“Hai Faliq…” suara manja Erin mula kedengaran. Sudah! Apalah yang dia nak lagi? Sejak tadi dia asyik ganggu aku.
“Ya?” dia memandang Erin yang sedang tersenyum manis kepadanya. Err…sebenarnya bagi aku senyuman dia tu agak menyeramkan.
“Awak nak pergi mana?” harap-haraplah Faliq yang hensem ni masih belum ada makwe. Aku dah gilakan dia ni!
“Nak pergi mana? Saya nak pergi makanlah. Sekarang kan waktu rehat?” takkanlah dia ni dah amnesia kot? Tak ingat waktu rehat sekolah.
“Jom makan sekali?” Faliq menggaru kepalanya. Agaknya dia ni dah sewel kot?
“Kejap…kantin lelaki dan perempuan kan tak sekali. Macam mana nak makan sekali?”
“Tak apalah…awak beli makanan lepas tu kita makan dekat taman tu. Nak?”
Terdesak sangat ke dia ni? Sampai nak makan pun dengan aku. “Awak ni tak ada kawan ke?”
Terus mati senyuman Erin. Terkesan dengan pertanyaan Faliq. “Kenapa pulak dengan kawan-kawan saya?”
“Yelah, kalau saya tengoklah kan. Orang perempuan ni dia akan ada geng. Pergi kantin sama-sama dan pergi tandas pun sama-sama. Jadi, takkanlah awak tak ada kawan kot?” ke dia ni ketinggalan zaman? Ataupun budak baru nak up?
“Hesy!” Erin memuncungkan mulutnya lalu berjalan pergi meninggalkan Faliq. Faliq pula menggeleng. Agak-agaklah.
Lili pula melihat adegan mereka dari taman. Hmmm…playboy betul mamat ni. Sampaikan Erin pun dia nak ngorat ke? Dahlah Erin tu lurus bendul. Nampak lelaki hensem je terus minat.
Faliq menuju ke arah taman bila ternampak Lili duduk di kerusi taman. Lili pula memandang ke arah lain. Dah kenapa dia datang ke taman ni pulak? Alah dia ni! Menyibuk betullah!
“Kau buat apa dekat sini?” tanpa mintak izin, Faliq duduk di kerusi berhadapan dengan Lili.
“Kau rasa aku buat apa dekat sini? Tengah ukir meja batu ni?” Faliq tayang senyuman tak ikhlas.
“Kau ni agak-agaklah. Kau ni kenapa setiap kali dengan aku je, kau akan kasar? Izzul kau tak kasar pulak?” sindrom agaknya.
“Itu Izzul dan bukannya kau. Lagipun, pada pandangan aku lah kan? Kau ni macam ada ciri-ciri playboy Malaya. Ouch!” matanya menjeling Faliq yang memandangnya dengan pandangan tak puas hati.
Pelajar-pelajar yang lalu berhampiran taman memandang mereka dengan pandangan lain macam. Ada yang pandang dengan pandangan menjengkelkan, senyum dan ada yang bisik-bisik. Gosip lah tu!
“Aku? Playboy? Muka aku ni nampak macam playboy sangat ke Cik Lili? Ok, kau cakap dekat aku dekat mana aku nampak macam playboy?”
Lili memandang Faliq. “Betul kau nak tahu dekat mana kau nampak macam playboy?”
“Ya…sila nyatakan…” arahan macam suruh isi maklumat dekat borang.
Jari Lili diseratakan di hadapan muka Faliq. “Muka kau ni memang terserlah nampaknya. Cara kau layan Erin. Pergh! Power!”
Faliq menjongketkan keningnya. “Seriously? Kejap, are you jealous sebab aku tegur Erin?”
Lili mencebik menyampah. Serius aku menyampah gila dengan watak psiko dia ni. “Kenapa aku nak jeles pulak?”
“Yelah! Manalah tahu kau ada simpan perasaan dekat aku ke?” tudia! Dia dah perasan. Ok Lili, kau kena sedarkan dia dari sekarang!
“Ya Allah Ya Tuhanku! Kenapalah Engkau hadirkan makhluk yang terlalu perasan begini di hadapan ku Ya Allah? Aku rasa macam dah nak pengsan melayan tahap perasan dia ni Ya Allah!” tangan Lili ditampar kuat menyebabkan doanya terberhenti.
“Amboi kau! Sedap eh mengata aku? Takkan kau tak boleh nak terima hakikat yang aku ni sebenarnya banyak peminat?”
