BAB 30

6.4K 216 2
                                    


 Lepas pemeriksaan fisik, pemeriksaan ujian laboratorium. Ujian lab yang biasanya dilakukan meliputi pemeriksaan darah lengkap, penelitian kahak untuk mengetahui organisma jenis apa yang menyebabkan keadaan tersebut, dan ujian rontgen pada dada untuk mencari kebocoran paru-paru.

Kebanyakan penyakit radang paru-paru ringan dapat diubati di rumah. Para pesakit biasanya akan diberikan antibiotik untuk melawan organisma yang menyerang tubuh. Mereka biasanya akan mulai berasa lebih baik setelah 2 atau 3 hari mengambil antibiotik. Selain mengambil antibiotik, pesakit juga dinasihati untuk berehat selama beberapa hari agar tubuh pulih kembali dan dapat melawan infeksi.

"bagi kes cik Haifa, radang paru-paru yang dialami oleh cik Haifa adalah radang paru-paru ringan. Jadi, tiada apa yang perlu dirisaukan tetapi selepas sahaja pulih cik Haifa kena sentiasa memastikan keadaan kesihatan cik Haifa berada ditahap yang baik kerana radang itu boleh berulang kembali" beritahu Doktor Nazirah.

Haifa mengangguk faham begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain. Semenjak ibunya menyebarkan maklumat tentang keadaannya, abang-abang dan kakak-kakak iparnya terus datang melawat dia di hospital.

"adik saya dah boleh balik ke?" Muaz prihatin.

Doktor Nazirah tersenyum dan mengangguk.

"dia dibenarkan pulang dan saya harapkan kerjasama seluruh ahli keluarga untuk memastikan dia menjauhi asap rokok, udara yang penuh dengan asap kilang atau kenderaan dan memperbanyakan minum air" pesan Doktor Nazirah.

Yang lain mengangguk sahaja.

"baiklah, saya minta diri dulu. Kalau rasa tak selesa semasa menarik nafas terus panggil saya" pesannya lalu keluar bersama-sama dengan jururawat.

Sebaik sahaja doktor keluar, dia terus terlentok lena. Ini akibat dos ubat yang baru dia makan. Selepas itu pula doktor memberitahunya panjang lebar sedangkan dirinya sendiri juga adalah doktor dia dia juga tahu semua itu tetapi dia sendiri yang abaikan.

"budak busuk ni memang kuat tidur" Hasif membebel.

"dahlah tu, dia tak sihat biarkan je dia tidur. kalau sihat, tak adanya nak tengok dia tidur lena. Kerjanya asyik tidur lambat, tidur tak cukup sebab terlalu sibuk dengan kerja" Puan Dahlia menghalang anak lelakinya.

Hasif mendiamkan diri.

"nanti ayah dengan ibu nak duduk rumah mana?" tanya Muaz memecahkan keheningan didalam wad yang menempatkan adiknya.

Puan Dahlia memandang Encik Dahlan.

"rumah yang ayah duduk itu, ayah boleh jual kalau ibu kamu tidak mahu duduk di Cheras. Lagipun, Cheras nak ke KL agak jauh" beritahunya tentang perancangan yang dia mahu lakukan.

"kita duduk rumah saya jelah bang. Adik ni pun kerja dekat KL. Kalau duduk Cheras, mahu pengsan dia ulang-alik Cheras ke KL" beritahunya.

Encik Dahlan mengangguk. Persetujuan dicapai.

Sudah dua hari dia ditahan di wad. Akhirnya boleh keluar menghirup udara segar milik Allah.

Ayah dan ibunya pula sedang sibuk menguruskan pemindahan barang-barang daripada rumah ayah ke rumah ibu. Kali ini, mereka akan tinggal sebumbung dan serumah. Akhirnya!

Haifa masih dengan bantal dan tidurnya. Tidak mahu menganggu urusan orang lain kerana cukup sekali dia dimarahi. Sibuk hendak membantu sedangkan diri sendiri sedang sakit. terus dia ambil bantal dan terlena sepanjang setengah hari.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now