Matanya difokuskan kepada komputer. Kalau salah taip ni, tak pasal aku kena marah dengan bos. Bos pun dahlah kemain tegas semacam. Maklumlah aku ni kan PA dia je. So, aku ni jadi batak lah dekat dia. Astaghfirullahalazim Lili! Apa yang kau melalut ni?
Interkomnya berbunyi. Dah tahu daripada siapa. Siapa lagi kalau bukan bos besar. Huhuhu…apa lagilah yang dia nak dera aku ni?
“Ye bos?”
“Masuk bilik saya sekarang!” arahnya tegas. Lili menelan liurnya. Apasal tegas sangat ni?
“Baiklah bos…” buku catatan diambil lalu dia bangun menuju ke pejabat bosnya.
Dia memandang nama yang terlekat pada pintu. Syed Ammar Izzudin. CEO kepada World Global Holding. Eiii! Kenapa kau ni selalu menyakitkan hati aku huh? Selalu buat aku rasa annoying!
Nafas ditarik dalam-dalam lalu tangannya mengetuk pintu sebelum masuk. Kalau terjah ikut suka hati bapak kau je, insya-Allah anda akan dipecat secepat mungkin. Lili memulas tombol pintu bila terdengar arahan masuk.
Lili berdiri di hadapan meja kerja bosnya. Mata bosnya masih lagi terhadap fail-fail yang bertimbun di atas meja. Maklumlah sejak kebelakangan ni banyak projek yang masuk.
“Ada apa bos panggil saya?” suaranya cuba dilembut yang semungkin. Kalau aku cakap guna suara kasar aku, kena semburlah jawabnya.
“I ada meeting dengan sapa-sapa tak hari ni? Kalau ada, I want you to cancel all my appointment including meeting with Megah Jaya Holding! I ada banyak kerja yang nak dibuat sekarang ni!”
Hesy! Sikit lagi nak terkencing aku dekat sini. Usus aku ni pun rasa bergegar semacam dengar suara tegas dia tu.
“Emmm…hari ni bos tak ada meeting dengan sapa-sapa. You don’t have to worry kecuali meeting dengan Tan Sri Hasbullah. Bila bos nak jumpa dia balik? Bos cakaplah tarikh yang bos nak. Lepas tu, saya boleh bincang dengan PA dia.”
“Can you shut up Lili? You tak nampak I sedang buat kerja sekarang ni?”
Hak alah! Kerek betullah bos aku ni! Tembak kang bersepai! Hesy! Macam manalah staf yang bertahun-tahun kerja dekat sini boleh tahan dengan perangai dia ni? Suara kalah petir!
“Bos…”
“Lili! You can go out now!” amboi! Suka-suki hati dia je nak halau aku macam ni. Sakit pulak hati kita ni awak! Huh!
“Baik bos…” Lili berjalan keluar dari ofis.
Ya Allah! Rasa macam nak ambik kapak lepas tu kerat badan dia tu! Garang dia tu tahap nauzubillah! Singa pun pandai berlembut! Agaknya dia ni keturunan planet lain kot? Berangin satu badan. Ke dia ni baru lepas telan minyak angin? Sabar jelah duhai hati.
Interkomnya berbunyi lagi. Lili mengeluh lagi. Haih…dia ni nak apa lagi? Tak habis-habis lagi ke nak dera aku yang tak bersalah ni?
“Yes boss?”
“I want coffee. Now!”
“Yes boss!” Lili menghembuskan nafas kecilnya. Fuh! Nasib badan!
Lili berjalan menuju ke pantry. Peket kopi segera diambil lalu menuang ke dalam cawan. Air panas diletak sedikit lalu dia mengacau kopi tersebut sebelum menuang air suam.
Halina mendapatkan Lili yang sedang ralit mengacau kopi dalam cawan. “Coffee for boss again?” soal Halina sambil tersenyum.
“Again yes akak! Huh! Tak faham betullah saya dengan bos tu kak. Berangin satu badan!”
“Dia memang macam tu pun Lili. Lili kena banyak bersabar je. Walaupun dia garang macam tu, tapi hati dia baik.”
“Huh! Baik apanya kak? Sikit-sikit muka macam tapir tapi suara singa! Baik kebendanya?”
Dia kata muka aku tapir? Suara singa? Kurang asam betul budak Lili ni! Oh…dalam diam-diam dia mengutuk aku rupanya. Ammar cuma mendiamkan diri. Dia ingin dengar lagi apa yang dikutuk Lili kepadanya.
“Hesy Lili ni. Tak baik cakap dekat bos kita macam tu. Kalau dia dengar, macam mana?”
