Satu sekolah mula riuh bila ada seorang pelajar baharu masuk ke sekolah. Semestinyalah pelajar lelaki. Kalau bukan pelajar lelaki, budak perempuan takkan menjerit serupa apa lagi.
Yang aku peliknya, kawan aku si Batrisya tu pun pergi join jugak usyar mamat tu. Aku pun tak faham. Makhluk lelaki je kot? Tak perlu kot nak sambut meriah macam tu? Lili duduk di kerusi taman tanpa mempedulikan kehadiran pelajar lelaki.
Ada pulak yang menjerit cakap hensem. Propa sangat. Macamlah artis terkenal yang datang. Kalau dah minat sangat dekat mamat tu, kenapa tak buat banner je lepas tu tulis saya minat awak!
Oh ya…lupa nak introduce diri yang buruk ni. Nama aku Nur Lili Sorfina. Umur aku 17 tahun. SPM candidates lah ni. Tak ada apa pun yang special pasal aku ni. Aku ni budak yang tak suka menjerit macam kiah propa depan aku ni.
Aku ni simple and easy. Nak kawan dengan aku boleh tapi kalau niat nak mengorat memang aku penerajang dululah. Aku memang friendly. Tak kisahlah kalau kawan dengan bangla sekali pun. Tapi bangla tu perempuanlah. Kalau yang lelaki, tak mau aku. Pi baliklah kau.
Aku ni bukannya spesis tomboy. Aku happy go lucky. Mungkin cara aku kot buatkan orang ingat aku ni tomboy. Aku ni kasar sikit ja. Maklumlah anak dara kampung. Tak mainlah bandar-bandar ni. Bandar suasanya agak bosan berbanding dengan kampung.
Lelaki…hmmm tipulah kalau aku tak tertarik pada lelaki. Aku ni masih perempuan ok. Tapi, buat masa sekarang aku nak fokus kepada SPM aku. Aku tak naklah bercintan-cintun ni. Orang cakap apa? Hah…cinta monyet. Membosankan.
Alasan yang paling cliché kita dengar zaman sekarang ni of course dari mulut perempuan ni. Bila ditanya apa yang best nya bercouple ni, jawapan diorang mestilah pakwe menyanyangi kita lebih. Kita dapat kasih sayang dari pakwe.
Aku tak faham dengan kasih sayang tu. Takkan kasih sayang ibu bapa tak cukup lagi? Aku rasa kasih sayang ibu bapa dah lebih dari cukup. Tapi, kalau yang tak cukup kasih sayang tu, aku tak tahulah. Aku ni dah cukup kasih sayang. So, pakwe-pakwe ni tolak ke tepi dululah. Habis belajar baru aku fikir.
Aku bukan nak pertikai orang couple sekarang ni tapi yelah bagi aku couple ni agak membosankan dan merimaskan. Tapi, kalau yang seronok tu, wallahualam lah. Aku tak payah cakap apa-apalah. Lantak dioranglah. Aku tak kisah pun.
Batrisya menghampiri Lili yang sejak tadi hanya memandang bosan ke arah perempuan-perempuan yang asyik menggedik tengok mamat hensem. Tapi, aku tak gediklah.
“Woi!” meja batu ditampar kuat menyedarkan Lili dari lamuannya. Lili memandangnya tak puas hati.
“Kau ni tak puas lagi hidup ke hah? Jangan sampai aku campak batu ni ke dalam mulut kau?” suka hati dia je nak kejutkan aku macam tu. Buatnya aku kojol dekat sini macam mana?
“Ok,ok. Sorry…kau tu termenung sangat. Ingat nak kahwin ke?” Lili mencebik dengan lawak bodoh Batrisya.
“Kau ingat gila sangat ke nak kahwin awal? Otak aku ni tak mereng lagi macam kau. Kau lainlah angan-angan tahap mat jenin. Nak kahwin awal konon! Pakwe datang ngorat, tolak. Pigidah!” Batrisya mendengus geram dengan kata-kata Lili. Dia ni memang mulut tahap wasabi.
