Bab 18

14.5K 507 2
                                    

Akad nikah sudah pun berlangsung dan dia sudah sah pun menjadi seorang suami kepada Quratul. Tapi, kelibat Lili masih lagi tak nampak. Ke mana pulak Lili ni? Janji nak datang. Kenapa sampai sekarang tak sampai-sampai lagi? Hmmm...mungkin jalan jammed kot? Faliq cuba menyedapkan hatinya.
Quratul menghampiri Faliq yang tercegat di depan pintu rumah. Entah siapa dia masih tunggu sekarang ni.
"Awak...awak tunggu sapa?" soal Quratul bila Faliq masih tidak sedar dengan kehadirannya sekarang.
Faliq tersedar dari dunianya lalu memandang Quratul yang sedang menanti jawapan untuk soalan yang ditanyanya.
"Tak ada sapa pun. Saya cuma tunggu kawan saya, Lili. Entah kenapa sampai sekarang dia tak datang. Janji nak datang masa akad nikah..." ujar Faliq sambil matanya masih memerhati ke luar. Menunggu Lili. Manalah tahu dia datang?
"Awak rilekslah. Kejap lagi Lili sampailah tu. Mungkin jalan sesak sekarang? Siapa tahu kan?" kalau boleh, dia teringin juga nak berjumpa dengan gerangan yang bernama Lili. Dia tak pernah tengok muka Lili.
Dato Sri Syed Baharudin menghampiri Faliq dan Quratul yang berdiri di depan pintu rumah. Ada apalah anak aku dan menantu aku ni sampai berdating pun depan pintu?
"Faliq...Quratul...kenapa duduk depan pintu? Tunggu siapa?" soal Dato Sri Syed Baharudin turut memerhati ke arah luar. Siapalah yang diorang tunggu.
"Walid...ada nampak Lili? Manalah tahu Lili datang melalui pintu belakang?" soal Faliq bila dah lama dia menunggu Lili untuk datang ke majlisnya.
"Tak ada...Faliq tak nampak pun. Kalau betullah dia datang, mustahillah dia tak duduk dan tengok majlis kamu? Kamu dah try call?"
Faliq tergendah seketika. Ha arr kan? Aku mana call dia lagi. Apalah kau ni Faliq! Faliq menuju ke biliknya lalu mencapai telefon. Nombor Lili cuba didail. Satu...dua...tiga saat...tak berangkat.
Haih! Ke mana Lili ni? Kenapa aku call tak berangkat? Faliq mencuba lagi. Mungkin dia tak dengar kot?

MATANYA memandang incoming call di telefonnya. Faliq...tak! Aku tak boleh angkat panggilan dia! Dia kan dah jadi suami orang? Kau tak boleh kacau diorang Lili! Tak boleh! Kau kena sedar diri kau!
Batrisya yang sedang memandu keretanya memandang Lili sekejap yang termenung di tempat penumpang sebelah. Henset pulak dari tadi asyik memekak je kerjanya.
Sekali lagi telefon Lili berdering kuat. Batrisya merampas telefon Lili lalu memandang nama pemanggil. Lili pula terkejut dengan rentapan mengejut Batrisya.
"See?" dia menunjukkan skrin telefon kepada Lili. "Faliq call. Kau ni. Sepatutunya kau pergi tau majlis dia tadi. Tapi kau?"
"Bat...kau rasa aku mampu ke tengok dia kahwin dengan orang lain? Kau tak faham apa yang aku rasa Bat..."
"Tulah kau. Tak sanggup. Ayat yang sama kau bagi dekat aku."
"Aku malulah Bat. Aku perempuan kot? Takkanlah aku nak luahkan perasaan suka aku dekat dia kot?"
"Hey! Pergi jahanamlah dengan rasa malu kau tu! Yang penting hati kau tu. Hati kau tu yang terluka bila dia dah kahwin dengan Quratul! Aku tak fahamlah dengan kau ni!"
Sampai di KLIA, Batrisya memakirkan keretanya. Lili dan Batrisya keluar dari kereta lalu masuk ke dalam KLIA. Pengumuman ke Terengganu sudah pun diumumkan. Lili berjalan ke balai perlepasan. Sebelum masuk, dia memandang Batrisya.
"Bat...aku mintak maaf kalau aku menyusahkan kau selama ni. Tapi, aku mintak satu benda je. Kau jangan cakap dekat Faliq yang aku ada dekat Terengganu? Kau cakaplah aku ke overseas ke apa? Asalkan dia tak cari aku."
"Lili! Takkanlah kau nak jadi macam ni? Please lah..."
"Bat...aku tak boleh. Please eh? Aku nak ketenangan. Kejap je..."
"Banyaklah kau punya kejap! Ini sampai kau mintak cuti lama punya!"
"Oklah Bat. Aku masuk dulu. Assalamualaikum. Ingat pesanan aku..." Lili masuk ke dalam balai perlepasan selepas menghadiahkan senyuman kepada Batrisya.
Batrisya pula hanya memerhati. Sampai macam ni sekali keputusan kau Lili? Kenapa kau nak kena lari? Nasib baik alasan kau diterima dekan. Kalau tak? Apa nak jadi dengan kau Lili?
Lili melangkah dengan berat hati. Berat rasanya aku nak tinggalkan bandar KL ni. Walaupun hati aku di sini, tapi aku tetap jugak kena balik jumpa ibu. Dah lama aku tak jumpa dengan ibu. Call je yang mampu. Itupun mana best.
Faliq...aku mintak maaf sebab tak hadir ke majlis kau. Aku cuma berharap dan berdoa yang kau akan kekal bahagia dengan Quratul.

