BAB 48

4.9K 169 0
                                    

Haifa berjalan dan berhenti dihadapan setiap orang yang menghantarnya pergi. Hari ini, hari terakhir dia bersama dengan mereka. tetapi tugasnya telah tamat serta-merta semalam dan hari ini hanya membuat lawatan perpisahan.

"jumpa lagi doktor" tag namanya bertulis Syakira.

Pelukan mereka erat. Haifa menggosok-gosok belakang badan Syakira. Jururawat ini sentiasa membantunya sepanjang dia berada disini. Menjaganya dan mengambil berat tentang keadaannya.

"jaga diri, jaga kesihatan dan jangan kuat makan" sempat dia berpesan.

Syakira tertawa dan mengangguk. Air matanya dikesat.

"doktor juga" senyuman diberikan.

Haifa berjalan ke sebelahnya pula.

"doktor, jangan lupa kitaorang disini" terus dia memeluk Haifa.

Belakang badannya digosok dan pelukan mereka terlerai.

"tak mungkin saya lupakan pengalaman selama 6 bulan disini"

Tag namanya bertulis Suzi.

"ingat, jangan kuat makan. Awak dengan Kira dua-dua kuat makan. Saya yang menghadap awak berdua pun sampai terikut kuat makan. Bahaya itu. tidak baik untuk kesihatan" pesan Haifa.

Suzi mengangguk.

"Muaz" Haifa memanggil.

"you are strong man boy" bahu Muaz ditumbuk.

"nama awak macam abang saya, jadi saya akan ingat awak. Dah-dah, lap air mata tu. Lelaki tak bagus menangis. Ada ego, jangan buat ego tercalar. Eh, macam aku pula yang lelaki" sempat berpesan, sempat marah diri sendiri.

Akhirnya mengundang tawa Muaz dan yang lain-lain.

"Zafrul" Haifa memanggil.

Zafrul tersenyum menayangkan baris giginya.

"alamak, tak ada ayat pula bila berdiri depan Zafrul. Saya cairlah bila nampak awak" sempat dia mengusik Zafrul. Selama ini, hanya dia sahaja yang menjadi usikan Zafrul dengan pickupline dan rekomen pasangan mencari jodoh.

"alah doktor ni, baru nak simpan air mata" dia marah.

Haifa tertawa.

"kau dah besar Zafrul. Jaga junior lain. Jangan nakal. Kerja kena serius" sempat dia berpesan. Zafrul mengangguk dan tersenyum lebar.

Hampir 15 orang staf yang berada dibahagian unit kecemasan menghantarnya pergi. Dia hampir mengalirkan air mata tetapi ditahan sedaya upaya kerana tugasnya sudah tamat jadi tidak boleh membiarkan semua berat hati untuk berpisah dengannya.

"finally, my doktor Hakim" Haifa tersenyum dihadapan doktor Hakim.

"my boy dah besar, jaga adik okey. Ibu pergi dulu" dia mengusik.

"woi, bila kau jadi mak aku ni" doktor Hakim marah.

Yang lain sudah tertawa. Haifa masih mampu mengusik walaupun hatinya sayu dan sedih hendak berpisah dengan mereka semua.

"jaga diri kau ya Hakim. Kalau lapar, ajaklah Nadia makan dengan kau. dia tu peminat setia kau, jangan lepaskan peluang. Kau dua pun sama-sama bujangkan" dia berkata separa berbisik.

Hakim tergeleng-geleng sahaja.

"kau dah nak pergi pun sempat buka agensi cari jodoh" dia marah.

Haifa tertawa.

"big boss" kali ini dia berdiri dihadapan ketua unitnya.

Doktor Fauzan tersenyum.

"my partner" Haifa bersuara sekali lagi memanggil doktor Fauzan.

"terima kasih kerana memberikan pengalaman yang cukup bermakna bagi saya. terima kasih kerana membenarkan saya belajar cara menguruskan pesakit bersama-sama dengan doktor. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Jangan segan nak datang KL. Pergi HKL, cakap nama saya. tak kiralah dari bahagian mana pun. My name always they remember" beritahu.

"most welcome, my best partner. Jangan risau, nanti saya akan datang melawat jikalau ada kursus disana. Jangan pula awak larikan diri" jawab dia.

Haifa berdiri tegak dan memberi tabik hormat.

"ai aip Kapten!" Haifa tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Yang lain sudah mengesat air mata.

"my best friendship ever" akhirnya sampai juga ke Nadia.

"my kawan forever" mereka berpelukan. Erat.

Belakang Nadia digosok-gosok.

"jadi yang terbaik dan jadi yang terunggul. Aku, kawan yang akan sentiasa menyokong kau walaupun kita akan terpisah jauh. Ingat, jangan lalai dalam tugasan. Kalau ada waktu senggang tu pergilah dating dengan Hakim" sempat.

Lengan Haifa dicubit.

"sempat buka agensi jodoh" dia marah.

Yang lain terus memandang ke arah Hakim. Perkataan yang sama keluar dari mulut Hakim dan kini keluar dimulut Nadia.

"kau pula, jaga diri, jaga kesihatan. Jangan terlalu sibuk bekerja sampai lupa kesihatan diri. Nanti dah nak wedding, hantarlah kad jemputan. Aku ajak satu unit ni"

Haifa mengangguk.

"always kena ajak kau ke wedding aku, kalau tak macam mana nak buktikan yang aku boleh menurunkan kadar peratusan tu" Haifa mengesat air mata yang jatuh dipipi Nadia.

"kau pun sama tau, nanti wedding jangan lupa ajak aku. Tapi kalau wedding kau masa aku tengah nak beranak. Maaflah, aku hantar hadiah jelah" usik dia. Nadia memuncungkan mulutnya. Sampai hati!

"alahai, tak baik merajuk. Nanti tak comel. HAKIM tak suka" sempat dia menyakat. Nama Hakim disebut kuat-kuat sehingga mengundang siulan daripada rakan-rakan sekerjanya yang lain.

Muka Hakim sudah memerah. Haifa pula sudah menerima serangan ketam daripada Nadia. Penat dia ketawa dan penat dia mengelak.

Itulah kenangan untuk dia simpan.

"bye!! Jumpa masa wedding saya okey. Nanti saya hantar kad dekat Nadia, kalau rajin datanglah. Saya taja penginapan. Tapi kena beritahu dulu berapa ramai. Okey!"

"baik!!"

Mereka melambaikan tangan. Bayangan Haifa sudah hilang selepas masuk ke dalam perut kereta. Wannya yang menghantarnya ke sini dan wannya yang mengambilnya. Dia sedang darah manis jadi dia tidak dibenarkan memandu walaupun pernikahannya dua minggu lagi.

Sepatutnya seminggu selepas dia balik ke Kuala Lumpur tetapi dia balik seminggu lebih awal daripada perancangan kerana dia telah tamat tugas seminggu lebih awal daripada perancangan. Ini atas arahan pihak Hospital Kuala Lumpur.

BIDADARI DUNIAWhere stories live. Discover now