Bab 29

15.4K 446 6
                                    

“Lili…” suara Quratul lemah.  Lili pula menahan air matanya dari mengalir.  Sungguh dia berasa sayu dengan keadaan Quratul sekarang ini.  Sudahnya Faliq tiada di sisi.  Ya Allah, tabahnya hati Quratul.  Kalau aku, entah boleh ke tidak setabah ini.
“S…s…saya n…nak cakap dengan a…awak sikit…b…b…boleh?” Quratul memandangnya dengan pandangan sayu.
“Ya! Mestilah awak boleh.  Awak nak cakap apa Quratul? Awak cakap.  Awak nak suruh saya buat apa pun saya akan ikut,” perasaan sebaknya tak dapat ditahan lagi.
“S…saya nak awak jaga anak saya…?” Lili hampir melatah dengan permintaan Quratul.  Apa yang dia merepek ni?
“Apa yang awak cakap ni Quratul? Awak ibu kepada anak awak.  Sepatutnya, awak berada di sisi dia.  Kenapa awak suruh saya jaga anak awak pulak?” mengarutlah.
“Masa…masa saya dah tak lama lagi Li…Li…Lili…saya rasa tak larat s…sangat sekarang ni…” ujar Quratul lemah.  “Sebab tulah saya mintak dekat awak supaya jaga anak saya…”
“Quratul.  Awak merepek ni.  Kenapa awak cakap macam tu? Saya jamin yang awak dengan Faliq masih boleh hidup bahagia.  Lepas saja saya lawat awak ni, saya janji saya akan pergi jauh dari hidup awak dan Faliq,” semakin takut hatinya sekarang ini bila Quratul berkata sedemikian.
Quratul menggeleng perlahan lalu dia menggenggam tangan Lili.  Erat.  Seperti adik-beradik.  Dia memandang mata berair Lili.  “Saya cuma mintak ini saja Lili…S…Saya tahu saya dah tak l…lama lagi Lili.  Saya nak awak jaga Faliq dan anak saya…”
Lili pantas menyeka air matanya yang jatuh bercucuran di pipi.  “Tak Quratul.  Awak tak boleh cakap macam ni sebab saya percaya awak kuat dan jodoh awak dengan Faliq masih lagi utuh macam dulu! Saya janji saya akan buatkan Faliq jatuh cinta pada awak!”
“Lili…saya tak mampu Lili.  S…saya t…t…tahu awak m…mampu Lili.  Tolong saya Lili? Saya m…merayu sangat dekat awak Lili…”
Lili menggeleng lagi.  Ini satu permintaan yang berat untuk dia tepati.  Kalau jaga anak saja tak apa, tapi ini dengan bapaknya sekali.  Ya Allah…
“Quratul, awak tak boleh putus asa macam ni.  Awak kena kuat demi anak awak dan jugak Faliq.  Awak kena ingat yang awak ada anak dan suami! Paling tidak pun, awak ingatlah yang saya akan selalu ada di sisi awak.  Awak susah ke, awak senang ke.  Saya tak kisah semua tu.  Please Quratul? Jangan macam ni…” aku hampir separuh gila! Aku tak nak Quratul pergi dan tinggalkan segala-galanya macam itu saja tanpa menikmati kehidupan yang bahagia bersama orang yang tersayang.
“Saya dah tak boleh Lili.  Saya tahu jodoh awak dengan Faliq sangat kuat.  Saya yakin yang awak mampu bahagiakan Faliq dan Faliq pun mampu bahagiakan awak…”
Lili menggeleng lagi.  “Jangan cakap macam tu.  Awak kuat Quratul dan awak yang berjodoh dengan Faliq.”
“Tak…saya dah tak kuat Lili…s…saya…” nafasnya mulai tersekat. 
Lili mula diserang rasa takut.  Kenapa pulak nafas Quratul jadi tak teratur macam ni? “Qu…Quratul…”
“Tolong saya eh? J…jagakan a…anak saya…” ujar Quratul sebelum nafasnya lemah dan tiada.
Lili terkaku.  A…apa jadi ni? “Quratul! Quratul! Awak! Awak jangan nak main-mainkan saya awak! Awak!”  button merah ditekan banyak kali.  Dia merasakan kadar denyutan nadi Quratul.  Tiada.
“T…t…tak…” Quratul menghembuskan nafas terakhirnya di hadapan aku.  Tanpa sempat keluarganya menjenguk dan juga Faliq.
Doktor menyerbu masuk ke dalam wad.  Mereka memberi kadar bantuan segera.  Namun jawapannya hampa.  Quratul tiada lagi bersama mereka.  Hanya jasad sahaja yang ada sekarang ini.
Apabila doktor memerhati jam di pegelangan tangan, tahulah memang Quratul sudah tiada lagi di muka bumi ini.  Selimut ditarik naik menutup keseluruhan badan Quratul.
“Maafkan kami cik…” ujar doktor muda tersebut perlahan.  Air mata bercucuran keluar dari tubir matanya.
Dato Sri Syed Baharudin menghampiri Lili yang sedang menangis di sisi katil Quratul.
“Lili…betul ke ni?” dia turut tidak percaya lalu matanya melihat ke arah sekujur tubuh yang baring kaku di atas katil.  Lili tidak terkata apa.  Soalan yang diajukan kepadanya pun tidak dijawab.
“Ya Allah…” apabila ibu bapa Quratul masuk, suasana makin menjadi hiba.  Lili pula berlari keluar lalu duduk di kerusi hospital.  Dalam sekelip mata sahaja Quratul pergi meninggalkan mereka.
“S…s…saya n…nak cakap dengan a…awak sikit…b…b…boleh?”
“Ya! Mestilah awak boleh.  Awak nak cakap apa Quratul? Awak cakap.  Awak nak suruh saya buat apa pun saya akan ikut,” “Ya! Mestilah awak boleh.  Awak nak cakap apa Quratul? Awak cakap.  Awak nak suruh saya buat apa pun saya akan ikut”
“S…saya nak awak jaga anak saya…?”
Air matanya diseka perlahan.  Patutkah aku tunaikan permintaan dia sedangkan hati aku tak nak.  Aku tak nak berdekatan dengan Faliq.  Angkara Faliq, Quratul pergi! Ini semua punca dari Faliq! Kerana Faliq, semuanya bersedih sekarang ni!
“S…saya nak awak jaga anak saya…?”
Masih terngiang-ngiang di pendengarannya tentang permintaan Quratul tadi.    Ini permintaan Quratul sebelum dia pergi.  Tapi, haruskah aku tunaikan kalau hati aku sendiri tak rela dengan permintaan dia? Argh! Parah betullah!
Lili mengeluarkan telefonnya lalu menghantar mesej kepada Batrisya.  Aku perlu luahkan kepada Batrisya.  Kalau aku pendam, aku pulak yang jadi gila nanti.  Sudah-sudahlah Faliq seorang sahaja yang gila.