“Uwekkkk! Nak termuntah aku dengar kau cakap macam tu! Kau ni dilahirkan memang penuh dengan perasaan perasan diri eh? Kesian dekat kau…”
“Perasan dengan kau je…” Faliq mengukirkan senyuman comel. Comellah sangat sampaikan aku rasa senyuman dia tu dah macam orang gila dekat Tanjung Rambutan.
Kring!!! Loceng berbunyi. Lili pantas bangun lalu menuju ke kelasnya. Layan si Faliq ni silap hari bulan aku yang gila. Faliq pula mengeluh kecil. Aduh…ralit sangat sembang dengan Lili sampai aku lupa nak makan. Laparlah pulak.
Kalau nak beli memanglah sempat tapi sekarang kelas Ustaz Fauzan. Siapa lambat memang kenalah. Nak tak nak, Faliq tetap melangkah kembali ke kelasnya. Terpaksalah aku berlapar hari ni.FALIQ menekan perutnya dari mengelakkan dari sebarang bunyi keluar. Boleh tahan kuat jugak bunyi perut aku ni. Duh! Macam mana ni? Serius aku lapar tahap nak meroyan dah ni.
Lili menjeling ke sebelah. Kuat betul bunyi perut dia ni. Takkan dia tak makan lagi? Takkan diet kot?
Krukkk…! Huish! Ini tahap dah kad merah ni. Sah dia tak makan lagi. Tulah! Waktu rehat orang suruh makan tapi dia melantak nak kenakan aku. Kan dah lapar sekarang ni?
Lili mengambil sehelai kertas lalu menulis sesuatu di atasnya. Kertas dihulurkan kepada Faliq. Faliq membaca butiran yang ditulis oleh Lili.Kau tak makan lagi ke? Kuat betul bunyi perut kau?
Faliq mencapai pensel lalu membalas surat Lili. Pandai dah main pakai tulis surat sekarang ni.
Belum…tadikan aku sembang dengan kau. Aku lupa nak makan. Tup tup waktu rehat dah habis.
Kertas dihulurkan kembali pada Lili. Selepas membacanya, tangannya kembali membalas.
Tulah kau. Waktu rehat orang suruh makan! Bukannya sibuk nak perasankan diri kau tu dekat aku. Kan sekarang dah merana sebab lapar?
Faliq mencebik bila membaca balasan Lili. Hak alah! Macam mak-maklah dia ni. Nak tazkirah kan aku pulak.
Kau ni tak payahlah nak bebelkan aku. Ini perut aku, bukannya perut kau. At least, kau tolonglah aku macam mana nak hilangkan rasa lapar aku ni. Bukannya nak tolong aku pun!
Lili menjelingnya tajam. Nak mintak tolong tapi marahkan aku pulak? Haih…dia ni memang dasar keturunan yang tak boleh nak cakap elok-elok kot?
Masalahnya aku nak tolong kaulah ni. Tapi kau marahkan aku pulak. Aku rasa aku tak boleh nak tolong kau.
Faliq membulatkan matanya. Oh tak! Dia kena tolong aku!
Ok fine! Aku mintak maaf! Sekarang ni tolonglah aku. Aku betul-betul tak tahan ni! Please? Serius Lili. Aku tengah lapar sekarang ni. Kesiankanlah aku!
“Tau pun takut bila aku tak nak tolong kau…” Lili merenyukkan surat lalu membuang ke dalam tong sampah.
Tangannya mencapai sesuatu di laci meja. Tangannya mengeluarkan sekotak air milo dan bekas Tupperware berisi roti telur lalu diserahkan kepada Faliq.
“Untuk aku?” dia memandang kotak air milo dan bekas Tupperware.
“Yelah! Takkan untuk ayah kau pulak? Duh dia ni!” gumamnya agak kuat.
Ustaz Fauzan memandang ke arah mereka berdua. “Ada apa-apa yang tak kena ke Lili, Faliq?” soal Ustaz Fauzan sambil menuju ke arah mereka.
Faliq segera menyorokkan bekas Tupperware dengan air milo di bawah meja. Kalau Ustaz Fauzan tahu mampus!
“Tak ada apalah ustaz. Si Faliq ni tak faham apa yang ustaz ajar…” Faliq menjegilkan matanya ke arah Lili sebelum mengukirkan senyuman kepada Ustaz Fauzan.
“Lah…kalau dah tak faham, kenapa tak tanya?”
“Dia ni pemalu ustaz…” pandai pulak cover line. Fuh!
“Nak malu apanya entah? Saya ni bukannya perempuan! Pelik-pelik kamu ni!” tukas Ustaz Fauzan sambil menggeleng kepalanya.
Selepas Ustaz Fauzan beredar keluar dari kelas, Faliq segera makan roti telur yang diberikan oleh Lili. Fuh…kenyang.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...