BAB 26

5.9K 202 0
                                    

"ayah, adik nak tanya. Tapi jangan marah tau" dia tersengih terlebih dahulu.

Encik Dahlan mengangguk.

"janjilah dulu ayah" takut pula dia hendak bertanya.

"ya cik Nurul Haifa. Ayah janji" Encik Dahlan layankan juga anak daranya yang seorang ini. seperti besar sangat soalan yang hendak dia tanyakan.

Nafas ditarik sedalam yang boleh dan dilepaskan perlahan. Berdebar pula hendak bertanya pada ayahnya.

"ayah, kenapa ayah tinggalkan ibu? Kenapa ayah tinggalkan Haifa dengan abang-abang selama 12 tahun? Selama ini Haifa asyik tanya je dekat ibu, dekat abang If, dekat abang Muaz tapi seorang pun tak nak cakap. Semua suruh tanya ayah" nada suaranya sudah berubah. Sedih.

Bahu Haifa ditarik dan dipeluk.

"maaf sebab buat anak-anak ayah tertunggu-tunggu. Maaf sebab buat anak-anak ayah kehilangan kasih sayang seorang ayah semasa melewati usia dewasa dan maaf sebab ayah tak pernah nak jadi ayah yang terbaik buat anak-anak ayah" kata-kata maaf dipohon dan Haifa hanya mengangguk.

Selama ini, sekali pun dia tidak pernah memarahi atau membenci ayahnya kerana dia tahu darah yang mengalir didalam badannya sama seperti darah yang mengalir didalam badan ayahnya. Dia ayah yang banyak berjasa untuk membawa dia ke dunia begitu juga dengan ibu.

"boleh adik tahu kenapa ayah pergi?" tanya dia. Dia perlukan penjelasan.

Encik Dahlan mengangguk.

"ayah pergi sebab duit. Dulu, ayah mata duitan. Tak percayakan" tertawa dia melihat anak daranya tercengang seperti itu.

Haifa menggeleng.

"ibu kamu tahu macam mana mata duitan ayah. Setiap kali ada projek, ayah mesti ambil sampaikan satu hari ayah tak balik semata-mata nak uruskan projek yang berharga jutaan ringgit seorang diri" beritahunya.

Haifa menggeleng dan dia tidak percaya.

"sebab duit jugalah ayah sanggup tinggalkan keluarga dan terbang ke Jepun. Sepatutnya hanya 8 tahun sahaja ayah disana tetapi diatas sebab yang tertentu, ayah terpaksa tinggal lama di Jepun" beritahunya lagi.

Bahu Haifa digosok-gosok. Anaknya masih setia mendengar walaupun dia sudah kata dia pergi ke sana kerana duit dan bukan kerana tanggungjawab sebagai seorang pekerja. Bekerja sebagai arkitek membuatkan dia menjadi tamak sehinggakan dia ingin mengambil semua projek yang orang lain miliki.

"boleh adik tahu sebab apa ayah terpaksa tinggal lama dekat sana?" tanya dia. Dia masih perlukan jawapan.

Encik Dahlan mengangguk. Ditarik nafasnya panjang dan dihembus kembali.

"sebab tamak" jawabnya.

Haifa tercengang.

"kenapa sebab tamak?" dia tidak percaya.

Kepala Haifa diusap lembut. Lama dia tidak membelai rambut anaknya. Sudah 12 tahun dia meninggalkan dan meletakkan sikat diatas meja solek. Dahulunya, setiap kali anak daranya baru lepas mandi rambut inilah yang akan disikatnya dan diikat cantik.

"ayah tamak. Ayah nak ambil semua projek yang ada sehinggakan satu tahap hampir beberapa projek terbengkalai kerana ayah tak bagi tumpuan dan pekerja mogok. Untuk bayar ganti rugi, ayah perlu membayar menggunakan nilai mata wang Jepun. Masa itu, ayah tiada duit. Ayah terpaksa bekerja dan bekerja di semua restoran, kedai, pasar raya, tempat pembinaan, jual lakaran bangunan hanya untuk membayar" terangnya.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now