“Baju aku dah gosok?” Faliq mencelah bila melihat Lili yang sedang sibuk melipat baju-baju milik Damia.
“Dah…aku dah letak pun dekat bilik kau. Pergi main jauh-jauh…” halaunya. Tak nak Faliq mengganggu ketenteraman jiwanya. Elok je aku bersemangat lipat baju Damia ni, terus tak jadi.
“Ok, aku cuma nak ucapkan terima kasih. Make sure breakfast esok kau yang masak dan bukannya Kak Jah.”
Hesy! Dia ni banyak songeh betullah! Apa salahnya kalau Kak Jah yang masak? “Bagi jelah Kak Jah yang masak!” lagi mahu aku yang masak.
“Aip? Ingat syarat yang kau dah setuju tu? Kau kena masakkan aku breakfast every day. Kau dah lupa? Ke kau buat-buat lupa?” senyuman sinis disertakan di bibirnya.
“Boleh tak kalau dalam hati kau tu tak ada niat nak membuli aku? Aku di sini sebab Damia dan aku hanya ikut permintaan arwah Quratul untuk menjaga Damia. Dia tak suruh pun aku jaga kau! Kau ambik peraturan mana pulak kalau jaga anak, kena jaga bapaknya sekali?” ni yang betul-betul menguji kesabaran aku.
“So? Sekarang ni kau nak langgar syaratlah? Aku tak kisah kalau kau nak langgar syarat tapi kau kena hadapi hukumanlah. Kau nak?” Faliq menjongketkan keningnya. Lagi menambah sakit hati Lili.
Lili bangun lalu menutup pintu bilik. Dikunci terus. Hah! Senang hati aku. Layan kau buat panas hati aku je. Sikit-sikit nak ugut aku. Kalau bolehlah, aku nak sembelih kau jugak Faliq!
Faliq tersenyum kemenangan. Ya…kau takkan boleh lari dari aku Lili? Sekali kau langgar syarat aku, kau akan terima hukuman. Semestinya hukuman aku tak boleh kau nak terima sampai bila-bila.
ADYA melangkah masuk ke dalam pejabat Faliq bersama fail di tangannya. Tumpuan Faliq terarah kepada Adya yang berdiri di hadapannya.
“Ini fail yang Encik Faliq nak. One more, Lili dah datang…” ujarnya lalu jarinya ditunding ke arah Lili yang sedang menunggu di luar pejabatnya. Faliq mengukirkan senyuman sedikit.“Suruh dia masuk. One more, kalau ada apa-ap or siapa-siapa nak jumpa saya, suruh dia tunggu dekat bilik mesyuarat ya?”
“Baik Encik Faliq…” Adya melangkah keluar lalu menjemput Lili masuk ke dalam pejabat Faliq.
Damia yang berada di dukungannya diletakkan di atas sofa. Kalau aku bertekak dengan mamat ni, tak pasal-pasal pulak Damia yang jadi token.
“Nah…” bekal makanan tengahari diletakkan di hadapan Faliq. Kalau lepas ni kau nak komen, memang aku kasi penumbuk. Biar muka tu melekat dekat almari. Ikut suka hati dia je dulu dia nak komen masakan aku itu walhal menurut Kak Jah, masakan aku dah terlajak sedap.
“Apa ni?”
Aik? Dah amnesia? Ke wayar putus lepas tenung fail atas meja tu?
“Takkan dah lupa kot? As always. Nasi putih dengan kuah tomyam kan? Air teh o ais pun ada sekali. Anything lagi sir?” cepat-cepatlah sikit! Aku malas nak hadap muka kau sekarang ni.
“Nothing. Macam biasa jugak. Stay here and wait until I finish my food. Boleh?” pintanya. Macam biasa.
Dia ni macam-macam hal betullah! Sudahnya aku nak keluar cepat ni!Dengan lampin Damia lagi aku nak kena beli. Sabun mandi dia lagi! Huh! Nasib kaulah Damia dapat bapak yang banyak songeh macam ni.
“Tak boleh! Aku nak kena keluar pergi barang pulak! Nak beli barang keperluan Damia lagi. Makanlah sorang diri! Macamlah tak biasa pulak kan?” bentaknya. Muncung pun dah panjang 2 inci.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...