"kenapa semua pandang Haifa macam ini?" terkejut dia apabila dia sedarkan diri seluruh ahli keluarganya berada disisinya.
Termasuk tok dan wan Irsyad. Entah bagaimana semua boleh berada disini.
Hampir 4 jam jugalah dia pengsan. Kerana dapat dia lihat cuaca diluar sudahpun bertukar gelap. ini bermakna dia tertinggal solat maghrib!
"eh, nak solat!" terus dia bangun tanpa dia sedar yang ditangan kanannya terdapat drip air.
"auch" terus dia pegang tangan kanannya.
Apa lagi, semua dah risaulah.
"hah, kenapa ni?"
"okey tak ni?"
"luka ke?
"nak panggil doktor ke?
"ada darah tak?"
Haifa terkebil-kebil. Pelik melihat kerisauan ahli keluarganya sehinggakan dia rimas. Tetapi dia bahagia kerana ahli keluarganya risau akan keadaannya.
"Haifa okey, cuma sakit bila jarum dia mencucuk. Haifa nak solat" masih lagi hendak solat.
Irsyad memimpin isterinya mengambil wuduk dan barulah dia menunaikan solat. ahli keluarga yang lain sudah keluar untuk memberi ruang kepada Haifa menunaikan tanggungjawabnya.
Selesai sahaja solat, doktor pula masuk ke dalam wad yang menempatkan Haifa.
"macam mana rasa? Dah ringan ataupun masih terasa tak sihat?" tanya doktor Ain. Doktor yang bertanggungjawab merawatnya.
Haifa mengangguk dan tersenyum.
"badan pun dah ringan, sengal-sengal pun dah kurang" beritahunya.
Doktor itu mencatat sesuatu.
"Puan Haifa kena banyakkan berehat, minum air banyak sebab puan terlalu kuat bekerja sehinggakan puan lupakan kesihatan puan dan anak dalam kandungan" beritahu doktor itu.
Ternganga Haifa dibuatnya. Dia salah dengar ke?
"saya mengandung?" tanya dia. Tidak percaya.
Irsyad disebelah sudah tersenyum-senyum. Apa ini.
"ya puan. Puan sudah hamil 15 minggu" beritahu doktor Ain.
"tapi saya baru sahaja lepas haid. Takkan dah mengandung 15 minggu" dia tidak percaya.
Haifa cakap sahaja, terus berubah riak wajah Irsyad.
Doktor Ain hanya tersenyum.
"masalah yang dihadapi oleh puan ialah disebabkan rahim mengalami perubahan pada sturktur dalamannya. Sel-sel sebelah dinding pada rahim yang dinamakan endometrium akan mengalami penebalan sebagai persediaan untuk menerima telur ovum yang telah disenyawakan" beritahu doktor muda itu.
Haifa mengangguk-angguk.
"tapi kebiasaannya untuk awal kandungan. Saya dah masuk bulan keempat. Mengapa masih berlaku sebegitu?" tanya dia. Mohon penjelasan.
"untuk itu, kami perlu lakukan pemeriksaan sebagai memastikan keadaan rahim puan" beritahunya.
Haifa mengangguk dan kemudian doktor itu berlalu keluar dari situ.
"ouh, sebab itu semua datang lawat adik?" kata Haifa sebaik sahaja semua ahli keluarganya berkumpul semula didalam wadnya.
Masing-masing tersenyum apabila Haifa bertanya.
"benda baik tak baik disimpan lama" tegur tok Salmiah.
"Haifa sendiri pun baru tahu tok" kata dia.
Irsyad masih menggenggam tangan Haifa. Selama hampir 5 bulan usia perkahwinan mereka, rupanya sudah ada zuriat didalam rahim isterinya cuma dia sendiri tidak tahu dan isterinya juga tidak sedar.
"dah tahu ni kena hati-hati. kurangkan bekerja lebih masa. Irsyad pun sama, jangan banyak sangat keluar negeri. Ingat isteri yang tengah mengandung" tegur Puan Nazurah.
Masing-masing mengangguk.
"lepas ini kalau ada masalah, bawa berbincang. Orang mengandung kalau ada masalah boleh efect dekat kandungan. Mungkin boleh keguguran kalau terlalu tertekan" nasihat Puan Dahlia.
Haifa dan Irsyad mengangguk serentak.
"kamu tu Haifa, jangan terlalu lasak sangat. Dalam kandungan kamu tu bukan satu tapi siap kembar lagi. Entah apa yang laki kamu buat sampai boleh melekat kembar dalam itu" dalam berpesan, masih sempat dia mengusik.
Tawa mereka semua meletus. Muka Haifa sudah memerah akibat diusik begitu.
"baru anak jantan papa" diusik Irsyad.
Tawa mereka semua meletus sekali lagi.
YOU ARE READING
BIDADARI DUNIA
Romanceبِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Dijamin tiada babak jahat, orang ketiga dan sebagainya. Masih janji yang sama dan kekal dengan janji yang sama. Ada kalanya dunia nyata menyakitkan dan dunia buku memberi seribu satu kemanisan...