Bab 36

14.2K 413 1
                                    

Lili termenung di luar rumah.  Henset di tangannya ditenung.  Gambar Damia yang sedang ketawa dipandang.  Mukanya lebih iras kepada Faliq.  Hanya bibir dan hidung sahaja lebih kepada arwah Quratul.

Puan Mashitah melabuhkan punggungnya di sebelah Lili lalu memandang wajah comel Damia di skrin telefon Lili. 

“Comel…” komen Puan Mashitah sambil tersenyum memandang gambar Damia tersebut.

“Eh ibu? Bila masa ibu duduk di sini?” tak sedar pulak aku.  Ke deria aku ni dah gila?

“Baru je.  Anak ibu ni, kenapa termenung lain macam je? Ada masalah ke?” Lili menggeleng perlahan.

“Yelah tu tak ada masalah.  Habis tu? Kenapa tak pergi jalan-jalan ke apa? Kalau duduk sini, kerjanya nak jalan selalu.”

“Malaslah ibu.  Rasa macam nak rehat dekat sini.  Lagipun letih bawak kereta tak habis lagi,” bohong lah tu.  Tak apa, bohong sunat.

“Lili ada masalah lagi ke dengan Faliq?”

“Tak ada lah ibu…yelah cuma bila duduk sana, rasa tak selesa sikit.”
“Tak biasa? Malu? Segan?” amboi! Macam bom pulak yang dia tanya.

“Sejak bila pulak ibu jadi Kiah Propa sangat ni? Macam peluru berpandu!” laju kemain dia tanya aku.

“Tak adalah.  Ibu cuma prihatin dengan anak ibu.  Tak salahkan?” Lili menggeleng.

“Ibu…kenapa hidup Lili jadi macma ni eh? Dikelilingi oleh bayang-bayang Faliq?” kepalanya dilentokkan di bahu Puan Mashitah.

“Manalah ibu tahu.  Hanya Lili je yang tahu apa sebab-munasababnya…”

Hmmm? Lili tahu? Ibu, kalau Lili tahu, manalah Lili nak tanya ibu,” sengaja je ibu ni tak nak jawab pertanyaan aku.

“Yelah, jawapan tu memang ada di tangan Lili.  Hanya Lili sahaja yang tahu apa yang tersirat di hati Lili dan hanya Allah sahaja yang tahu apa yang tersurat untuk Lili nanti…”
Hmmm…macam tu pulak? Tapi, apa yang hati aku tahu? Yang aku tahu sekarang ni aku tak boleh nak dekat dengan Faliq.  Itu maknanya aku bencikan dia ke?

“Lili pun tak tahu nak fikir macam mana lagi ibu.  Apa yang dalam kepala otak Lili sekarang ni, hanyalah nak jaga Damia.  Tapi ibu…” dia berjeda seketika.

“Tapi apa? Lili ada benda ke nak cakap dengan ibu?”

“Ibu…andaikan satu hari nanti, Faliq melamar Lili dan nak jadika Lili sebagai isteri dia, macam mana ibu? Perlu ke Lili terima?”

“Jawapan tu ada pada anak ibu sendiri.  Lili tanya hati Lili sendiri.  Lili nak tak berdamping dengan Faliq sehingga akhir hayat? Lili nak tak dia jadi pendamping Lili buat selama-lamanya? Lili kena banyakkan berdoa dan beristikharah.  Barulah anak ibu ni dapat jawapan…” tak dinafikan juga pada mata tuanya, banyak dugaan yang dihadapi oleh anaknya berbanding dengan anak sulungnya.

“Lili buntu ibu.  Dulu masa kak long nak kahwin dengan abang Ed, ada jugak banyak halangan tapi taklah seteruk macam Lili ibu.”

“Allah tengah uji anak ibu.  Dia nak anak ibu ni buat keputusan yang tepat dan selalu mendekatkan diri kepada-Nya.  Dia nak tengok Lili berpatah kembali kepada Dia ataupun tidak.”

Ya…Allah bukan saja-saja nak bagi ujian kepada hamba-Nya.  Malah, Dia memberi ujian ini kerana menyayangi hamba-Nya dan ingin hamba-Nya kembali kepada-Nya dan memohon pertolongan kepada-Nya.  Tapi, manusia seringkali lupa untuk kembali kepada-Nya dan memohon pertolongan daripada-Nya.

“Ibu pun doakan untuk Lili eh?”

