah lama tu, kau akan lali"
Tasha hanya mengangguk mendengar kata Wani.
"sudahlah korang, dekat kantin pun nak gaduh pasal mayat. Aku dah 7 tahun menghadap dengan Wani ni boleh tahan lagi. Kau tu kejap lagi nak makan, boleh ke hadam makanan bila kitaorang cerita?" usik Haifa.
Tasha menggeleng.
"tak nak aku, dah-dah. kita tutup cerita"
Tawa Haifa dan Wani bergabung. Tahu sangat, pasti tiada yang snaggup mendengar cerita mereka dan pengalaman mereka sepanjang 7 tahun menghadap benda yang sama. Pada mulanya, makan mereka tidak lalu. Bau yang mereka hidup dan darah yang penuh ditangan membuatkan mereka asyik hendak mencuci tangan.
Tetapi semua itu tidak lama, selepas hampir 2 tahun lebih menghadap. Mereka sudah lali dan semua itu seperti permainan mereka dalam bidang pembedahan tetapi masuk sahaja praktikal, mereka dimarahi teruk walaupun sebenarnya semua itu betul.
Saja menguji tahap kesabaran yang menipis.
"wei, perempuan satu lagi tu mana?" kepalanya ditoleh ke kanan dan ke kiri mencari kelibat sahabatnya yang satu lagi.
Haifa dan Wani mengangkat kedua-dua bahunya.
"apa hal ni, cari aku ke?" kehadiran yang secara tiba-tiba membuatkan mereka semua terkejut dan ada yang hampir melatah. Semestinya Wani!
Wani menjeling tajam.
"haha, sorry beb. Tak sengaja" telapak tangannya dirapatkan dan maaf dipinta.
Haifa menyimpan tawa. Belum tengok lagi macam mana Wani melatah sampai bersilat tapi buat masa ini latahnya semakin berkurang mungkin mereka makin dewasa. Eh, dah dewasa lah!
"apa hal lambat ni?" tanya Tasha.
Kebetulan syif mereka semuanya sama jadi adalah peluang untuk mereka berkumpul.
"tadi ada kes Caesar pula. Aku yang kena ngadap" beritahunya. Jujur.
Yang lain mengangguk.
"kau nak makan apa-apa ke?" tanya Tasha sebelum dia bergerak ke bahagian makanan.
Amira menggeleng.
"aku lepas pembedahan mana ada makan. Lepas beberapa jam baru aku makan. Macam tak biasa pula"
Tasha mengangguk.
"kau ni kenalah isi perut, nanti tak isi perut, perutnya masuk angin. Lagi susah bila kau nak kena menghadap patient dengan perut yang berkeroncong" tegur Haifa sebelum menyisip air horlick.
Amira tersenyum. Sudah lali dia mendengar kata-kata itu. Bukan tidak biasa tetapi dia semakin kurang berselera jikalau dia baru sahaja selesai membantu dalam bilik pembedahan. Masih dapat dia lihat darah yang berada diatas pisau bedah, gunting dan penyepit.
Masih dapat dia lihat, perut seorang wanita dibelah kerana ingin melahirkan zuriat buat suaminya. Masih dapat dia lihat, degupan jantung seorang ibu yang semakin lemah dan suasana dalam bilik pembedahan yang menjadi kelam-kabut.
Tidak termampu dia untuk berselera apabila melihat penderitaan seorang ibu yang bersusah payah melahirkan anak ke bumi tetapi balasan anak sebaliknya.
"terpulanglah, jangan sampai gastrik pula. Kau tu doktor, kena jaga kesihatan juga walaupun kau bukan pakar pemakanan" pesan Haifa.
Amira mengangguk.
"kau pun sama. Doktor bedah tapi kalau bab makan tak ingat kandungan gula" tegurnya juga. Haifa tersengih.
Dia baru sahaja ada selera untuk makan. Jikalau tidak, hampir seharian dia tidak akan makan sekiranya baru selesai pembedahan.
Fikirannya masih terbayang bagaimana pesakit tidak sedarkan diri semata-mata untuk pembedahan dan ada kalanya dapat dia lihat keadaan pesakit yang sangat teruk akibat kemalangan sehingga limpanya pecah.
Dia menjadi takut.
Organ dalaman sangat penting buat semua manusia, bila dia terpaksa memegang organ manusia dan menukarnya dengan organ penderma membuatkan hati dia sayu. Mengenang nasib penderma, dia sangat berterima kasih.
"dia baru nak makan wei. Tadi baru lepas pembedahan" beritahu Wani.
Amira memandang wajah kedua-dua sahabatnya itu.
"pembedahan apa?" tanyanya. Dia pun suka bertanya tentang pembedahan rakan-rakannya yang lain.
"pembedahan usus pecah akibat kemalangan" beritahunya.
Bagi orang mungkin sangat menggelikan tetapi bagi doktor itu adalah tugasnya dan dia terpaksa menerimanya. Menjadi doktor kecemasan adalah sangat memenatkan berbanding menjadi doktor yang lain.
"dah-dah, dari tadi lagi pasal pembedahan. Aku nak makan ni, jangan sampai aku muntah sebab dengar cerita kau orang" tegur Tasha sebaik sahaja punggungnya mencecah bangku kantin.
Yang lain sudah tertawa. Tahu sangat yang Tasha tidak suka mendengar perkara sebegitu oleh itu dia mengambil jurusan yang berlainan daripada mereka. Yang jauh daripada pisau pembedahan, yang jauh daripada bau darah dan yang jauh daripada kesakitan.
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Любовные романыبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...