Bab 50

17K 432 1
                                    

Uuuu chak?! Uuu chak?! Yeay…Damia dah pandai ketawa sekarang ni? Kalau umi Damia tengok Damia pandai macam ni, mesti ibu Damia pun happy kan? Kan? Kan?” Damia merengek sambil ketawa. 

Lili mengukirkan senyuman melihat perkembangan Damia yang sudah berusia 7 bulan sekarang ni.  Sekejap je kan masa berlalu? Kalau Damia dah 7 bulan, maknanya aku dah 4 bulan berkahwin dengan Faliq.

Hmmm…hubungan aku dengan Faliq still lagi biasa.  Tak ada apa yang special pun.  Kalau ikut perkiraan aku ni pun, arwah Quratul dah pergi 7 bulan. Genap.  Sudah masuk 7 bulan jugak aku jaga Damia.  Gigi Damia pun dah mula tumbuh.

“Lili…” panggil seseorang di muka pintu.  Lili pantas menoleh. 

“Eh? Walid? Ada apa? Masuklah…” Lili bangun dari katil.  Dato Sri Syed Baharudin melangkah masuk lalu kerusi meja kerja ditarik.  Dia melabuhkan punggungnya di situ.

“Macam mana dengan Damia? Demam dia dah kebah?” Lili mengangguk sambil memandang Damia yang ralit bermain dengan barang permainannya.  Langsung tak hiraukan keadaan sekeliling.

“Walid nak tanya Lili sesuatu boleh?” pinta Dato Sri Syed Baharudin. 

Apa yang walid nak tanya pulak ni?
Buat aku rasa kecut perut pulak.  “Apa dia walid?”

“Lili masih marahkan Faliq?” soalan KBAT tahap benua.  Soalan yang paling susah aku nak jawab.

“Kenapa walid tanya?” sengaja dia tak menjawab pertanyaan Dato Sri Syed Baharudin.

“Saja.  Walid tengok hubungan Lili dengan Faliq langsung tak ada progress.  Kenapa eh Lili?”

“Walid…walid marahkan Lili ke? Kalau walid marah, Lili mintak maaf sangat-sangat.  Bukan Lili nak abaikan Faliq tapi…”

“Lili masih tak boleh terima Faliq kan?” percakapan Lili terus dipotong.  Lidah Lili terkelu.  Ya…aku masih tak boleh nak terima Faliq.

“Kenapa Lili? Lili…walid tak paksa untuk Lili terima Faliq ke apa tapi dah 4 bulan.  Takkan Lili langsung tak ada perasaan sayangkan suami?” sebagai orang tua, dia harus menasihati.  Dia tak nak melihat rumah tangga yang dibina untuk kali kedua runtuh macam tu sahaja hanya kerana perkara remeh-temeh.

“Jadi, walid nak Lili cuba terima Faliq seikit demi sedikit sebab walid tahu apa yang anak walid rasa.  Tolong ya Lili? Bahagiakan Faliq? Walid tahu Lili mampu bahagiakan Faliq sebab kebahagiaan anak walid terletak pada tangan Lili sendiri.”

Sebak pula dia rasa bila mendengar pengakuan dari Dato Sri Syed Baharudin.  Kebahagiaan Faliq terletak pada tangan aku? Lili memandang Dato Sri Syed Baharudin sebentar.

“Walid…Lili mintak maaf ya? Lili jadi menantu yang tak baik selama ni.”

“Walid tak marah pun dekat Lili cuma walid nak Lili cuba terima Faliq sebagai suami.  Memanglah selama ni Lili jaga makan pakai dia…anak dia tapi Lili pun kena ingat jugak.  Faliq pun ada tanggungjawab terhadap Lili.”

“Ya, insya-Allah walid Lili akan cuba.  Terima kasih walid…” duh…sesi menggayat hati betul.  Rasa deep dalam hati.

FALIQ melangkah masuk ke dalam rumah.  Badannya direbahkan ke atas sofa.  Hari ni banyak meeting yang dia harus hadiri.  Berjumpa dengan client lagi.  Fuh…penat tak terkata.  Dalam usia aku ni, sepatutnya aku masih belajar tapi aku berhenti semata-mata nak tolong walid.

Lili menghampiri Faliq bersama secawan air anggur di dalam mug.  Mug diserahkan kepada Faliq.  Faliq memandang ke arah Lili.  Agak terkejut jugaklah bila Lili yang serve air kepadanya.  Selama ni tak pernah pun.  Hari ni tiba-tiba pulak?

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now