Faliq melangkah masuk ke dalam rumah. Cengkerik pun dah mula berbunyi. Jangan ingat dekat KL ni tak ada cengkerik. Masih ada kewujudan binatang bernama cengkerik. Tak kira di mana.
Tubuhnya direbahkan di atas katil. Penat rasanya memandu dari Terengganu hingga ke KL. Mengambil masa berjam-jam lamanya untuk sampai. Punggung pun boleh jadi kematu kalau duduk lama-lama.
Dato Sri Syed Baharudin menghampiri anaknya yang sedang berbaring di atas sofa. Dah malam baru balik. Budak bertuah ni...kalau aku tak call tadi, alamatnya tak sampai lagi ke rumah.
"Baru sampai?" Dato Sri Syed Baharudin mengambil tempat duduk di kerusi berhadapan dengan anaknya.
"Baru sampai walid...penatlah," adu Faliq bersuara lemah.
"Tahu pun penat? Masa pergi cari Lili tadi tak penat?" suara Dato Sri Syed Baharudin seperti memerli.
Faliq menoleh memandang walidnya. Walid ni kalau tak bukan, mesti perli akulah tu! Macamlah aku tak tahu perangai walid tu!
"Memanglah tak pernat walid sebab cari orang yang kita rindu..." ujar Faliq tanpa segan silu. Well, it's man to man kan? Nak malu apanya? Lainlah kalau man to woman. Hah...yang tu payah sikit.
"Faliq, walid nak tanya sikit. Tapi, harap Faliq jawab dengan jujur?" Faliq memandang walidnya. Macam serius je walid ni?
"Apa dia walid? Macam serius je bunyi tu?" takkan walid nak cakap yang aku berbohong dengan dia pulak?
"Liq memang sukakan Lili? Maksud walid, perasaan suka Liq tu lebih daripada kawan?"
Faliq bungkam. Mulutnya membisu. Pertanyaan walidnya agak berat untuk dijawab. Sejujurnya, aku turut rasa begitu. Tapi, antara Lili dan Quratul, aku lebih sukakan Quratul. Macam mana pulak dengan Lili?
"Liq? Kenapa diam? Walid tanya kan?" perlahan Dato Sri Syed Baharudin menegur.
"Walid, sebenarnya Liq sukakan seseorang tapi yang pastinya bukan Lili. Dia kenalan Liq di university." betul ke apa yang kau cakap ni Faliq?
"Ya? Siapa budak tu? Boleh walid tahu nama dia?" pinta Dato Sri Syed Baharudin. Nak tahu jugak namanya. Kalau boleh, nak tahu gerangannya sekali.
"Nama dia Quratul..."
"Hmmm...dengar nama dia saja walid dah tahu mesti orangnya cantik dan sopan kan?" teka Dato Sri Syed Baharudin. Faliq mengangguk tanda betul.
"Macam mana dengan Lili?" Faliq memandang walidnya pelik. Apa kena mengena pulak dengan Lili sekarang ni?
"Maksud walid?" ada kena mengena ke dengan Lili? Setahu aku tak ada kena mengena pun.
"Yelah, Lili tahu tak yang Liq dah ada pilihan sendiri?" takkanlah tak nak bagitahu Lili pulak? Nanti kecik hati dia.
"Kena bagitahu Lili ke walid? Lagipun kalau bagitahu dia, dia bukannya kisah sangat," ye ke dia takkan kisah sangat? Kau tahu mana Syed Umar Faliq? Kau ni ahli nujum ke boleh baca hati orang?
"Kalau sekali pun dia tak kisah, tapi benda macam ni Liq kenalah share dengan dia. Liq dengan Lili kan dah macam best friend? Apa salahnya kalau bagitahu dia? Kalau tak bagitahu, kecik hati dia nanti..." ujar Dato Sri Syed Baharudin lebih kepada nasihat. Kemungkinan besar jugak Lili menyimpan perasaan terhadap anaknya. Siapa yang tahu. Hanya Lili dan Allah sahaja yang tahu apa perasaannya ketika ini.
Faliq berkira-kira seketika. Ye tak ye jugak kan? Kalau aku tak bagitahu dia, mahu kecik hati dia pulak nanti. Hmmm...nampaknya aku kena cakap jugaklah dengan dia. Tapi, aku dengan Quratul belum sahih lagi dan Quratul pun belum bagi aku sebarang jawapan. Jadi, buat masa sekarang ni tak payahlah cakap dekat Lili dulu. Bila dah sahih nanti, baru aku bagitahu.