Me: Bat…aku nak jumpa kau dekat tempat biasa…

Selepas menghantar mesej, dia segera keluar dari hospital.  Sebelum Faliq sampai dan tengok aku ada di sini, baik aku chau dulu.

RASA kesal masih lagi menebal di dalam hati Dato Sri Syed Baharudin.  Kesal dengan tindakan bodoh anaknya.  Kesal dengan sikap terburu-buru anaknya.  Kesal dengan perbuatan anaknya yang dah tak serupa manusia!
“Puaslah hati Liq sekarang kan?!” ujar Dato Sri Syed Baharudin sambil berjalan dari hulu ke hilir.  Macam orang tengah mengalami krisis kewangan.
“Walid…Liq m…mintak maaf walid.  Liq tak sangka benda ni akan jadi sampai teruk sebegini,” sungguh dalam hatinya juga terbit rasa kesal dengan tindakan bodoh diri sendiri.  Betul cakap Lili.  Aku patut lebihkan perhatian kepada Quratul dulu.
“Apa yang nak dimaafkan lagi Liq? Tak ada apa yang perlu dimaafkan! Yang Liq kena mintak maaf sebenarnya kepada Quratul! Dia lebih berhak!”
“Walid…”
“Sudahlah Liq! Walid tak nak dengar apa-apa lagi! Walid tak sangka anak yang walid tatang dengan penuh minyak ni sanggup buat macam tu! Walid tak faham, di mana silapnya walid ketika mengajar anak walid!”
“Walid…Liq mintak maaf…”
“Sudahlah Syed Umar Faliq! Walid dah cukup kenal dengan perangai kamu sebenarnya! Kalau hari ni pun walid maafkan kamu, tak mustahil kamu boleh buat lagi pada masa akan datang!” kesabarannya cuba dibentengkan.  Kalau aku tak sabar, dah lama agaknya muka anak aku ni dapat habuan penampar.
“Habis tu, walid nak Liq buat apa sekarang? I can’t do anything to change fate walid! When it’s beginning, just let it begins! Kita tak boleh nak patah masa balik!”
Then, just let it be.  Walid tak suruh pun Faliq putarkan masa…” Dato Sri Syed Baharudin melangkah masuk ke dalam rumahnya. 
Faliq meraupkan mukanya.  Fikirannya semua buntu.  Sudahnya walid marahkan dirinya.  Quratul pula tiada sekarang ini.  Dia harus menjaga anaknya seorang diri.  Bila Quratul pergi, barulah kau nak rasa macam ni.  Dulu masa dia ada, kau tak pernah nak hargai.  Padan muka kau Faliq! Padan muka kau!

“APA yang kau nak buat sekarang ni?” Batrisya memandang Lili yang diam berkutik sambil memandang air oren di dalam gelas.
“Aku pun tak tahu Bat…aku buntu sekarang ni.  Aku tak tahu sama ada aku nak tunaikan ke tak permintaan arwah Quratul.  Kalau aku tak tunaikan, itu permintaan terakhir dia.  Bila aku tunaikan, aku dekat dengan Faliq.  Urgh! Buntu weyh!” Lili membenamkan wajahnya di meja.
“Aku rasa kan, baik kau ikut jelah permintaan arwah Quratul tu.  Tu kan amanat dia untuk kau supaya kau jaga anak dia? Lagipun, dia tak mintak pun kau kahwin dengan Faliq?”
Lili mengangkat mukanya memandang Batrisya.  “Memanglah dia tak suruh aku kahwin dengan Faliq tapi masalahnya aku nak kena hadap muka dia tiap-tiap hari! Tak nak aku!” Lili memandang ke arah lain.  Tak tahu macam mana caranya nak larikan diri dari Faliq.
“Macam ni jelah.  Kau fikir kau nak jaga anak dia je.  Kau tak payahlah nak fikir pasal Faliq ke apa.  Lagipun, ayah dia ada kan?”
Hmmm…betul jugak! Sekarang mestilah Faliq akan duduk rumah ayah dia.  Maknanya…kalau ayah dia ada, dia takkan berani nak kacau aku.
“Bijak jugak kau kan Bat? Aku tak pernah terfikir pulak pasal tu,” Lili mengukirkan senyuman.  So, aku tak payahlah takut kalau dia kacau aku ke apa.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now