“Aku tak naklah couple-couple apa ni. Kang couple, putus lepastu menangis tak habis-habis. Bosan…”
Teringat budak kelas mereka, Erin yang menangis sebab ditinggalkan pakwe. Menangis ni sampai naik sembab mata tu. Bukan sembab je, naik bengkak. Nasib baik mata tu tak buta.
“Mamat kononnya hot tu dah blah ke?” soal Lili bila budak perempuan tadi semuanya mula bersurai. Kemudian, dia ternampak pengetua sedang mengarahkan mereka untuk bersurai. Patutlah semua pakat beredar.
“Kan dah kena halau dengan pengetua…” gumam Batrisya perlahan. Kalau tak kena halau, gamaknya dok berhimpun dekat situ sampai ke petang.
Kring!!! Loceng berbunyi tanda waktu rehat sudah habis. Lili dan Batrisya sama-sama pulang menuju ke kelas. Sekarang kelas Cikgu Mimi. Ergh…karangan! Tak nak!
Beberapa minit kemudian, Cikgu Mimi datang bersama seorang pelajar. Yang lain semuanya sudah terlopong kecuali Lili. Yelah, manalah dia tengok pun muka lelaki yang kononnya hot tu.
Budak perempuan mula lah dengan mulut murai diorang. Riuh kelas dibuatnya. Nasib baik Cikgu Mimi guru kelas, kalau buatnya Ustaz Razif? Memang kena makilah kesemuanya. Perempuan jugak naik nama. Buat malu je.
“Kelas…kita ada pelajar baru. Awak boleh perkenalkan diri sendiri…”
“Nama saya Syed Umar Faliq b. Syed Baharudin. Saya berasal dari Kuala Ljmpur. Awak semua boleh panggil saya Faliq…”
Oklah…peramahlah jugak dia ni. Not bad. Harap-harap dia ni bukannya spesis playboy. Kalau playboy, habis jahanam sekolah ni sebab putus dan patah hati dengan perangai playboy ni.
“Ok…emmm Batrisya…”
Batrisya memandang Cikgu Mimi dengan pandangan tertanya-tanya. Sudah. Kena apa pulak ni?
“Ya cikgu?”
“Kamu boleh pindah ke sebelah Aisyah? Saya nak Faliq duduk di sebelah Lili…”
What?! Mamat tu duduk di sebelah aku?! Lili memandang Batrisya. Sama juga dengan Batrisya. Tak percaya dengan permintaan Cikgu Mimi.
“Cikgu serius ke?” soalan terpacul dari mulut Lili.
“Kenapa cikgu bagi Faliq duduk tepi dia?” soal Erin. Tak padan dengan baru putus cinta, dah cemburu tahap babun.
“Kalau saya bagi duduk sebelah kamu semua, alamatnya kamu semua ni asyik nak menggatal je kerjanya. Daripada kamu semua menggatal dengan dia, baik saya bagi Faliq duduk tepi Lili. Amanlah sikit,” nah…kan dah kena sindir. Padan muka.
Tapi cikgu…alamak! Ni pun satu bala jugak. Bagi jelah Faliq duduk tepi Danish tu. Dah kenapa pulak dia kena duduk tepi aku? Tak selesalah…
Batrisya yang siap mengemas barangnya terus mengambil tempat di sebelah Aisyah. Habislah Lili. Duduk dengan jejaka yang terhangat di sekolah. Lagilah kau kena kecam nanti.
“Ok Faliq, awak boleh duduk di tepi Lili,” Faliq cuma akur lalu berlalu ke meja dan duduk di sebelah Lili.
Lili menginjak kerusinya ke tepi sedikit. Tak selesa bila Faliq duduk di tepinya. Memanglah aku tahu niat dia bukannya nak menggatal dengan aku tapi dia lelaki kan? Wajarlah kalau aku rasa tak selesa pun.
Sudahnya semua memandangnya serupa tak puas hati. Budak perempuan jelah. Bukannya budak lelaki. Tak tahulah aku kalau ada yang suka sama jenis. Lantaklah nak usyar sampai tembus hidung aku ni pun. Yang janjinya aku tak ada perasaan pun dekat mamat ni.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...