"KENAPA dengan dia ni? Tiba-tiba pulak matikan telefon?" gumam Faliq sendirian sambil memandang telefonnya.
"Dia pergi mana sebenarnya? Majlis aku pun tak datang. Call tak angkat. Mesej tak reply? Fon pulak dia matikan. Apa yang jadi dengan Lili sebenarnya?" punggung dihenyakkan di atas katil.
Faliq! Kau tak boleh fikirkan Lili sekarang ni. Apa yang kau kena fikirkan sekarang ni isteri kau sendiri. Kau dah beristeri Faliq. Buat apa kau nak fikirkan Lili lagi?
Aku cuma tertanya-tanya kenapa dia tak datang ke majlis aku? Mestilah aku risau! Aku nak tahu jugak keadaan dia sebenarnya. Sakit ke apa? Dia kan kawan baik aku?
Betul ke hati kau fikir Lili tu kawan baik kau sahaja? Ataupun lebih dari kawan baik kau sendiri?
Argh! Bukanlah! Tak ada apa-apa pun. Lagipun, aku dengan Lili memang rapat dari dulu lagi. Memanglah aku akan risau kalau dia jatuh sakit ke apa. Tak ada apa yang lebih dari tu. Lagipun, aku akan utamakan Quratul sebab dia isteri aku.
Baguslah kalau kau fikir macam tu Faliq! Listen here! Lili is nothing in your life! Sekarang ni, Quratul the one's for you. Yang tu kau kena jaga dia betul-betul. Jangan sambil lewa je. Hati isteri yang lebih penting untuk dijaga.
Faliq tidak sedar yang Quratul sudah pun masuk ke dalam bilik. Mata Quratul tertancap pada bingkai gambar yang berada di meja kecil. Bingkai gambar itu diambil. Ini gambar Faliq dengan siapa? Nampak rapat je?
Hmmm...mungkin inilah Lili yang selalu Faliq cakap tu. Cantik. Muka dia nampak flawless. Nampak segar macam budak-budak. Mesti Faliq rapat sangat dengan Lili kan? Sampaikan gambar mereka berdua pun dibingkaikan.
Gambar diletakkan ke tempat asalnya lalu dia melabuhkan punggungnya di sisi katil. Memang Faliq yang asyik memandang cadar katil. Apalah yang ditenung dengan cadar tu?
"Abang..." panggilnya lembut sambil matanya masih memandang Faliq.
Faliq tersedar apabila suara lembut Quratul menyapa pendengarannya. Bayangan Lili hilang dari mindanya. Dia memandang Quratul yang menghadiahkan senyuman kepadanya.
"Jauh termenung? Fikir apa tu? Masih fikir pasal Lili?" soalan ditujukan kepada Faliq.
Faliq mengulum senyuman kepada Quratul. "Tak adalah...cuma pelik dengan Lili. Call tak angkat. Entah ke mana dia pergi."
"Mungkin dia ada banyak kerja kot? Sebab tulah panggilan abang pun dia tak jawab?" jawapan yang agak logik pada Faliq. Ya...mungkin?
"Abang...nak tanya sikit boleh?" Faliq memandangnya.
"Apa dia?" macam serius je?
"Abang memang rapat dengan Lili? Dalam gambar tu, abang nampak sepadan dengan dia..." ujar Quratul ikhlas. Tak ada rasa cemburu di hatinya.
Faliq memandang bingkai gambar dia bersama dengan Lili dahulu. Masih dalam pakaian sekolah.
"Ya...abang dengan Lili memang rapat. Dulu masa masuk sekolah tu, Lili perwatakan dia memang kasar. Jauh beza dengan perwatakan awak sekarang ni. Awak lemah-lembut..." Quratul menyimpul senyuman bila dipuji. Perempuan mana tak suka dipuji?
"Abang ni...nak puji saya pulak? Abang...kenapa tak pilih Lili?" entah kenapa soalan tersebut yang ditanyanya.
"Kenapa awak tanya macam tu?" Quratul menjongketkan keningnya. Tak tahu kenapa dia tiba-tiba bertanyakan sebegitu.
"Entah...tapi saya rasa abang dengan Lili memang sepadan..."
Faliq melepaskan nafas kecilnya. "Awak...dahlah. Tak payah nak fikir pasal saya dengan Lili. Abang kan dah kahwin dengan awak? Jadi, kita fikir pasal kehidupan kita je. Pasal Lili tu tak payahlah nak ungkit. Benda tu dah jadi sejarah silam abang..."
Quratul mengangguk walhal dalam hatinya terasa lain benar. Dalam hatinya kuat mengatakan yang suaminya takkan dapat melupakan Lili. Lagipun, suaminya begitu rapat dengan Lili. Mustahil dapat lupakan macam tu je.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now