Batrisya duduk di sebelah Lili. Muka Lili nampak pucat hari ni. Mesti masih terkesan dengan kepergian abahnya. Lagipun, baru hari ini Lili datang ke sekolah. Seminggu dia cuti sekolah.
“Lili…kau ok tak ni?” Lili memandang Batrisya yang memandangnya dengan risau.
“Aku ok je…” tapi sebenarnya aku rasa aku tak ok. Aku rasa macam nak demam pulak.
“Ye ke Lili? Aku tengok kau macam tak ok je? Muka kau serius nampak pucat naik gila ni. Lagipun, waktu rehat tadi pun kau tak makan.”
“Aku tak seleralah…” tekaknya terasa perit semacam. Minum air pun rasa tawar semacam.
Batrisya meletakkan belakang tapak tangannya ke dahi Lili. Panasnya! “Lili! Dahi kau panaslah! Kau demam ni! Kita ke bilik sakit eh?”
Lili menggeleng kepalanya. Kakinya rasa kejang dan seluruh kakinya rasa sejuk. Tak payah letak penghawa dingin pun aku dah sejuk.
“Takkanlah kau nak stay je dalam kelas? Silap hari bulan kau pengsan. Jomlah ke bilik sakit!” gesa Batrisya. Tak senang duduk melihat keadaan Lili.
“Aku ok…” balasnya perlahan. Tak naklah ke bilik sakit. Bosan!
“Kau ok apanya kalau macam ni? Kau ni degil betullah Lili!” degil dia ni tak pernah nak surut langsung!
“Dahlah, aku nak tidur kejap. Bila waktu balik nanti, kejutkan aku eh?” Batrisya mengangguk kecil walaupun hatinya risau tahap gila. Lili memejamkan matanya lalu masuk ke dalam mimpi.SELEPAS mengemaskan begnya, Faliq menggalas begnya di belakang. Dia memerhati Lili yang masih lagi tidak sedarkan diri. Minah ni. Dari tadi lagi dia tidur. Tak reti-reti nak bangun ke?
“Weyh…bangun. Dah waktu balik ni!” Faliq menggerakkan bahu Lili perlahan. Batrisya menghampiri Faliq.
“Dia tak bangun lagi ke?” Faliq menggeleng.
Batrisya mendapatkan Lili lalu nama Lili disebut perlahan.”Lili…bangunlah Lili. Dah balik ni. Kau tak nak balik ke?”
Tiada respons. Batrisya memandang Faliq begitu juga sebaliknya. “Lili…kau tak nak balik ke?”
“Awak…tak ada respons pun? Biar betul Lili ni?” Batrisya mula bersuara risau. Lili ni pelik. Orang gerak pun tak nak bangun?
Batrisya menarik tangan Lili tapi tangan Lili lembik. Seperti tidak bernyawa. Jantungnya mula berdegup kencang.
“Lili! Lili! Kau jangan takutkan aku weyh! Lili! Tak syoklah kau prank macam ni! Tak lawaklah weyh!”
“Dia pengsan agaknya? Cuba rasa nadi dia…” Batrisya akur lalu jarinya menekan di tempat nadi.
“Nadi dia lemahlah awak. Macam mana ni? Takkan kita nak biarkan macam ni je?”
Izzul melangkah masuk ke dalam kelas. “Kenapa ni muka risau je?” Izzul mencapai beg lalu menghampiri mereka bertiga.
“Izzul, kau boleh tolong aku?” pinta Faliq. Izzul hanya mengangguk.
“Kita sama-sama papah Lili ke kereta aku? Aku rasa Pak Cik Jun dah tunggu aku sekarang ni,” ujar Faliq mengemukakan cadangan.
“Kenapa dengan Lili?” bingung Izzul. Maklumlah baru datang join.
“Lili tak sedarkan diri. Mungkin dia pengsan. Jomlah angkat dia sekarang! Kita bawak dia balik rumah,” Izzul bersetuju dengan cadangan Faliq lalu menolong Faliq memapah Lili ke kereta. Batrisya pula membawa beg Lili.
Sampai di kereta, Pak Cik Jun bingkas membuka pintu kereta untuk Faliq. “Kenapa ni Faliq?”
