“Dear chat dengan siapa tu?” soal Ryan sambil merenung telefon isterinya. Baru saja log out laman facebook.
“Ada seorang kawan facebook saya nama dia Lili Sorfina. Dia baru je kahwin. Dan…perkahwinan diorang sama macam kita. Terpaksa. Dia mintak tolong dari saya macam mana nak hadapi hari-hari dia dengan suami dia.”
“Wooo…kiranya dear ni macam pakar perunding rumah tangga lah?” Ryan tertawa kecil bila Hanny mengetamkan tangannya.
“Hubby ni, tak baik tau cakap macam tu. Why not kita tolong orang kan? Lagipun, saya kan belajar dari jiwa saya yang tak matang dulu?”
“Alololo…sweet nya! Isteri sapa entah?” Ryan tersengih sambil melihat isterinya lalu keningnya dijongketkan.
“Isteri kepada Ryan Zarif Mohd Ariff Foo. Kan? Kan? Isteri Ryan Zarif Mohd Ariff Foo ni nama Hanny Syazana Amin Iskandar. Yang dia sayang sampai sendat tu? Kahkahkah!” Hanny sengaja mengenakan suaminya.
“Dear! Oh kenakan hubby eh?!” pinggang Hanny digeletek. Bilik mereka pecah dengan suara tawa Hanny yang tak tahan digeletek oleh Ryan. Gila betullah.
LILI bersiap-siap untuk keluar. Kalau aku tak keluar, alamatnya si Damia ni kempunanlah nak minum susu. Susu pun dah nak habis. So, baik aku prepare awal-awal.
Lili mendukung Damia lalu dibawa turun ke bawah. Baru sahaja kaki nak melangkah keluar, dirinya disapa oleh Faliq.
“Nak ke mana?” Faliq menghampiri dirinya.
“Errr…nak keluar kejap. Nak beli susu Damia. Kenapa?” buat-buat lupa nak mintak izin dari suami ke Puan Lili?
“Biar aku hantar kau…”
“Eh! Tak apa. Kereta aku kan ada? Aku pergi sorang jelah. Tak apa. Tak payah susahkan diri kau.” sedaya-upaya dia cuba menolak. Jujur aku tak selesa kalau satu kereta dengan dia. Tu je.
“Aku suami kau dan aku bapa kepada Damia ok? So why not aku teman kau pergi beli susu Damia? Ke…kau nak jumpa orang lain?” mulalah hatinya nak dilanda dengan perasaan cemburu.
“Mana ada kau ni. Suka nak menuduh kan? Tak adalah, aku lebih selesa pergi seorang diri. Ok?”
“Are you sure?”
“Jangan risau ok? Aku pergi dulu,” Lili menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan Faliq. Faliq hanya menyambut.
“Drive elok-elok!” pesan Faliq sebelum Lili melangkah masuk ke dalam kereta. Bukan tak tahu Lili ni. Kerjanya merempit je.
SELEPAS membeli segala barang keperluan Damia, dia mula melangkah keluar dari mall. Tapi, datang dari mana entah budak perempuan lalu merempuhnya.
Nasib baik plastik berisi susu Damia tak jatuh. Kalau tak, hampeh!“Ya Allah Fardiana! Tengok?! Kan dah jatuh?” seorang perempuan datang menghampiri budak perempuan yang terjatuh akibat terlanggar Lili. Lili membantu budak tersebut untuk bangun lantas mengambil plastik berisi baju baru yang dibelinya untuk Damia.
“Sorry lah adik. Anak akak ni nampak je perempuan, tapi tahap nak jadi Usain Bolt!” sempat lagi dia ni buat lawak. Desis hati Lili.
“Tak apalah akak. Biasalah, budak-budakkan?”
“Anak ke?”
“Ha arr…oh ya. Saya Lili. Nur Lili Sorfina…” ujarnya memperkenalkan diri. Tak salahkan tambah kenalan?
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...