Bab 49

14.8K 425 0
                                    

“Kenapa lambat sangat balik?” Faliq menghampiri Lili yang sedang mendukung Damia sambil membawa barang-barang yang dibeli.  Damia diambil dari dukungan Lili.

“Tadi saya singgah minum kejap.  Haus,” jujurnya.  Pasal aku jumpa Hanny dengan suami dia tu, tak payahlah kot? Nanti banyak pula yang ditanyanya.

Susu Damia diletakkan di atas kabinet dapur.  Kak Jah yang tadinya sibuk mengacau gulai berhenti lalu memandang Lili yang sedang menyimpan barang-barang yang dibelinya.  Corn flakes pun ada? Susu kotak pun dia beli jugak.

“Nak buat apa dengan corn flakes dan susu tu Lili?” dia memerhati sahaja gelagat Lili yang sedang menyimpan susu di dalam peti ais.

“Saja Kak Jah.  Buat makan pagi.  Kalau nak makan benda-benda berat, takut tak sesuai pulak dengan perut,” balas Lili sambil tersenyum.

“Pulak? Hai…macam-macam pulak eh perut Lili ni? Ingatkan nak buat kuih ke apa dengan corn flakes tu?”

Lili mencebik.  Asal aku beli corn flakes je, ingat aku nak buat kuih.  Tolonglah.  Aku ni mana pandai masak! Masak maggi bolehlah!

“Kak Jah ni.  Agak-agaklah kalau nak kenakan Lili pun.  Kak Jah tahukan yang Lili ni tak pandai nak masak? Lagi mahu kata buat kuih! Tak masuk akal lah Kak Jah ni.” Kak Jah tertawa kecil bila dapat mengenakan Lili.

“Alah…lama-lama biasalah.  Nanti Kak Jah ajarkan Lili masak eh? Nak tak? Bukan senang tau Kak Jah nak buat kelas memasak secara free ni,” bertambah cebikan mulut Lili.  Kak Jah ni suka buat lawak kan?

“Alah Kak Jah.  Tak payah cakap pun Lili dah tahu yang dalam hati Kak Jah tu masih ada niat nak kenakan Lili kan? Tahu sangatlah dengan perangai Kak Jah ni.  Dahlah…tak nak kawan dengan Kak Jah! Suka kenakan Lili!”
Lili berlalu keluar dari dapur.

“Lili! Lah…yang tu pun nak merajuk ke? Hai…budak-budak tak habis lagi!” Kak Jah kembali mengacau gulai yang sudah mendidih dalam periuk.  Kang hangit pulak gulai aku ni.

“Lili…aku nak cakap dengan kau sikit boleh?” pinta Faliq ketika Lili melintas di hadapannya. 

Dia nak cakap apa pulak dengan aku ni? Aduh…hal mustahak sangat ke?

“Apa benda yang kau nak cakap dengan aku? Penting sangat ke?” dengan malasnya dia bertanya.

“Agaklah.  Duduklah sini,” Faliq menepuk kerusi di sebelahnya.  Minta Lili duduk di sebelahnya.

“Tak apalah.  Aku berdiri dekat sini pun boleh.  Cakaplah apa yang kau nak cakapkan tu.” gila kau aku nak duduk tepi dia? Memang taklah.

“Jijik sangat ke aku sampaikan kau tak nak duduk sebelah aku? Tak best lah kalau cakap benda ni kau duduk dekat situ.”

Ayat…haih senang betul eh dia ni buat aku rasa serba salah serta-merta! Dalam keadaan terpaksa, Lili duduk juga di sebelah Faliq.  Mahu tak mahu kenalah jugak.  Kalau tak, entah ayat pasrah apalah lagi yang dia akan buat.

So, apa yang kau nak cakapkan tu? Aku dah duduk di sebelah kau ni,” ujar Lili lebih kepada straight to the point.  Aku dah ikut arahan dia, jadi cakap jelah.

“Aku ada soalan untuk kau.  Aku harap kau jawab aku jujur,” hailah dia ni! Buat kuiz pulak untuk aku! Aku tahulah bab-bab kuiz ni aku fail pun! Tak payahlah nak bagi kuiz dekat aku.

“Apa pulak kali ni?”

“Kenapa masa akad nikah aku dulu kau tak datang? Even aku call kau pun kau tak jawab?” soalan pertama diajukan.

Lili menelan liurnya.  Tiba-tiba pulak rasa air liur ni macam pasir.  Dalam banyak-banyak soalan yang dia boleh reka, soalan ni jugak yang dia tanya?
Tak ada soalan lain ke yang bagi senang sikit aku jawab?

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now