BAB 62 (TAMAT)

15.8K 321 33
                                    

Ruang tamu rumah mereka yang selalunya sunyi kini sudah dipenuhi dengan tawa dan tangisan bayi. Haifa melentokkan kepalanya dibahu Irsyad yang duduk disebelahnya.

Dia tidak dapat berjalan naik ke tingkat atas jadi dia terpaksa berpantang diruang tamu. Ini juga memudahkan urusan untuk dia bergerak dan menyusukan anak. Tetapi dia dan suami tidak cukup tangan untuk menjaga anaknya.

"rezeki kitalah bang, fikir dapat cucu kembar sepasang rupanya kembar tiga" Puan Nazurah tidak habis-habis bermain dengan cucu-cucunya yang baru dilahirnya dua hari yang lalu.

Ya, dia telah dikurniakan oleh Allah untuk memperoleh kembar tiga walaupun sewaktu pemeriksaan doktor hanya berkata yang mereka akan dikurniakan kembar sepasang lelaki dan perempuan. Tetapi Allah kurniakan lagi seorang anak lelaki untuknya.

"hah, Syad. Lepas ini cuti daripada buat anak. Isteri kamu tu dah lahirkan tiga cukup untuk tiga tahun" usik Encik Izzudin.

Haifa tertawa sahaja. Irsyad pula hanya mampu menebalkan mukanya apabila diusik sebegitu dihadapan semua ahli keluarganya.

"rezeki Allah pa. Syad tak boleh tolak. Kalau dapat lagi tahun ni juga, rezeki lah itu" kata Irsyad. Banggakan diri dia kejap.

Puan Nazurah memberi renungan tajam.

"kalau kamu tak goda isteri kamu, tak adalah dia nak beranak tiap tahun" marah Puan Nazurah.

Tawa mereka yang lain bergema dikawasan ruang tamu ini.

"bagilah isteri kamu cuti beberapa tahun. Lepas itu nak proses balik pun tak apa. Dia bukan bersalin normal. Kalau bersalin normal cepatlah baik ini bersalin secara pembedahan" tegur Puan Dahlia.

Irsyad mengangguk sahaja. Ibu mentua sudah menegur, dia terpaksa mengikut sahaja. Jikalau dengan ahli keluarganya yang lain, bolehlah dia bergurau tetapi dengan ibu mentuanya dia sentiasa kalah kerana kata-kata ibu mentuanya boleh dikatakan agak sinis.

Irsyad membiarkan ahli keluarganya dan keluarga mentuanya melayan kembar-kembar mereka. kini pandangan matanya terarah kepada isterinya yang sejak dari tadi tidak lekang dengan senyuman walaupun sudah bertarung nyawa melahirkan zuriat untuknya.

"sayang" panggil Irsyad.

"hurm" sahut Haifa.

"terima kasih"

"untuk?" matanya masih melihat wajah ceria keluarganya.

"untuk sanggup bergadai nyawa melahirkan kembar-kembar abang" dikucup lembut dahi isterinya.

Haifa mengangguk dan tersenyum.

"sayang masih ingat sebab abang kata sayang punca kebahagiaan keluarga abang?" tanya Irsyad. Dia perlu mengambil perhatian isterinya sekejap.

Haifa mengangguk dan matanya memandang tepat ke wajah suaminya.

"apa yang abang cakap ya. Lupa pula" saja.

Haifa meletakkan tangan kanannya didada bidang suaminya. Digosok-gosok dan dia tersenyum sendiri. sepanjang mengandung, dada bidang ini sentiasa menjadi alas tidurnya sehinggakan suaminya tidak cukup tidur kerana ingin memberi keselesaan kepadanya.

"sayang, jangan goda abang" terus ditangkap tangan Haifa dan digenggam.

"abang pernah beritahu Malaika yang selama ini kehidupan dalam keluarga abang tak pernah bahagia. Selalu bergaduh, selalu bertengkar sehinggakan waktu untuk bersama walau sesaat pun tiada. Sehinggalah Malaika berjumpa dengan abang dekat Langkawi. Balik sahaja dari Langkawi, mama dengan papa dah baik. Mama pun dah berubah" dia pandang ke wajah ibu dan bapa mentuanya sebelum menyambung kata.

"tapi Malaika pelik, kenapa mama boleh berubah sedangkan Malaika tak pernah berjumpa atau menasihati mama" tanya dia. Pelik.