"Oklah walid. Liq akan bagitahu Lili tapi bila Liq dah betul-betul dengan Quratul."
"Ikut suka Liq lah. Janji Liq bagitahu Lili...oklah. Walid nak masuk bilik. Nak tidur. Liq masuklah tidur. Tak ada kelas ke esok?"
"Ada...tak apalah. Walid pergilah tidur dulu," Dato Sri Syed Baharudin mengangguk kecil lalu berjalan menuju ke bilik tidurnya."KENAPA anak ibu ni tersengih-sengih je? Tak tidur lagi?" Puan Mashitah mengambil tempat di sebelah anaknya. Selalunya waktu-waktu macam ni anaknya akan masuk tidur.
"Mana ada tersengih! Ibu ni suka buat cerita..." Lili cuba menafikan benang yang dah kantoi. Tak nak mengaku konon.
"Pandai eh nak tipu ibu? Ingat ibu tak nampak anak ibu ni asyik tersengih je sejak Faliq datang tadi," tembakan Puan Mashitah sememangnya mengena tepat pada batang hidung Lili.
"Anak ibu ni sukakan Faliq ke?" soal Puan Mashitah. Sekali-sekala naklah jugak tahu apa yang ada dalam hati anaknya. Apa yang hati Lili rasa terhadap Faliq.
"Mana ada ibu ni. Dia akan anak dato. Kalau ye pun Lili sukakan dia, mana mungkin Lili dapat setaraf dengan dia. Lili sedar Lili ni anak orang kampung je ibu. Dia pulak orang bandar. Tak sesuai..."
Puan Mashitah mengeluh perlahan. "Mana ada spekulasi macam tu sekarang ni Lili. Cuba tengok kak long? Dia kahwin dengan orang kaya jugak. Tak ada masalah di situ pun ibu tengok?" kalau buat kesimpulan macam tu, sampai bila-bila pun tak kahwin.
"Tapi ibu, Lili rasa Lili memang tak sesuai pun dengan dia. Lili kan kasar? Kang kalau Lili kahwin dengan dia, habis cawan pinggan mahal dekat rumah diorang tu pecah disebabkan Lili..."
Puan Mashitah tidak dapat menafikan sememangnya anaknya memang kasar dalam bab-bab kerja dapur. Dalam rumah ni pun, dah berapa kali dapat dengar bunyi prangg...bunyi kacah jatuhlah tu.
Puan Mashitah merangkul bahu Lili. "Kalau ye pun anak ibu ni kasar, tapi tak semestinya anak ibu ni tak ada kelembutannya. Alah, ini ibulah. Ibu tahu setiap kekasaran dan kelembutan yang diperolehi oleh anak-anak ibu. Tapi, ibu tak dapat nafikan yang Lili lebih kasar daripada kak long."
Lili tergelak. Air matanya hampir mengalir kerana sebak. Kata-kata ibu sama seperti kata-kata arwah abah dulu. Hatinya dipagut rasa rindu kepada abahnya yang telah pergi meninggalkan mereka selama-lamanya. Sekarang, dia hanya mempunyai seorang ibu yang penyayang. Kalau ibunya pergi, aku tak tahulah kepada siapa harus aku bergantung.
"Minggu depan, anak ibu ni dah nak kena pindah ke KL. Nak sambung belajar. Ibu harap Lili belajar elok-elok. Jangan nak buat endah tak endah je macam SPM dulu. Nasib baik dapat 3A jugak."
"Mestilah! Anak ibu ni pandai ok! Cuma, malas. Hahaha...alah lagipun kata-kata orang tua dulu, kalau mengaji tinggi mana pun duduk dekat dapur jugak. Betulkan ibu?"
"Memanglah betul tapi tak semestinya kita tak boleh nak sambung belajar. Alah, biasalah mulut orang tua-tua ni. Memang macam tu. Tapi, ibu percaya yang Lili akan bawak balik keputusan yang cemerlang," Lili terus memeluk ibunya. Demi ibu, aku akan buat bersungguh-sungguh! Kali ini aku akan buat ibu bangga dengan keputusan aku!
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...