Bab 15

15K 512 8
                                    

Minggu pertama bagi seorang pelajar semestinya akan memenatkan. Yelah, tak sah kalau tak ada ice breaking antara junior dan senior. Lili pulang ke asramanya. Mujurlah dia satu asrama dengan Batrisya.
"Penat betullah..." ujar Lili lalu merebahkan dirinya di atas katil. "Kalaulah aku tahu, aku tak nak masuk university!" komennya sambil mata dipejamkan.
"Isy kau ni. Tak baik tau cakap macam tu. Kau seeloknya bersyukur sebab dapat sambung belajar dari terperap je dekat kampung tu. Lagipun memanglah penat. Nama pun ice breaking. Belum lagi kita dah akhir semester. Aku tengok senior yang akhir semester pun dah kelam-kabut!" gumam Batrisya. Badannya turut rasa letih.
Batrisya menoleh kepalanya ke arah Lili. "Kau ada jumpa Faliq?"
Faliq? Dah kenapa pulak Lili tanya pasal Faliq? "Asal tiba-tiba je ni?" aku tak ingat, dia yang ingatkan pulak?
"Tak adalah...manalah tahu masa kau ice breaking tadi kau ternampak dia ke?" sejujurnyalah pada pandangannya, dia ingin tengok Lili dan Faliq disatukan dalam erti kata yang sebenar. Yelah, saling-saling menanggung rindu. Saling sama suka. Jadi? Tunggu apa lagi?
"Tak ada masanya aku nak jumpa dia. Lagipun, dia dah ada awek," suaranya agak cemburu di situ.
Batrisya bangun dari pembaringannya lalu memandang Lili dengan pandangan tak percaya. "Seriously? Kau tahu mana?"
"Aku tahulah Bat. Aku kan datang sini dengan dia? So, dalam perjalan ke KL, dia ceritalah dekat aku yang dia minatkan seseorang ni. Nama dia Quratul..." jujur hati aku tengah nazak sekarang ni menanggung rasa cemburu.
Aku memang cemburu! Cemburu aku ni memang dah tak boleh dipadamkan! Aku memang sayangkan Faliq! Lebih dari seorang kawan!
"So? Kau tak rasa apa-apa ke Lili?" Lili memandangnya dengan pandangan tak tahu nak diungkap.
"Tunggu lagi aku tak jeles Bat? Tapi, kalau aku jeles sekalipun, nak buat apa kalau Faliq sukakan orang lain? Aku ni dalam angan-angan jelah! Sebab tulah kalau boleh, aku tak nak berharap apa-apa pun." ye ke tak nak berharap? Sejujurnya hati aku masih berharap sedikit untuk Faliq.
"Sampai bila Lili? Sampai bila kau nak pendam perasaan kau ni? Aku cadangkan kau terus luahkan perasaan kau dekat dia. Kan senang?" usul Batrisya sambil duduk di sebelah Lili.
"Gila ke kau? Dia tu anak Dato Sri Syed Baharudin tau? Empayar yang luas sehingga ke luar negara! Berbanding aku ni yang hanya mampu tengok pantai je. Tak sesuailah Bat..." ujarnya merendah diri.
Batrisya mengeluh kecil. Ceteknya pemikiran kawan aku sorang ni. "Li...manalah ada zaman moden sekarang ni orang nak tengok pangkat sekarang ni. Lagipun, aku tengok ayah dia tu spesis yang ok je. Nothing problem..."
"Itu pada pandangan kau? Tapi kau boleh tahu ke apa yang hati Dato Sri tu cakap? Kita tak tahu kalau dalam hati dia tengah mengumpat kita..."
Lili ni kan? Kalau orang cakap mesti ada je jawapan dia nak bagi! Langsung tak berfikiran terbuka. Sekali-sekala tu cubalah berfikiran positif? Ini tak! Negatif je memanjang!
"Lantak kaulah Lili. Aku dah bagi cadangan tapi kau nak simpang belok apa sangat kan? Lantak kaulah. Dah terlepas, jangan minum air mata berdarah pulak!" Batrisya bangun menuju ke katilnya lalu barang-barang disimpan di dalam locker.