“Biarlah dia dengar akak. Looks like I care? Kalau dia dengar pun bagus jugak. Baru dia tahu yang selama ni ramai hati yang terluka dengan suara singa tua dia tu!” gumam Lili. Masih tidak tahu yang Ammar sedang mendengar umpatannya plus maki hamun.
Halina cuma mampu menggeleng. “Dahlah…pergi hantar kopi tu dekat bos cepat. Akak pergi sambung kerja dulu…” Halina berjalan keluar. Dia terkejut bila ternampak Ammar yang sedang bersembunyi di sebalik dinding.
Ammar meletak jarinya di bibir tanda senyap. Halina mengangguk tanda mengerti lalu pulang ke tempatnya. Habislah kau Lili! Mesti bos dah dengar apa yang kau umpat tadi.
Lili membawa cawan berisi air kopi keluar dari pantry. Terkejut dia bila Ammar merenungnya dengan pandangan tajam. Duh…mesti dia dah dengar apa yang aku cakap tadi.
“Seronok mengumpat?” soal Ammar sinis. Lili menggigit bibirnya. Matilah kau Lili!
“Aikkk…tak berani cakap pulak? Tadi bukan main seronok mengata I? Sekarang? Tak pulak?”
“Bos…bos tak payahlah nak buat muka tak macho bos tu. Nah kopi bos…” hulurannya tidak disambut malah wajahnya dipandang tajam oleh Ammar.
“You dah buat salah dan you mesti dihukum!”
“I…you…I…you…eiii! Bergetah telinga saya ni dengar tau tak? Geli dok I, you. Boleh tak kalau awak-saya je?” ujarnya dengan perlian. Memang sakit telinga mendengar.
“You dah sindir bos you sendiri. Do you know that?!” rasa tercabar bila Lili dengan senang hati mengata dirinya.
“Yes, I know it boss. So, what’s my punishment?” muka selamba ditayangkan walhal hati dah gabra lain macam. Kalau aku kena pecat, habislah aku.
Ammar menarik tangannya menuju ke biliknya. Dia perlu cakap face to face dengan Lili. Lili dah mencabar dirinya. Tak pernah ada pekerja menegur dirinya sebegini.
“Bos! Eii! Lepaslah bos! Suka hati je nak pegang tangan saya. Ingat tangan saya ni joran pancing ke?!” tangan aku ni bayar zakat tau! Kurang ajar betullah bos ni! Nasib baik air kopi ni tak tumpah.
Pintu pejabatnya dikunci. Matanya tajam merenung Lili yang langsung tiada riak bersalah. Budak ni memang mencabar aku betullah!
“Are you happy fooling me around?!” matanya dijulingkan ke atas. Langsung tak terkesan dengan pertanyaan Ammar.
“Bos rasa seronok ke? Saya tak pun,” entah kenapa dia tiba-tiba berani melawan kata. Selama ni menunduk je.
“Bos kata nak bagi hukuman kan? Jadi, apa hukumannya?” straight to the point lagi afdal!
“You betul-betul nak tahu apa hukuman you?”
“Yes! Apa dia?”
Ammar tersenyum sinis. Minah ni berani betul dengan lelaki? Tak takut ke?
Sudah bos ni! Dah kenapa macam tu pulak muka dia? Lain macam je tu? “Bos! Cepatlah! Serabutlah tengok muka bos!”
Ammar memandang mata Lili dalam-dalam. “Kemas semua almari I sekarang!”
Lili mencebik. “Tu je? Hak alah! Lain kali cakaplah terus-terang! Buat saspens je!” Lili menapak ke arah almari. Dia memandang semua fail yang tersusun dalam almari tersebut.
“Fail ni nak buat macam mana?”
“I nak you buang semua fail tu dulu. Kemas almari I tu bagi bersih. Lepas tu, susun balik semuanya mengikut urutan yang tepat. Ok?”
“Emmm…” kacang je pun! Kerek betullah bos aku ni. Aku ingatkan apalah hukuman dia tadi.
Fail dibawa keluar dari semua almari. Kini, semua almari kosong. Tinggal dia perlu membersihkan almari tersebut. Berhabuk. No wonder bos suruh aku kemas almari ni. Kalau dibiarkan ni, tikus pun tak nak duduk. Jenuh bersin.
Bulu ayam diambil lalu dia menyapu habuk-habuk yang ada di dalam almari. Lili menutup hidungnya dengan tangan. Kalau masuk ni, confirm aku bersin 3 hari berturut-turut. Eleh Lili. Menipu je tahu.