“Pak cik…boleh tak hantar kitaorang ke rumah Lili? Lili pengsan ni!” Pak Cik Jun pantas mengangguk.
Izzul dan Batrisya berdiri di hadapan pintu kereta Faliq. Faliq mengerutkan dahinya. “Kenapa tak masuk?”
“Err…tak apalah Faliq. Kau hantarlah Lili balik ke rumah…”
“Lah…kita satu kampung kan? Jomlah naik sekali!”
“Tak apa ke naik kereta mewah kau ni?” rasa segan pulak nak masuk kereta mewah ni.
“Tak apalah! Cepatlah masuk!” Izzul dan Batrisya akur lalu masuk ke dalam kereta Toyota Alphard. Pak Cik Jun memandu keretanya ke rumah Lili.KEPALANYA diusap perlahan. Kepalanya masih terasa sakit. Dah kenapa pulak kepala aku ni rasa sakit? Pintu biliknya dibuka dari luar. Dalila masuk bersama dulang.
“Makan ni. Bagi sembuh demam kau tu,” dulang diletakkan di atas katil lalu pinggan berisi bubur diserahkan kepada Lili.
“Buat susah kau je bawak masuk bilik. Aku boleh ambik sendiri…” terasa seperti menyusahkan kakaknya pula.
“Dengan keadaan kau yang separuh sewel ni, kau nak keluar ambik sendiri? Dalam mimpi jelah. Makanlah…jangan tak makan pulak. Aku tak nak ibu risau,” Dalili bangun dari tempat duduk lalu keluar dari bilik Lili.
Bubur ditenung lama. Tak ke menyusahkan orang macam ni? Apalah kau ni Lili. Tapi, macam mana aku boleh sampai rumah? Siapa ambik aku? Kak Dalili?
Tapi, kalau Kak Dalili ambik aku, dia naik kereta siapa? Kalau kereta suami dia, memang tak ada. Kereta abah? Memang taklah Kak Dalili nak bawak kereta manual.
Habis tu, siapa yang ambik aku? Haish! Tertanya-tanya pulak aku sekarang ni.
Ting! Telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk. Siapa pulak yang mesej aku sekarang ni? Dengan malas, dia mencapai telefonnya lalu memandang nama penghantar.
Batrisya? Tiba-tiba je mesej aku ni. Tak pernah-pernah pun mesej aku. Ni tiba-tiba mesej pulak?Batrisya: Beb! Kau ok?
Maknanya dia tahulah yang aku sakit sekarang ni? Apa Batrisya yang hantar aku balik? Manalah tahu dia telefon mak ayah dia kan? Lepas tu, dia hantar aku balik.
Me: Aku ok je. Kau ke hantar aku balik rumah?
Dia menunggu balasan mesej dari Batrisya. Kenapa minah ni lambat sangat nak balas mesej aku? Dia memandang skrin telefon. Telefon ni pun sebenarnya telefon arwah abah aku. Ibu aku cakap abah bagi telefon ni dekat aku kalau dia dah tak ada nanti.
Tak semena-mena hatinya terasa sebak. Abah banyak manjakan aku. Dia berikan aku laptop sebagai hadiah kepada aku. Telefon? Hmmm…baru sekarang aku ada telefon. Aku tak pernah mintak dekat dia apa-apa. Cukuplah aku dah ada laptop.
Lamunannya terhenti bila telefonnya masuk mesej. Hah! Baru nak jawab minah ni! Hesy! Lambat betul dia balas.Batrisya: Bukan aku yang hantar tapi Faliq yang hantar kau balik.
Mulutnya mengulangi membaca mesej yang dihantar oleh Batrisya. Biar betul Faliq yang hantarkan aku ke rumah?!
Me: Kau buat lawak ke apa ni Bat?!
Mustahillah dia yang hantar aku balik! Gila ke apa?
Batrisya: Betul! Sumpah weyh! Aku pun ada sekali dengan Izzul.
Tak percaya gila! Aduh! Malu weyh! Macam manalah diorang angkut aku masuk dalam rumah?
Me: Tak apalah beb. Aku nak tidur kejap.
Telefon ditutup lalu meletakkan di tepi. Faliq hantarkan aku balik? Ya Allah! Malunya! Aku ni dahlah berat! Tak boleh bayang aku!
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...