Waktu sekolah sudah pun habis. Lili cepat-cepat mengemas semua barangnya dan mula mengatur langkah keluar dari kelas. Batrisya dah pun keluar dari kelas. Tinggal aku dengan mamat tu je.
Derap kaki menghampirinya. Siapa lagi kalau bukan si Faliq tulah. Lantaklah, jalan ni bukan jalan bapak aku. Dari aku banyak bunyi dan sakit hati, baik aku diamkan diri je.
“Woi!” Faliq menegurnya dari belakang. Lili? Lantak kaulah kau nak woikan siapa pun. Yang janjinya aku tak nak layan kau. Tak pasal-pasal ada jugak peperangan terjadi di sini.
“Kau pekak ke?” Faliq berjalan di sebelahnya. Lili cuma menjeling. Tak kuasa aku nak layan mamat hypo ni.
“Memang sahlah kau ni pekak kan? Aku panggil pun tak dengar. Aku tanya pun tak berjawab!” wajah Faliq dijeling tajam. Sabar Lili.
“Kenapa? Ada masalah mata? Sakit mata?” masalah mamat ni. Memang sengaja nak cari pasal dengan aku.
“Kau ni dah kenapa eh? Yang kau sibuk-sibuk nak cakap dengan aku apahal? Kau tahu tak? Dekat sini banyak orang meminati kau tau? Jadi, duduk jauh-jauh sikit? Tak pasal-pasal muka aku ni kena simbah asid sebab kau ni berjalan dengan aku. Pergi sana!” Lili menjarakkan dirinya dari Faliq.
“Lek arr. Diorang tak ada hak pun nak halang aku berjalan dengan kau. What’s the problem? Lagipun ni kan jalan nak keluar dari sekolah? Ada jalan lain ke?”
Stres betullah aku dengan Faliq ni! Tak boleh ke sekarang ni dia tiba-tiba hilang dari pandangan aku. Perangai dahlah tahap babun! Seksa jiwa aku betul!
“Lili!” panggil Faliq bila dia melangkah ke arah abahnya yang sudah tunggu di luar pagar sekolah.
“Apa lagi kau ni?!” ini kalau abah nampak aku cakap dengan Faliq ni, entah apa pulak yang dia fikir nanti.
“Bye!” Faliq melambaikan tangannya ke arah Lili.
Erkk! Dia ni dah kenapa? Lili menjelirkan lidahnya lalu berlalu pergi menuju ke arah abahnya. Demam ke apa Faliq ni? Dah tiba-tiba pulak nak cakap bye dekat aku. Sah dia dah mental!
Lili duduk di belakang. Takkanlah nak duduk dalam raga motor pulak? Dah besar panjang kot? Hahaha…tak noleh bayang kalau aku duduk dalam raga motor tu. Nampak macam anak beruk mungkin.
“Siapa tu?” soal Encik Fauzi sambil menunggang motornya pulang ke rumah.
“Siapa?” saja dia buat-buat tahu.
“Lelaki tulah yang lambaikan tangan dekat Lili tu,” dia ingat aku tak nampak? Mata aku ni tajam setajam kuku burung helang. Eh tak! Mata burung helang.
“Tak ada sapalah abah. Biasalah orang mentel baru masuk sekolah. Memang macam tulah dia gamaknya,” ini kalau aku cakap betul-betul, alamatnya aku kena usik dengan abah sampai matilah.
“Ye ke dia orang mentel? Ke anak abah ni dah mentel sebab dia lambai tangan dekat anak abah ni?” belakang Encik Fauzi ditampar kuat menyebabkan Encik Fauzi ketawa kuat.
“Abah ni! Dahlah! Tak payah fikir pasal orang mentel tu! Menyemakkan hati je!” Lili mencebik menyampah. Sampai hati abah kata aku mentel? Faliq tu yang sebenarnya mentel!SELEPAS mandi, Faliq menuju ke meja makan. Makanan sudah dihidangkan di atas meja. Wah! Nampak sedap ni! Hehehe…mulalah perut ni nak berirama rock! Semua ni favourite aku.
