“Ni kenapa pulak anak walid ni sengih-sengih?” tak ada berita apa-apa, tup-tup anaknya sengih. Nak kata gila waras lagi.
“Tak ada apalah walid. Saja nak sengih, tak boleh?”
Dato Sri Syed Baharudin mencebik mendengar balasan anaknya. Yelah tu saja-saja. Anak aku ni mesti ada sebab kalau sengih macam ni punya cerita.
“Tak payah nak bohong walid lah Liq. Dah masak pun dengan perangai Liq…”
“Dah masak? Sedap tak walid?” kurang ajar punya loyar buruk. Dato Sri Syed Baharudin usyar panas anaknya. Aku masak betul-betul kang?!
“Sengaja nak test walid ke apa ni?” kita tanya betul-betul, boleh pulak dia buat lawak? Memang nak kena betullah anak aku ni.
“Mana ada test walid. Lagipun, bukan tadi ke walid cakap yang walid dah masak perangai Liq? Bagilah Liq rasa,” lama-lama aku dapat darah tinggi dengan lawak solo anak aku ni.
“Yelah walid kalah. Macam mana dengan Damia? Ok ke Liq nak jaga dia ni? Lagipun, Liq tak biasa kan tidur dengan dia? Kalau tak biasa, bagi je dia tidur dengan Kak Jah…”
“Tak apalah walid. Lagipun, dia kan anak Liq? Takkanlah nak biarkan dia tidur dengan Kak Jah pulak kan? Kesian jugak dekat Kak Jah…”
“Tak apalah kalau kamu kata macam tu. Tapi, jangan sampai kamu karate anak kamu jatuh katil pulak. Maklumlah ingatkan tidur sorang-sorang. Rupanya-rupanya ada seorang lagi.”
“Hesy walid ni. Takkanlah nak karate anak sendiri? Agak-agaklah…” takkanlah aku nak karate anak aku sendiri? Sayang anak kot?
“Liq dah pergi lawat kubur arwah?”
Faliq senyum. “Dah…petang tadi lepas Lili balik Terengganu.”“Jangan lupakan Quratul…”
“Taklah walid. Mana mungkin Liq lupa orang yang dah lahirkan zuriat untuk Liq? Salah Liq jugak walid sebab tak pernah nak ambik berat langsung tentang Quratul dulu. Sekarang ni baru nak menyesal,” kalaulah Quratul masih ada sekarang ni, pasti aku hidup bahagia dengan Damia dan cuba untuk melupakan Lili.
“Ada maksud di sebalik semua ini Liq.”
Faliq tersenyum senget sedikit. Ada maksud? “Apa maksudnya walid?”
“Entahlah. Walid ni bukan siapa-siapa nak tahu apa yang Allah dah aturkan untuk anak walid ni. Tapi, apa yang walid mintak supaya Liq sentiasa tabah dengan apa yang akan berlaku.”
Faliq mengeluh kecil. Dia tahu walid terkilan dengan kelakuannya selama ini. Dia tahu apa yang dia lakukan sebelum ini satu kesalahan yang sangat besar. Aku berlaku kejam pada arwah Quratul. Kenapalah aku bodoh sangat dulu? Kenapa aku perlu sia-siakan Quratul dan terkejar-kejarkan Lili sedangkan Quratul ialah orang yang aku pilih untuk menjadi suri hati aku sendiri?
“Dahlah tu…kamu solat Maghrib tak lagi?” tegur Dato Sri Syed Baharudin.
“Allahuakhbar walid! Nasib baik walid ingatkan. Thank you!” Faliq segera bangun lalu berlari laju ke biliknya. Dato Sri Syed Baharudin menggeleng melihat anaknya.
Hmmm…nasib baik aku ingatkan. Kalau tak? Entah ke mana Maghrib dia tu…
“KENAPA Damia menangis ni? Janganlah menangis…” dia cuba memujuk Damia dari terus-terusan menangis. Dari tadi asyik menangis. Suap susu pun dia tak nak. Nak kata berak, dia tak berak pun.
“Kenapa ni Lili?” soal Kak Jah bila dari tadi telinganya menangkap bunyi tangisan suara Damia. Tak henti-henti.
“Lili pun tak tahu Kak Jah. Dari tadi asyik menangis je. Suap susu pun dia tak nak…”
“Bagi dekat Kak Jah…” Damia diserahkan kepada Kak Jah. Lagipun Kak Jah sudahpun bergelar ibu. Jadi, dia mesti tahu pasal ni.
“Hmmm…dia kembung ni Lili…”
“Hah? Kembung? Habis tu nak buat macam mana Kak Jah?” sudah! Kembung pulak. Aku ni bukannyalah pandai sangat bab-bab kembung-mengembung ni.
