BAB 51

6.4K 193 1
                                    

"eesya nak duk ngan aunty?" dia jadi takut apabila ibunya menegur.

Aleesya mengangguk. Terus Wani letakkan anaknya disebelah Haifa dan membetulkan sedikit baju Aleesya.

Seronok bermain dengan anak rakannya itu, pihak pengantin lelaki tiba dikawasan masjid. Sekalipun Haifa tidak memandang ke arah pengantin lelaki, dia menyibukkan dirinya berbual dengan Aleesya.

"hoi, dahlah tu. Dengar apa yang tok kadi nak sampaikan"

Duduknya dibetulkan dan dia mendengar setiap butir bicara daripada tok kadi. Status dia akan bertukar selepas ini. hatinya semakin gelisah walaupun dia tahu bahawa lelaki yang akan menggenggam tangan tok kadi ialah jodoh yang diatur oleh Allah.

Selesai sahaja, tangan lelaki itu memegang tangan tok kadi seperti berjabat tangan.

"aku nikahkan akan dikau dengan Nurul Haifa Malaika binti Mohd Dahlan berwalikan aku dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai"

"aku terima nikahnya Nurul Haifa Malaika binti Mohd Dahlan dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai" sekali lafaz sahaja, Haifa sudah bertukar status menjadi hak milik orang yang halal buatnya.

Pengantin lelaki pergi menunaikan solat sunat selepas nikah sebelum mengadakan batal air sembahyang. Haifa sibuk bermain dengan Aleesya. Diabaikan orang sekeliling tetapi bila diajak bergambar, dia orang pertama yang bersedia.

"wei, laki kau dah selesai tu. Dah, pulangkan balik anak aku" terus dia dudukkan Aleesya diatas pahanya semula.

"alah, bagilah aku main dengan anak kau" dia hendak merajuk.

Wani menggeleng.

"Puan Haifa, pandang camera please" pinta salah seorang jurugambarnya.

Kena panggil sahaja, terus mukanya menghadap kamera. Senyuman manis juga terukir dibibirnya. Pantang nampak kamera, mesti nak semuanya nampak lawa. Itu lumrah perempuan yang sukakan kecantikan.

"dia nampak kamera je mesti lawa" tegur suaminya. Laju sahaja tangan Haifa mencubit perut suaminya.

"lawa-lawa pun isteri awak juga kan" dia merajuk.

Suaminya tertawa lepas dan mengundang pandangan daripada orang sekelilingnya.

"jangan merajuk sekarang nanti malam saya merana" tangannya sudah mencapai cincin yang berada diatas dulang berhadapan dengan mereka.

"janganlah merajuk, bagi saya buat batal air sembahyang dulu ya. Nanti baru pujuk" terus dicapai tangan kanan Haifa dan disarungkan sebentuk cincin berlian.

Selepas itu, dipakaikan gelang dipergelangan tangan kanannya. Haifa tercengang, dapat dia melihat gelang emas itu terukir namanya dan Irsyad dan hanya bentuk love menjadi pengikat gelang itu.

"jangan pernah buka, jangan pernah tanggal dan jangan pernah cicirkan. Nama yang terukir ini berjaya digabungkan jika bentuk hati ini dicantumkan. Kalau ada masalah sekalipun, jangan pernah tanggal" terus dikucup lembut dahi isterinya.

Lama.

Kemudian dia mendekatkan bibirnya ditelinga isterinya. Jurugambar melaksanakan tugasnya dengan mengambil setiap perlakuan mereka dan disimpan sebagai kenangan.

"abang masuk masjid tadi nampak sayang layan Aleesya, nanti malam kita buat anak ya. Tak adalah sayang nak layan anak orang je" dia sempat mengusik.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now