Irsyad tersenyum.

"sebab abang pernah beritahu mama yang sayang adalah cinta abang. Sayang adalah punca utama abang berjuang selama ini sehinggakan kita bertemu semula. abang beritahu mama bahawa jodoh Allah itu sentiasa berdekatan. Cuma kita sebagai hamba sahaja yang tidak reti sedar dan menghargai semuanya. Sebab itu abang pernah kehilangan sayang berbelas tahun dahulu. mama semakin yakin dengan kata-kata abang sehinggalah mama sedar bahawa papa itu ialah jodohnya dunia dan akhirat" beritahu Irsyad.

Haifa mengangguk.

"maksudnya, hanya kisah kita sahajalah yang membuatkan mama bertanggungjawb semula dalam keluarganya" tebak Haifa.

Irsyad tersenyum dan menggeleng.

"habis tu, apa lagi?"

"sebab keperibadian sayang. Sayang sangat menghormati keluarga. Tidak pernah sekalipun lalai dalam tanggungjawab pada Allah dan ibu bapa. Mama dapat tahu cerita pasal keluarga sayang bila ibu bercerita. Ibu banyak cakap pasal sayang. Kata sayang tidak pernah melupakan ayah walaupun dia sudah lama meninggalkannya. Sayang yakin dengan perancangan Allah kerana dimasa hadapan pasti ada yang lebih baik" beritahu Irsyad.

Mulut Haifa sudah berbentuk O dan dia terangguk-angguk. Walaupun bagi dia kisah hidup dia hanyalah seperti orang lain tetapi bagi orang mungkin kisah hidup dia membuka matanya.

Bukalah mata dan hatimu. Pandang ke sekelilingmu dan lihatlah, masih ada ramai lagi orang yang kekurangan kasih sayang akibat masalah keluarga. Hargailah mereka yang merupakan anugerah Allah kerana mereka membantu kita diakhirat kelak.

"sayang" panggil Irsyad.

"hurm"

"Puan Malaika"

"hurm"

"terima kasih kerana menjadi isteri kepada lelaki yang jahil dalam kehidupan dunia. Terima kasih kerana menjadi mummy kepada tiga orang cahaya mata dan terima kasih kerana menjadi sinar kebahagiaan dalam keluarga ini" ucap Irsyad.

Haifa mengangguk dan tersenyum.

"sama-sama kasih Encik Widad Irsyad. I miss to call your full name" dia tersenyum lebar sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Irsyad tersenyum dan mengucup lembut ubun-ubun isterinya. Ahli keluarga yang lain sibuk dengan anak-anak mereka dan memberi peluang kepada mereka berdua untuk berbual dengan panjang.

"terima kasih juga sebab sentiasa kuat bersama dengan saya. sentiasa menjadi tulang belakang saya dan sentiasa taat pada saya" ucap Irsyad.

Haifa mengangguk dan tersenyum.

"sama-sama kasih Encik Widad Irsyad" dia tersenyum lebar.

"jadilah bidadari untuk saya dunia dan akhirat"

Haifa tersenyum.

"sentiasa"

Kebahagiaan yang dikecapi tidak semestinya mudah pada permulaannya dan tidak semestinya senang pada pertengahannya. Tetapi, yakinilah bahawa Allah itu sentiasa berada dengan hambanya yang sentiasa mengingatinya.

Irsyad memandang Haifa dan Haifa memandang Irsyad. Dalam hati mereka, mereka berdoa semoga hubungan ini berkekalan sehingga ke jannah. Sentiasa bersatu dalam apa jua rintangan dan kekal utuh dalam menghadapi liku kehidupan berumahtangga.

'Ya Allah, aku mohon padamu supaya jadikanlah wanita ini sebagai bidadariku dunia dan akhirat. Bidadari yang akan sentiasa menenangkan hidupku dan menggembirakan hariku. Jadikanlah dia yang pertama dan terakhir dalam hidupku' hati Irsyad berdoa.

Haifa mengangguk dan tersenyum.

"In sha Allah, Amin" jawab Haifa.

Dia dapat baca suara hati suaminya. Irsyad tidak percaya dan tawa mereka akhirnya meletus sehingga mengundang pandang mata ahli keluarganya.

Mereka bahagia. Didunia dan juga untuk diakhirat.

TAMAT

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now