Bab 59

17.8K 443 8
                                    

“Macam mana dengan life kau sekarang?” tanya Batrisya.  Sengaja dia datang jenguk Lili hari ni. 
Katanya Lili tak sihat.  Entah apa yang tak sihatnya? Damia pun dah berusia setahun 2 bulan.

Life aku? Hmmm…ok je.  Kenapa? Nampak macam tak ok ke?” tanya Lili kembali.

“Tak adalah…saja.  Tengok kau pucat sekarang ni.  Kau gaduh dengan Faliq ke?” serius muka Lili nampak pucat sedikit dari sebelumnya.

“Pucat? Mana ada pucat…” wajahnya dipegang.  Biasa-biasa je.  Cuma, kebelakangan ni aku rasa tak larat sikit.  Nak demam kot? Sebab tulah aku rasa letih memanjang.

“Yelah tu tak pucat.  Serius kau pucat ni…”

“Entahlah…maybe aku letih sangat kot? Lagipun, aku rasa tak sedap badan.  Mungkin aku akan demam dalam 5 minit lagi,” amboi…boleh pulak dia hitung saat-saat nak demam dia tu.  Ceh!

“Banyaklah kau punya demam 5 minit.  Aku bawak kau pergi klinik eh? Lagipun, badan kau pun agak panas jugak…” ujar Batrisya bila dia merasakan suhu badan Lili melalui belakang tapak tangannya.  Panas sikit.

“Tak apalah Bat.  Aku ok je.  Tak payah susahkan diri kau tu.  Kejap lagi aku makan panadol, aku sihatlah…” sejujurnya aku malas nak pergi klinik.  Itu memang tabiat aku.

FALIQ menuju ke pantri.  Sejak tadi tekaknya mengidamkan benda-benda yang masam sahaja.  Dah kenapa pulak dengan aku? Tiba-tiba je nak makan benda yang masam? Selalunya akulah orang yang tak sukakan benda-benda yang masam.

Faliq melangkah ke arah Adya yang sedang memotong mangga tersebut.  Kebetulan pula Adya ni.  Macam tahu-tahu ada orang tengah mengidam mangga sekarang ni.  Mengidam?
Errr…lebih kepada teringin kot? Yang tu bunyi sedap sikit.

Adya menoleh ke belakang bila merasakan ada seseorang sedang berdiri di belakangnya.  Seram pulak aku.  Namun, dia menarik nafas lega bila orangnya adalah bosnya sendiri.

“Kenapa bos? Bos nak kopi ke? Kalau nak, saya boleh buatkan?” tak pernah-pernah bos aku ni jejak kaki ke pantri.  Hari ni tiba-tiba pulak?

“Tak…saya tak nak kopi tapi saya nak tu…” jari telunjuknya dihalakan kepada hirisan mangga yang berada di atas piring tersebut.

“Apa?” pandangannya jatuh kepada piring berisi mangga yang dipegangnya.  “Bos nak mangga ke?”

“Boleh?” Adya menggaru kepalanya.  Aku rasa aku yang mengidam, tapi kenapa pulak bos yang nak?

Errr sure bos nak ni? Bukan bos tak makan masam-masam macam mangga ni ke?” serius pelik.  Kalau kami buat pesta buah dekat pantri ni sekalipun, mangga ialah buah yang pertama dia tak akan pilih.

“Ya…can I have it?” aku dah start kecur-liur tengok mangga tu?

“Oklah bos…”

Thank you…” piring diserahkan kepada Faliq.  Faliq membawanya masuk ke dalam pejabatnya.  Satu-satu mangga diratah sambil membuat kerjanya.

Adya menggaru kepalanya.  Tiba-tiba je bos ni.  Pelik-pelik.  Namun, akalnya menerjah kembali.  Entah-entah…bini dia mengandung apa?

“Kenapa kau tergaru-garu kat sini?” sampuk Aisyah ketika menuju ke pantri.  Dah pulak di pantri ni dia jumpa beruk.  Sesat gamaknya.

“Tak ada apalah.  Cuma, aku pelik dengan bos kita sekarang ni.”

“Kenapa?” peket Nescafe 3 in 1 dibuka lalu dituang ke dalam cawan.

“Dia mengidam mangga…kecur-liur dia tengok mangga aku tadi…”

“Serius? Hmmm…bini dia mengandung apa?” ternyata apa yang difikirkan Aisyah sama dengan apa yang difikirkan Adya.