"HAI awak!" Faliq menyapa Quratul yang sedang minum air di kantin university.
Quratul memandang Faliq yang sedang tersenyum ke arahnya. "Awak...kenapa awak duduk sini? Saya tak selesalah kalau orang tengok macam ni..." tegur Quratul lembut. Selembut orangnya. Sebab kelembutan dia nilah, Syed Umar Faliq ni boleh jatuh hati. Ceh!
"Alah! Lantaklah diorang nak cakap apa pun pasal kita. Lagipun, saya kan sukakan awak? Diorang tu jeles sebab saya tak balas cinta diorang!" ujar Faliq selamba. Memang nak makan bata betul!
"Memanglah tapi apa pun tetap tak elok. Saya tak suka macam ni...tak selesa." Quratul menundukkan pandangannya.
Perempuan macam nilah yang aku nak jadikan isteri. Sopan-santun, ada sikap pemalu di dalam diri. Itu yang paling penting!
"Awak, saya nak cakap dengan awak. Saya nak tanya tentang lamaran saya hari tu? Awak sudi?" teringat lamaran yang diberinya kepada Quratul beberapa tempoh hari yang lalu.
"Errr...saya kena jawab sekarang ke?" sejujurnya aku keliru. Perlu ke aku memilih Faliq sebagai suami aku sedangkan aku tahu dia anak Dato Sri Syed Baharudin yang paling terkenal.
"Taklah, esok. Sekaranglah...dah lama tau saya tunggu?" senyuman manis ditayangkan.
Quratul menggigit bibirnya. Apa yang aku nak jawab ni? Sejujurnya aku turut tertarik dengan sikap baik budi Faliq. Walaupun macam ni, tapi Faliq tak pernah niat nak bersentuh dengannya.
"Emmm..." Faliq menanti dengan penuh debaran. Jawapan yang diberikan oleh Quratul membuatkan dia tersenyum panjang. Akhirnya, penantiannya berakhir! Quratul menerima lamarannya.

"LILI! Lili!" jerit Faliq memanggil nama Lili sambil kakinya melangkah laju ke arah Lili yang baru keluar dari dewan kuliah.
Lili menghembuskan nafas beratnya. Sudahlah aku penat hari ni, lepas tu si Faliq ni pulak panggil aku macam beruk dapat pisang! Ada apalah mamat ni nak sebenarnya!
"Apa pulak kali ni Faliq? Aku penatlah..." dah tu tersengih-sengih pulak tu! Ada apa-apa ke dekat baju aku ni?
"Hey! Aku ada berita gembira nak cakap dengan kau! Jom?" tanpa minta kebenaran Lili, dia terus menarik tangan Lili ke keretanya.
"Woi! Kau nak bawak aku ke mana ni?" soal Lili bila sampai di kereta Faliq. Tubuhnya ditolak masuk ke dalam kereta. Amboi! Tak menyempat betul Faliq ni!
Faliq masuk ke dalam kereta lalu dia memandu keretanya menuju ke Taman Tasik Metropolitan. Sampai di sana, Faliq memakirkan keretanya. Lili dan Faliq sama-sama keluar dari kereta. Mereka berjalan masuk ke Taman Tasik Metropolitan.
Suasana petang-petang macam ni memang kebanyakannya keluarga datang ke sini. Bermain laying-layang bersama anak-anak. Ada juga yang masih berjoging.
"Kau nak cakap apa dengan aku tadi Faliq? Aku penatlah..." terus dia kepada soalan. Malas nak bekias-kias.
"Aku tak tahu nak cakap macam mana Lili. Tapi, apa yang pasti aku bahagia sekarang ni!"
Dah kenapa dia ni? Menang loteri seratus juta ringgit ke? Tapi, takkanlah orang kaya macam dia ni pun main loteri? Tak kepelik tu?
"Cakap jelah...apa dia?"
Faliq berhenti melangkah lalu berhadapan dengan Lili. Memandang muka Lili dalam-dalam. "Lili, Quratul dah terima lamaran aku!"
Dush! Hatinya rasa seperti hendak gugur mendengar pengakuan Faliq. Quratul dah... "Kau serius ni?"
"Aku seriuslah Lili! Ya Allah! Tak sangka dia akan terima lamaran aku jugak!"
Hmmm...dia nampak bahagia sekarang ni. Sedangkan aku? Aku menderita dalam ni bila dengar berita gembira dari Faliq. Yelah, aku sayangkan Faliq lebih daripada seorang kawan. Tapi, apa yang aku boleh buat? Mungkin aku tak ada jodoh dengan Faliq? Mungkin Quratul adalah jodoh sebenar Faliq?
Lili! Kau kena terima Lili! Jangan tunjukkan kesedihan kau depan Faliq! Kau mesti tunjuk yang kau happy dengar keputusan dia tadi.
"Tahniah! Berjaya jugak akhirnya kau mengorat Quratul kan?" ketika hatinya mengucapkan ayat tersebut, hatinya makin sakit. Aku tak rela.
"Aku pun tak sangka jugak Lili. Yes!" tanpa Faliq sedar, ada hati yang terluka. Sangat terluka dengan berita gembiranya. Lili cuma mampu memendam dalam hati.
"Kalau kau dah dengan Quratul nanti, jangan lupakan aku pulak," ujarnya dengan nada sayu. Gila kau tak sayu? Siapa tak sedih bila secret admire dalam diam-diam ni dah nak kahwin?
"Mana boleh aku lupa kau! Kalau aku nak kahwin dengan dia nanti, kau orang pertama aku jemput!"
Ya...aku orang pertama yang jemput dan mungkin jugak aku orang pertama yang akan menghilangkan diri dari kau buat selama-lamanya. Aku cuba untuk tepis perasaan aku dari beraja untuk kau.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now