“Tak apa…biar akak tunjukkan…”
Damia dibaringkan di atas katil lalu minyak Yu Yi dibawa keluar. Dituang di atas tapak tangannya lalu disapu perlahan atas perut Damia. Serta diurutkan pada kaki Damia.Makin lama tangisan Damia semakin reda. Mungkin rasa kembungnya dah berkurangan. Lili mengucapkan syukur di dalam hati.
“Lain kali kalau dia kembung, sapukan minyak ni dekat perut dia…”
“Baiklah Kak Jah. Terima kasih sebab tolong. Blur pulak Lili bila bab-bab kembung ni,” Lili tersengih. Buat malu je kau ni Lili!
“Tak apalah Lili. Biasalah orang muda macam Lili ni. Oklah, akak sambung buat kerja dulu. Lagipun, Damia tu dah kuyu sangat. Mengantuklah tu…” Lili menoleh ke arah Damia bila Kak Jah menjuihkan bibirnya ke arah Damia yang matanya mula kuyu.
“Yelah Kak Jah. Saya tidurkan dia dulu…” Lili mencempung Damia lalu dibawa ke pangkuannya. Belakang badan Damia ditepuk perlahan sehinggalah Damia terlena di pangkuannya.
Selepas memastikan Damia betul-betul lena, dia meletakkan Damia di atas katil. Batal panjang diletakkan di setiap sisi Damia. Nak elakkan dari Damia bergolek hingga jatuh katil.
Kepala kecil Damia diusap perlahan. Nasib baiklah jugak aku baik hati untuk jaga kau Damia. Kalau ikutkan hati aku ni, aku tak nak terima tawaran Quratul dulu. Tapi bila aku fikirkan balik, kesian Damia. Di kala dia masih kecil, dirinya tidak dapat rasa kasih sayang ibu.BATRISYA memandang wajah polos kawannya. Sudah lama rasanya dia tidak bertemu dengan Lili. Baru hari inilah dia dapat jumpa. Itupun sebab aku paksa.
“So? Macam mana sekarang?” soal Batrisya sambil memandang wajah sugul Lili. Penat sangat ke?
“Macam mana apa? Macam tu jelah. Lagipun, dah memang tugas aku nak jaga budak tu kan?” lagipun, kalau aku tak jaga Damia, siapa lagi nak jaga Damia? Nak biarkan Kak Jah jaga Damia? Hmmm…kesian pulak dekat Kak Jah.
“Kau ok ke serumah dengan mamat tu?” nampak gaya Lili ni, macam dia ok je.
“Aku ok je tapi tulah. Kau tahu kan? Of course lah aku rasa tak selesa selepas apa yang dia buat dulu? Rasa meremang je bulu roma aku ni,” air epalnya disedutkan sedikit.
Batrisya mencebik mendengar kata-kata Lili. “Iyelah tu kau meremang. Entah-entah dalam hati dah ada rama-rama?” sengaja dia mengusik Lili.
Lili memandangnya dengan pandangan tak puas hati. “Banyaklah kau punya rama-rama! Banyak tebuan ada lah dalam perut aku ni.”
“Ceh! Tebuan konon!” Batrisya mencebik mendengar jawapan Lili. Cliché sangat dekat telinga aku ni.
“Oh ya, Izzul tak balik KL lagi ke?” Batrisya menggeleng dengan pertanyaan Lili.
“Aku tak pernah pun jumpa dia dekat KL ni. Well, dia busy kan? Biarlah dekat dia…”
“Aku pun tak berjumpa dengan dia sejak aku jadi baby sitter kepada Damia. Kau dengan Izzul tu? Bila nak launch?”
Batrisya menjongketkan keningnya. Dia tahu Lili nak cakap apa. “What do you mean by launch? Amboi! Kau nak kenakan aku?”
“Eh! Mana ada aku nak kenakan kau. Aku just cakap benda yang betul ok? Aku tahu Izzul sukakan kau…hahahaha…”
Tangan Lili dicubit kuat membuatkan Lili meringis sakit. Tangan Batrisya ditampar kembali.
“Banyaklah kau punya pengetahuan! Eh, dekat nogori tu banyak awekss yang cun-cun dia boleh buat bini.”
“Yang Teganu pun comel-comel jugak?” Lili membuat mata blink-blink.
Batrisya buat muka menyampah. Habis topik dia, aku pulak yang dikenakan. Lili ni memang betullah tak makan kasut saiz lima aku.
Sudah! Aku tak nak bincang pasal ni. Entah-entah Izzul dah lupakan aku pun.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...