“Makanlah. Tadi Liq cakap Liq lapar kan?” suara Dato Sri Syed Baharudin menyapa pendengarannya. Dato Sri Syed Baharudin duduk di kerusi meja makan.
“Walid tak nak makan ke? Jomlah makan sekali,” ajaknya. Takkanlah aku nak biar walid tengok aku makan je?
“Yelah, walid nak makan sekalilah ni,” Dato Sri Syed Baharudin mencedok nasi ke dalam pinggannya dan juga pinggan anaknya.
“Sapa masak ni walid?” takkan mak cik rumah sebelah kot? Macamlah aku tak tahu mak cik rumah sebelah ni asyik nak ngorat bapak aku je. Boleh tahan gedik orang tua-tua ni pun.
“Walid lah masak. Kenapa? Tak percaya?”
Faliq mencedok ayam masak merah ke dalam pinggannya. “Bukanlah tak percaya tapi kagum dengan walid. Walid boleh masak semua ni. Amazing!” suara Faliq kagum dengan kehebatan walidnya yang boleh memasak.
“Biasalah! Untung tau walid boleh masak.”
Faliq mengangguk lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya. Masakan walid tak pernahnya cacat cela. Ini kali pertama walid masak ayam masak merah. Aku tak sangka masakannya menjadi. Walid memang power.
Untung jugaklah aku ada walid. Kalau aku tak ada walid? Aku tak tahulah apa nak jadi dengan aku sekarang ni. Mungkin aku duduk dekat rumah anak yatim kot? Yelah, umi pergi sewaktu aku kecil lagi. Tak sempat aku nak tengok wajah umi. Apa yang aku mampu tengok hanyalah gambarnya.
Kata walid, aku banyak mewarisi perangai umi. Sopan santun, celoteh bercakap dan paling penting ialah baik. Jujurlah aku agak kembang punggung jugak waktu tu sebab walid cakap aku baik walhal aku rasa aku banyak keburukannya. Hahaha…apa-apa pun aku tak kisah semua tu. Yang aku tahu aku nak jaga walid sampailah hujung nyawa aku. Terharu tak? Kalau tak terharu, tak apalah.
“Walid, Liq ada satu soalan nak tanya sekat walid. Itupun kalau walid tak keberatanlah…” pertanyaan Faliq membuatkan Dato Sri Syed Baharudin berhenti makan seketika.
“Apa yang Liq nak tanya? Tanyalah…” mesti perihal uminya dahulu. Faham sangat dengan pertanyaan anaknya.
“Kenapa walid tak kahwin lain eh?” hampir tersedak Dato Sri Syed Baharudin dibuatnya. Dia terbatuk kecil. Kahwin?
“Apa punya soalanlah Liq ni. Takkalah walid nak kahwin lagi kot? Dengan umur walid yang dah empat puluh lebih ni?” mengarut je anak aku ni.
“Ok apa walid? Walid masih segak, hensem. Kalau dari segi berkedut tu, tak boleh dinafikanlah ada kedut sikit. Tapi muka walid still look perfect! Serius!” Faliq meneguk air dalam gelasnya.
“Liq ni merepek jelah! Walid tak terfikir pun nak kahwin lagi selepas umi Liq pergi. Bagi walid, umi Liq lah the best woman ever.”
“Jadi, walid nak cakap yang walid ni setia tahap tak ingat dunialah ni?” Dato Sri Syed Baharudin ketawa mendengar ayat anaknya.
“Mana ada Liq. Dahlah…makan nasi tu,” Dato Sri Syed Baharudin meneguk airnya. Dia cuma tersenyum kecil sambil melihat anaknya. Buat masa sekarang dia hanya ada Faliq di sisi. Dua lagi anaknya masih juga belajar.
Izzudin menyambung buat master di London. Uzma pula baru sahaja tingkatan 2 dan duduk di asrama. Uzma tidak satu sekolah dengan Faliq di atas permintaan Uzma sendiri. Nak berdikari katanyalah. Baguslah tu.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...