BAB 2

13.4K 448 2
                                    


  "Mimi!!"

Dengar sahaja namanya dilaung, terus sahaja dia mendapatkan abangnya yang seperti singa kelaparan.

Sampai sahaja dihadapan abangnya, tabik hormat terus diberikan. Mama dan abah yang melihat dua adik-beradik itu hanya mampu menggeleng. Tidak pernah berubah walaupun sudah bertahun berlalu.

"abang dah cakapkan, lain kali basuh pinggan lepas makan. Takkan kau nak suruh bibik yang buat benda senang. Cukuplah bibik yang uruskan pakaian kau takkan pinggan kecil macam ini pun kau nak suruh orang" mulutnya membebel setiap kali adiknya membuat perangai.

Syamimi tersengih mendengar bebelan abangnya.

"tersengih-sengih. Kau pikir abang makan dengan kau punya sengih tu" marahnya.

Terus mati sengihan dibibirnya.

"kau tu dah nak SPM, cuba bawa jadi anak baik. Tak perlu nak buat abah dengan mama membebel setiap hari" bebelannya mengalahkan seorang emak.

Tengkuknya digosok-gosok.

"lepas ini adik cuci. Janji!" tangannya diangkat seperti bersumpah.

Irsyad terus bergerak meninggalkan adiknya yang masih berdiri didapur. Biarkan adiknya mengenangkan kesilapan. Sudah anak dara tetapi masih mahukan ibu dan ayah yang menguruskan pakaian dan hal yang lain.

"sudah-sudahlah tu Syad. Adik kamu tu perempuan, lambat matang. Kamu tu dulu bermanja sangat dengan bibik. Biarlah adik kamu pula" suara papa menyapa gegendang telinganya saat dia melabuhkan punggung disofa.

Matanya tepat memandang abahnya yang duduk disebelah mamanya sambil menonton televisyen.

"yang lambat matang tu sepatutnya lelaki bukan perempuan. Tapi yang kuat manja tu perempuan bukan lelaki" Irsyad membetulkan kata-kata abahnya.

Encik Izzudin melepaskan keluhan kecil. Hendak berlawan dengan pemenang acara debat peringkat kebangsaan memang tidak boleh menang.

Puan Nazurah pula hanya mendengar sahaja perbualan anak-beranak.

"mama tak ada feel nak memasak ke?" kini tumpuannya berarah pada mamanya yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri sahaja.

Puan Nazurah tersenyum dan menggeleng.

"sampai bila mama nak suruh bibik masak. Syad dengan Mimi dah lama tak makan masakan mama. Cukup-cukuplah dengan penjagaan rawatan kuku mama tu. Hubungan keluarga yang bahagia bergantung pada masakan seorang ibu"

Nampak seperti dia besar kepala tetapi sebenarnya sudah lama dia ingin luahkan cuma ada sahaja masalah yang membuatkan dia kuburkan sahaja niatnya untuk menegur mamanya. Dahulu, papanya sering menegur tetapi mamanya sibuk dengan rawatan kulit, kuku, muka dan lain-lain.

"kalau mama tak jaga semua ini, berkedutlah kulit mama. Rosaklah kuku mama. Kalau dah tak cantik, ada papa kamu nak tengok mama lagi ke?" balas Puan Nazurah.

Baru sahaja Irsyad hendak menjawab, papanya sudah menghalang.

"sudahlah, mama kamu tak sedar diri dah tua. Biarkan sahaja dia" kata Encik Izzudin dan mengundang kemarahan isterinya.

"abang juga yang nak kena hadap saya. Kalau dah tua tak cantik, abang juga yang pergi cari perempuan lain" bibirnya dimuncungkan tanda protes dengan suaminya.

Encik Izzudin menggeleng sebelum membalas jawapannya.

"saya tak akan cari perempuan lain kalau awak reti masak. Ini tidak, setiap hari saya kena makan masakan bibik. Fikir bibik tu isteri saya. Lebih baik saya kahwin je dengan bibik daripada kahwin dengan perempuan kuat berhias sedangkan perut suami dan anak-anak tidak diambil kisah" marahnya.

Puan Nazurah terus bangun dari sofa dan berlalu meninggalkan suami dan anaknya yang duduk diruang tamu.

Irsyad pula hanya mendengar. Sudah bertahun dia hadap semua ini. Rasanya hampir 10 tahun dia hadap pergaduhan mama dan papanya. Mimi pula seperti biasa, jika dia mendengar pergaduhan antara mama dan papanya dia akan mengelat dan duduk lama didapur.

"papa, jangan terlalu berkeras dengan mama"

"papa tak pernah nak berkeras dengan mama. Dah berapa tahun dia sibuk dengan rawatan sampaikan kadang-kala papa rasa yang papa tak beristeri" beritahunya. Jujur.

"takkan papa nak jadi macam pak su pula" Irsyad mengingatkan papanya.

Encik Izzudin berdiam diri sejenak sebelum menggeleng.

"papa tak akan lupa, tapi mak su kamu yang dah melampau sampai sanggup pergi luar negara semata-mata untuk rawatan. Mama kamu tu masih boleh dibawa berbincang" beritahunya.

Adik lelaki bongsunya, berkahwin dengan seorang wanita yang mempunyai keluarga berpangkat dato. Pada mulanya, kehidupan mereka bahagia sehingga cahaya mata sulung mereka tetapi masuk cahaya mata kedua mereka, isterinya Syahidah sudah pandai ke luar negara semata-mata kerana rawatan kecantikan.

Sehingga satu tahap, adik lelaki bongsunya tidak tahan dan telah dilafazkan talak. Pada masa itu, barulah isterinya berubah tetapi semuanya sudah terlambat.

"papa, cuba bawa berbincang dengan mama" suara Irsyad menghentikan fikirannya yang menerawang memikirkan nasib adik lelaki bongsunya.

Encik Izzudin mengangguk.

"kalau jodoh papa dengan mama tahap tu je, terpaksalah kamu redha ya" senyuman tipis diberikan kepada anaknya.

Irsyad mengangguk. Dia tiada hak untuk membangkang kerana dia tahu hati papanya sudah makin rapuh semenjak papa dan mamanya asyik bergaduh tentang masalah yang sama. Tapi, atas doa dan usahanya dia dan adiknya berjaya hingga ke menara gading.

"dah, tak perlu nak intai-intai sangat. Mari sini duduk" panggil papa selepas melihat anak daranya yang seorang itu sibuk mengintai dibalik langsir diantara dapur dan ruang tamu. Rumah dua tingkat ini semakin sunyi semenjak suasana bahagia menghilang.

Syamimi tersenyum apabila dipanggil papanya. Dilabuhkan punggungnya disebelah abangnya yang tidak pernah kenal erti putus asa dalam membentuk keluarga bahagia. Semenjak abangnya dewasa, mulutnya sentiasa bergerak untuk menegur silap keluarganya.

"abang, jalan nak?" kepalanya disengetkan ke arah abangnya.

Irsyad memandang sahaja adiknya tanpa bersuara.

"alah bang, kau ni asyik terperuk je. Dah jadi pemangku CEO SIF Holding pun masih nak jadi katak bawah tempurung ke?"

Dahi adiknya menjadi mangsa pukulan.

Mimi memberikan renungan tajam kepada abangnya.

"jangan kau berani cakap abang katak bawah tempurung. Itu zaman jahiliah bolehlah cakap sekarang zaman teknologi moden" jari telunjuknya ditundingkan ke arah adiknya dan digoyang-goyangkan.

"gaduh dengan bekas debat ni memang susah" akhirnya dia mengalah.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now