“Kan? Aku pun fikir benda yang sama.  Kalau betullah, untunglah bos kita.  Muda-muda nak dapat sorang lagi…”

“Kau pun apa kurangnya? Baru je 23 tapi dah nak dapat masuk anak kedua pun…”

“Aku belakang ceritalah.  Ini bos…wow!”

“Dahlah! Jangan sibuk pasal bos.  Sambung buat kerja…” Aisyah keluar dari pantri bersama secawan Nescafe yang dibancuhnya tadi.  Adya mencebik.

Baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi, Adya disapa dengan Dato Sri Syed Baharudin. 

“Ya Tuan Syed?” ni mesti nak jumpa Faliq ni.

“Faliq ada?”

“Ada…nak saya panggilkan ke?”

Dato Sri Syed Baharudin cuma menggeleng. “Tak apa, saya boleh pergi sendiri.  Thank you Adya.”

Adya mengangguk kecil.  Dato Sri Syed Baharudin melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Faliq.  Lagipun, security door code Faliq dia tahu.

Dia memandang Faliq yang sedang tekun meneliti fail projek sambil tangan kanannya menyuap….mangga? Sejak bila pulak anak aku ni suka makan mangga? Hai…ini pelik ni?

Dato Sri Syed Baharudin duduk di
kerusi berhadapan dengan anaknya. 
“Faliq…” panggilnya perlahan.

Faliq mengangkat kepalanya.  Garfu di tangannya diletakkan kembali.  Dia mengambil tisu lalu mulutnya dilap kasar.

“Walid? Bila masa walid masuk? Tak sedar pun?” terkejut jugaklah aku bila walid panggil aku.  Aku ingatkan siapalah tadi.

“Sejak bila Liq suka makan mangga?” soalnya pelik.  Banyak pulak tu mangga yang dia ambil.  Anak aku ni masam-masam manalah dia makan sangat.

“Huh? Emmm…entahlah…” kepalanya digaru walaupun hakikatnya bukannya gatal pun.  Saja je nak cover.

“Tiba-tiba je rasa macam nak makan mangga…” ujarnya lalu dicucuk satu mangga dan disuapkan ke dalam mulutnya.

“Pelik…ada apa-apa ke yang walid tak tahu?”

Apa pulak yang walid tak tahu? Setahu aku, aku tak adalah rahsiakan apa-apa dari walid.  “Apa dia walid?”

“Walid rasalah kan, Lili tengah mengandung…” tukasnya sambil mengusap dagunya perlahan.
Kunyahannya terhenti.  Lili mengandung? Kalau Lili mengandung, kenapa pulak aku yang mengidam lebih-lebih? Haiya

“Tak logiklah walid.  Mana mungkin Lili mengandung sedangkan Liq yang mengidam lebih-lebih…”

“Tak pernah tengok cerita Melayu ke?” sudah! Apa kena mengena dengan cerita melayu pulak?

“Yelah…lagipun walid pun pernah kena dengan faktor-faktor mengidam ni,” kunyahannya terhenti.  Walid pun pernah?

“Serius walid? Sejak bila? Hai…takkan walid pasang cawangan baru kot? Walid…”

“Mana ada kamu ni! Hesy…bukan yang tulah.  Maksud walid, walid pun pernah kena faktor macam ni sewaktu umi mengandungkan Liq tau…”

Serius? Wow! So, walid nak cakap Liq ni mewarisi walid lah ni…” dia tergelak kecil. 

“Walid tak cakap pun.  Walid cuma cerita je…”

“Tapi betul ke walid?”

“Insya-Allah…tengok macam mana? Tapi, kadang-kadang perubahan hormon je,” lah…pulak? Tadi bukan main yakinkan aku yang Lili tu mengandung.  Bila di pangkal cerita, cakap perubahan hormon pulak?

Satu lagi mangga dicucuk lalu disuapkan ke dalam mulutnya.  Serius rasa nikmat.  Engko apa tahu? Aku je yang dapat rasa tau?

Tekaknya rasa geli pulak bila tengok anaknya sedap sahaja kunyah mangga tersebut.  Eiii…tak masam ke?  Kalau anaknya yang real dahulu, tak makan benda-benda masam ni.  Satu gigitan sahaja, dah teguk air.  Kalau tomyam?

Hmmm…lainlah tomyam.  Dia boleh pulak makan.  Pelik betul.

“Walid nak?” mangga disuakan kepada walidnya yang sedari tadi memerhati ke arahnya.

“Tak…terima kasih…” aku pun mana layan sangat mangga ni.  Nak ratah macam mana anak aku ratah sekarang ni? Memang taklah.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now