Seperti yang dia janjikan. Dua hari di Kedah dan kemudian dia pulang ke Kuala Lumpur untuk menguruskan sesuatu. Bilik doktor Izhar dimasukinya. Bukan dia seorang tetapi bersama Wani dan doktor Fitri. Doktor sama bahagian dengannya.
"ouh, well. Doktor Izhar kita macam ini rupanya" Haifa bertepuk tangan apabila masuk ke dalam bilik tetapi didalam hatinya beristigfar.
Wani sudah menekup mulutnya dengan telapak tangan. Doktor Fitri pula sudah tergeleng. Jikalau dia tidak ikut dua orang wanita ini pasti dia tidak akan percaya dengan apa yang dua orang ini lihat.
"ouh, well. Doktor tipu pun ada dekat sini" dapat dilihat tag nama Haifa dibaju wanita itu.
"patutlah saya cari tag nama saya hilang. Dah dua hari saya tak pakai tag nama sebab itulah bahagian unit kecemasan percayakan saya. tak sangka, pandai awak ambil tag nama saya ya" terus dicapai wanita yang duduk diatas riba doktor Izhar.
"what do you want from me!!" suaranya sudah meninggi.
Kawasan luar bilik doktor Izhar sudah penuh dengan jururawat yang tertanya-tanya. Ada juga beberapa orang pesakit dan ketua pengarah hospital yang dipanggil oleh Haifa. Mereka baru sahaja turun dan tidak sangka dengan apa yang baru dilihat.
"Haifa, lepaskanlah dia" Wani memegang tangan Haifa supaya melepaskan wanita itu.
"tak semudah ABC aku akan lepaskan dia. Dia dah buat aku tanggung malu sedangkan untuk apa aku tanggung malu benda yang aku tak buat. Hei perempuan, kau nak bertutup mulut bagai buat apa. Cuba buka biar semua orang tahu betapa busuknya jadi perempuan macam kau" tiada lagi bahasa yang berbudi.
Tercengang semua yang mendengar. Seperti tidak percaya yang dihadapan mereka ini ialah doktor Haifa yang sangat dikenali dengan lemah lembut, sopan dan baik hatinya.
"saya cabar awak, kalau awak berani buka. Saya janji, anak dalam perut awak ini akan mempunyai seorang ayah" Haifa mengusap lembut perut wanita itu.
Lama dia pandang doktor Izhar dan memandang Haifa. Terketar-ketar tangan dia untuk membuka purdah yang dia gunakan untuk menutup separuh daripada mukanya. Mungkin kerana itu orang menyangka Haifa kerana hanya tag nama sahaja yang menunjukkan siapa orang itu.
Wani terus menekup mulutnya saat dia melihat siapa orang itu. Yang lain tidak beriak terkejut sepertimana Wani. Mereka hanya tergeleng apabila wanita itu sudah membuka purdah yang menutup mulutnya.
"Fazura!" satu nama yang luncur laju di bibir Wani.
Wanita itu menundukkan wajahnya. Malu.
"so doktor Izhar, cukup dah permainan awak. Dulu, saya solo tak ada pula awak nak buat taktik kotor. Bila saya dah berpunya, idea yang awak buat ini sangat menjijikkan bagi saya. untuk pengetahuan awak, sesiapa yang masuk meminang saya pasti saya akan terima dan tak sangka suami saya mulakan langkah terlebih dahulu" sinis sahaja kata-kata dia.
Doktor Izhar tidak berani bertentang mata dengan wanita yang sangat berkaliber itu.
"presepsi saya tentang doktor sangatlah baik sehinggakan ada orang kata saya sukakan doktor. Jujur, saya pernah sukakan doktor tapi sayang. Semua itu dah hilang lepas saya kahwin sebab saya seperti wanita terdesak bila doktor sekalipun tak pandang saya" beritahunya. Jujur.
Doktor Izhar tercengang dengan apa yang baru sahaja wanita ini katakan.
"with your dirty ways this makes me even more disgusted to be friends with you anymore" dia tersenyum sinis.
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...