Bab 44

14K 386 0
                                    

Lili memandang Izzul dengan pandangan malas.  Dah kenapa dia ni asyik telek je muka aku ni? Aku tahulah muka aku ni tak flawless macam muka si Batrisya tu.  Tak payahlah nak usyar lama-lama!

Meja ditampar kuat sekaligus mengejutkan Izzul dari lamunannya.  Isy! Sempat lagi kau mengelamun Izzul? Teruk sungguh perangai! Anak sapalah ni?

“Kau ni dah kenapa usyar je muka aku ni? Apa? Muka aku ni dah macam muka Bat ke?” tempelaknya selamba.  Izzul menjuihkan bibirnya.

“Dah kenapa kau? Saja nak usyar kau, tak boleh?” amboi mamat ni! Sejak-sejak ni main kasar eh?

“Eh! Aku dengan kau bukannya ada ikatan pun! Kalau kau telek aku lama-lama, jatuh cinta macam mana? Lagipun, bak kata orang zina mata! Hah? Kau nak aku bertanggungjawab kalau kau jatuh cinta dekat aku?”

Amboi Lili ni.  Makin lama makin perasan sendiri erk? Siapa entah yang ajar? Entah-entah Faliq tu ajar dia kot macam mana nak perasankan diri sendiri.  Makin kuat keperasanan dia ni.

“Hotak kau! Gila ke apa? Dari kau, baik aku pilih india mari! Yilek! Ni, aku ada hot news!”

Mata Lili terus bersinar-sinar.  Walhal dia tak tahu hot news yang dimaksudkan Izzul adalah tentang dirinya sendiri. 

“Apa yang hot news tu? Kau nak kahwin dengan Bat eh?” terjahnya tanpa usul periksa.

Kepala Lili disekeh kuat.  Lili mendengus sakit.  Kurang ajar betullah dia ni.  Dia ingat kepala aku ni tak bayar insurans ke?! Sakit siot oi! Dahlah tangan dia berakar macam kayu!

“Apa ni? Sakitlah! Ini kepala tau! Bukan kelapa!” marahnya sambil menggosok kepalanya yang disekeh Izzul tadi.

“Aku tahulah kepala kau.  Yang kau tu terjah aku soalan macam buah kelapa dah kenapa?” Lili mencebik.  Nak berlawak sikit pun sentap! Cit porah!

“Habis tu? Apa yang hot news nya?” tadi kemain excited sangat cakap dekat aku.

“Aku ada hot news dari kau…”
Jari telunjuk Lili ditunjuk tepat pada dirinya lalu dilarikan di sekitar wajahnya.  Aku? Dah kenapa pulak dari aku? Dia ni demam ke apa?

“Dari aku? Amboi! Aku ni hot sangat ke sampai cerita aku pun sampai dekat kau?” ok…lempang Lili 5 saat.  Dia mula perasan sendiri.  Kau jangan nak perasan sangat boleh tak Lili? Astaghfirullahalazim!

“Aku dengar kau nak kahwin dengan Faliq?” Izzul menjongketkan keningnya.  Nakal.  Saja nak pekena Lili.

Lili mendengus kuat.  Cepat betul eh reporter ni hantar report! “Bat ni kan! Memang nak kena dengan aku
betullah!”

“Apa salahnya kalau dia cerita dekat aku pun? Kau kawan aku kan? Tak salah pun…”

“Yelah tapi kau tahukan? Aku tak suka cerita ni tersebar luas macam tu je.”

“Apa yang kau nak takutnya? Kau tahukan aku dengan Bat macam mana? Kami mana ada sebarkan berita macam reporter luar sana.  Cuma, kita-kita sahaja yang tahu.  So, memang betullah kau buat keputusan nak kahwin dengan Faliq?”

Lili mengeluh kecil.  “Yelah…habis tu? Kau nak aku buat apa? Daripada…”

“Ok aku dah tahu,” pantas Izzul memotong percakapan Lili.  “Aku dah tahu sebab munasabab kau nak kahwin dengan Faliq.  Kau serius? Kau dah fikir masak-masak?”

“Ya…kalau itu yang terbaik untuk Pak Cik Syed?”

Other than that?”

Lili mengerutkan dahinya.  “What? Apa yang other than that tu?”

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now