“Mestilah! Ibu ni hari-hari doakan anak ibu tau.  Duduk sana pandai jaga diri.  Jaga keselematan diri dan yang paling penting jaga maruah diri.  Kita ni perempuan…”

“Sebab tu Lili sayang dekat ibu ni! Untung abah kan dapat isteri macam ibu ni?” Puan Mashitah mengusap kepala anaknya.

“Abah pun bertuah sebab dapat anak yang pandai jaga maruah keluarga macam Lili ni…” puji Puan Mashitah kembali.  Sememangnya dia beruntung kerana dikurniakan dua puteri yang pandai menjaga maruah walapun merantau ke negeri orang.

SELEPAS menunaikan solat Isyak, Lili mengambil telefonnya lalu membuka laman what’s app.  Ada satu chat dari Faliq.

Faliq: [image] hello auntie Lili! Damia miss you so much! Bila auntie nak balik?

Lili tersenyum sedikit.  Damia ke bapaknya yang rindu aku ni? Eh! Apa yang kau merepek ni Lili?

Me: Auntie pun rindukan Damia tembam auntie ni.  Auntie pun tak sabar-sabar nak jumpa dengan Damia nanti.

Typing…

Faliq: Baba Damia auntie tak rindu ke? Kesian baba Damia tau rindukan auntie.

Hah! Ni dah lari dari topik ni.  Dah kenapa pulak si Faliq ni?

Me: Cakap dekat baba Damia yang auntie Lili langsung tak rindukan dia malah seronok sebab dapat hilang dari baba Damia.  Cakap dekat baba Damia yang auntie tak suka orang mengada-ngada!

Hah! Ambik kau? Sentap? I don’t care.  Itu masalah kau.

Faliq: Baba Damia cakap sampai hati auntie Lili cakap macam tu.  Kecik hati baba Damia.  Baba Damia cakap yang dia ikhlas rindukan auntie.  Lagi satu, baba Damia cakap dia I love you dekat auntie.

Erkk??? Ini dah lebih kepada merapu tahap masuk wad mentel! Lili menggigit bibirnya.  I love you?

FALIQ tersenyum senang hati bila Lili meninggalkan blue tick lama sebelum kembali typing.  Terkaku mungkin?

Lili Love: Cakap dekat baba Damia tu supaya jangan nak mengada sangat.  Auntie Lili takkan layan love-love dia tu.  Mengada je lebih!

Dia kata aku mengada lebih? Tunggu kau!

Me: [muah] ini tandanya baba Damia cintakan auntie Lili…

Typing…

Lili Love: Uwekkk! Eiii! Cakap dekat baba Damia yang auntie dah muntah hijau dekat sini.  Tolonglah! Tak layanlah!

Muntah hijau pulak? Macam-macamlah kau ni Lili.

Me: Baba tanya, kenapa auntie tak muntah kuning je? Baba kata pelik sebab auntie muntah hijau.

Loyar buruk padat! Ini mesti Lili tengah kutuk aku kaw-kaw punyalah!

Lili Love: Baba Damia ni memang nak kena penumbuk auntie betullah! [smirk face]

Me: baba Damia cakap dia tak kisah pun.  Kalau auntie letak penumbuk pun, baba Damia tak rasa sakit sebab tangan auntie kecik.

Hahahah…kali ni memang aku kenakan kau cukup-cukup Lili.


FALIQ!!!! Kenapa kau ni suka kacau aku macam ni hah?! Sakit hati pulak aku baca chat dia ni.  Nak buat loyar buruk pandai! Kenapalah tak ada program loyar buruk lepas lawak solo eh?

Kalau ada pertanding loyar buruk, memang pemenangnya ialah Syed Umar Faliq! Loyar buruk dia ni dah tahap macam besi buruk! Sakit je aku rasa.  Biar aku je yang bagi award dekat dia ni! The winner of loyar buruk is Syed Umar Faliq!  Patutlah Dato Sri Syed Baharudin pun pening kepala dengan dia ni.  Loyar buruk je lebih!

Me: Syed Umar Faliq!!!! Jangan nak buat loyar buruk dekat sini boleh tak?! Aku dah geram tahap babun ni! Kang aku cekik kau jugak kang!

Faliq: Kenapa nak cekik aku pulak? Kau tak sayang aku ke? Kalau aku mati, hidup kau bertambah merana.

Me: Tak adanya aku nak merana! Aku lagi bahagia! Dahlah! Jangan kacau aku!

Lili menutup mobile data.  Jangan dilayan sangat otak biul Faliq ni.  Lagi layan, lagi dia akan berlemak.  Buat sakit hati je yang membacanya.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now