“Kenapa muka monyok je ni?” soal Kak Jah menghampiri Lili yang sedang teremunung di dapur. Lili tersedar dari lamunannya.
“Tak ada apa-apalah Kak Jah. Cuma saya geram dengan Faliq tu!” ujarnya sambil membuat muka protes.
“Dia kacau Lili lagi ya? Hmmm…pada pengamatan Kak Jah ni lah kan, dia sebenarnya sukakan kamu..”
“Hesy! Apa yang Kak Jah merepek ni? Mintak simpanglah Kak Jah! Kak Jah tahu tak? Dia tu annoying person in the world! Boleh dapat award lagi! Mungkin dia akan menang satu juta undian untuk sikap dia yang annoying tu!” ujar Lili selamba tanpa sedar kehadiran Faliq di sebalik dinding dapur.
“Bagi Kak Jah dia ok je? Mungkin Lili tak kenal dia sepenuhnya lagi kot?” Kak Jah cuba back up Faliq.
“Kak Jah! Saya ni kenal dengan dia sejak form 5 lagi tau! Sejak dia hadir, hidup saya ni kucar-kacir! Huh!” dia kembali menongkatkan mukanya. Stres bila sebut nama Faliq.
“Kalau dah kenal dengan dia, faham-fahamlah perangai sebenar dia kan?”
“Masalahnya Kak Jah, dia siap buat syarat untuk saya tahu tak? Every single day saya kena keluar dengan dia bawak Damia jalan-jalan. Nak bawak Damia jalan-jalan tu tak apalah tapi masalahnya ada dia. Urgh!” ini kejap lagi pukul 5 memang aku kena keluar dengan dialah alamatnya.
“Syarat apa?” Kak Jah mengerutkan dahinya.
“Syarat macam-macamlah Kak Jah! Sakit hati je! Syarat dia tu kalah lepasan beruk! Beruk pun tak kejam macam dia!”
Dia samakan aku dengan beruk?! Haish! Dia ni memang nak kena betullah! Kau tunggulah Lili! Tahulah aku nak buat apa kejap lagi. Nak kata tak sekolah, dia sekolah. Salah ajaran kot?
“Tak apalah Kak Jah. Saya naik atas dulu ya? Saya nak mandikan Damia…” Kak Jah cuma mengangguk. Pantas Lili mengangkat punggungnya lalu berjalan keluar dari dapur.
Serentak itu juga, tangannya direntap dan dibawa ke tingkat atas. Lili pula terkejut dengan tindakan tiba-tiba Faliq. Suka hati dia je nak tarik tangan aku macam ni. Dia ingat tangan aku ni tali ke?
“Weyh! Apa ni?! Woi! Ikut suka hati kau je kan?!” sampai di tingkat atas, tangannya dilepaskan. Nasib baik aku tak straight cium dinding! Kalau tak, lebam dahi aku ni kena cium dengan dinding.
“Ikut suka hati aku? Habis tu? Ikut suka hati kau pulak eh nak mengata aku dekat Kak Jah tadi?”
Aikk? Dia dengar pulak? Capang pulak telinga dia macam Ceplos! “Asal kalau aku kutuk kau? Kau nak denda aku? Dendalah!”
“Aku tak rasa aku nak pakai denda lagi untuk kau. Well, this is your first day. So, aku bagi kau peluang. Now, tukar baju kau. Ingat rules number 2? Every single day bawak Damia jalan. Dengan bersyarat, ada aku sekali.”
Lili mencebik. Kau ingat aku heran sangat dengan peraturan dan syarat kau tu? Pigidah! Kalau tak disebabkan syarat bodoh kau tu, aku dah lama berambus!
“Apa cebik-cebik? Kutuk aku? Cepat pergi tukar baju! Ke kau nak aku tukarkan untuk kau?” dia beriak gatal.
Penumbuk diangkat depan muka Faliq. “Kalau kau nak rasa coklat asam boi aku ni, kau buat eh?”
Faliq menjongketkan bahunya. Gaya macam mempertimbangkan apa yang dicakapkan oleh Lili tadi. Lili bingkas masuk ke dalam bilik lalu menukar bajunya dan juga baju Damia.
Faliq turun ke ruang bawah lalu dihenyakkan punggungnya ke atas sofa. Sementara menunggu Lili dan Damia siap, ada bagus jugak kalau dia tengok tv dulu.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...