Ammar cuma memandang Lili yang sedang membersihkan almarinya. Rajin dia ni. No wonder adik aku sukakan dia. Macam mana aku sukakan dia? Hmmm…memang aku tahu pun sebenarnya.AMMAR masuk ke dalam bilik adiknya. Dia tahu ada rahsia yang adiknya cuba sembunyikan. Sejak Lili tidak hadir ke majlisnya, Faliq lebih banyak menyepikan diri.
Kalau betullah bukan kerana Lili, perlu ke dia menyepikan diri macam tu. Sepatutnya dia happy lah sebab dah jadi suami kepada Quratul. Ammar memandang keliling bilik adiknya sebelum ternampak bingkai gambar Faliq dan Lili.
Ammar mengambil bingkai gambar tersebut lalu melihat gambar mesra Faliq dan Lili yang memakai baju sekolah. Kalau tak silap aku, diorang baru habis ambik STPM. Ya…betul. Diorang ambik gambar ni dekat tepi pantai waktu tu.
Aku yakin semua ni mesti ada kena mengena dengan Lili. Kalau tak, kenapa Faliq masih meletakkan bingkai gambar ni di meja kecil tu? Kenapa dia tak simpan? Kalau Quratul tahu, macam mana? Tak ke kecik hati Quratul tu nanti? Kalau betullah adik aku mempunyai perasaan dekat Lili, kenapa dia lebih memilih Quratul dari Lili? Kenapa dia tak pilih Lili terus kalau betullah hati dia memang sukakan Lili?
Bingkai gambar diletakkan kembali. Dia keluar dari bilik Faliq lalu memandang Faliq yang sedang termenung di luar rumah manakala Quratul pula sibuk memasak di ruang dapur.
“Bos? Oooo bos! Bos?” haish! Dia boleh pulak mengelamun! Penat tekak aku ni jerit nama dia.
“Huh? Kenapa?”
Lah…dia berangan rupanya. Agak-agaklah nak berangan pun! “Saya dah siap kemas almari bos ni. Ada apa-apa lagi bos nak suruh saya buat? Karpet ni tak nak vakium ke?” soalnya berbaur perli.
“Dah…tak ada apa-apa. Thank you sebab kemas almari I. You can go now…” balasnya perlahan.
Lili menghenyakkan punggungnya di kerusi. Dah kenapa dengan bos aku ni? Tiba-tiba je berangan di siang hari? Teringat nak kahwin ke? Tapi, melalui gossip yang aku dengar dulu-dululah kan, bos aku ni tua 5 tahun je dari aku. That’s mean dia umur 25 tahunlah kan?
Tapi aku peliklah. Kenapa dia masih nak menyingle lagi sedangkan dia hensem apa? Dia ada paras rupa yang wanita boleh jatuh cinta terus! Bukan perempuan je tapi nenek monyet yang dah rabun pun boleh jatuh cinta.
Ke bos ni spesis yang tak stick to one? Playboy? Tapi, kalau bos aku ni playboy, tak ada pulak awek-awek datang sini cari bos macam dalam drama tu. Eh! Itu drama ok. Bukannya kehidupan realiti.
“Hah! Berangan!” tegur Halina kuat. Mengejutkan Lili yang tadi dengan dunianya sendiri.
“Astaghfirullahalazim akak ni! Tegur saya macam nak gempa bumi! Terkejut saya tau!” nasib baik aku tak melatah. Kalau aku melatah ni, kemungkinan aku akan dapat awards dari bos.
“Dah berangan sangat? Berangan apa tu? Nak kahwin dengan bos?” Lili mencebik dengan gurauan Halina
“Agak-agaklah akak. Dia tu dahlah ganas macam singa! Tolonglah akak. Apa kata akak je yang pergi kahwin dengan bos tu!”
“Gila ke apa Lili? Akak ni lagi tua dari bos tau? Akak ni dah umur 29 tahun!”
“Apa salahnya? Nabi kahwin dengan Khadijah waktu Khadijah dah berumur 40 lebih…”
“Isy kamu ni! Pandai betul nak kenakan akak kan? Akak nak tanya, bos ok tak? Manalah tahu dia berangin ke apa? Tadi akak tengok laju je dia tarik Lili masuk bilik dia…”
“Tak ada apa pun. Dia ok je…akak nak jumpa dia ke? Pergi jelah…” Lili membuka buku catatannya.
“Yelah…” Halina melangkah ke arah pintu pejabat bosnya. Lili pula sambung membuat kerjanya. Kalau tak buat kerja nanti, ada jugak yang kena hukum nanti! Ergh! Tak nak!
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...