3 tahun kemudian...
Selepas tamat STPM, Lili ditawarkan masuk ke university. Sama dengan university yang dia akan sambung belajar dengan Batrisya dan Faliq. Izzul sambung belajar di Negeri Sembilan.
"Lili! Lili!" jerit Batrisya kuat sambil menunggang basikalnya. Batrisya mencampakkan basikalnya ke tepi lalu mendapatkan Lili.
"Ada apa kau ni? Terjerit macam orang gila. Dah pehal kau?"
"Macam mana kau? Kau dapat tak lagi tawaran masuk university?" soal Batrisya tak sabar.
"Aku? Entahlah..." sengaja muka toya ditayangkan. Surat ditangannya dirampas kasar dari Batrisya.
Batrisya membaca seluruh isi kandungan tersebut. Mukanya memandang Lili dengan pandangan tak percaya. "Serius weyh?!"
Lili mengangguk tanda mengiyakan. "Ya...aku dapat satu uni dengan kau. Cuma, lain course dengan kau."
"Yelah! Apa-apa pun aku tak kisah janji kita satu uni! Ya Allah! Best nya! Tak sia-sia aku datang rumah kau hari ni!" Batrisya menghulurkan kembali surat kepada Lili.
"Tapikan, kita satu uni dengan Faliq tau?" Batrisya mengingatkan Lili.
"Hmmm...aku tahu. Alah...biarlah. Aku ke sana aku nak belajar. Bukannya nak hadap muka Faliq tu..." tapi sebenarnya di dalam hati memang nak sangat tengok muka Faliq.
Sejak Faliq dapat masuk university, Faliq tidak lagi datang ke rumahnya seperti biasa. Tidak lagi menjenguk dirinya dan juga ibu.
"Hoi! Kau termenung apa ni? Teringat Faliq eh?" sangka Batrisya sambil tersengih penuh makna.
"Mana ada kau ni!" nafi Lili walhal hatinya memang dah meroyan pun.
"Eleh! Tak nak mengaku pulak. Apa salahnya kalau kau mengaku pun? Aku tahu kau sukakan Faliq. Tak payahlah nak bohong aku!"
"Pandai eh kau buat cerita?" malulah kalau Batrisya tahu.
"Aku buat cerita? Tolonglah Lili. Kau tak payah nak bohong akulah Lili. Dengan orang lain kau bolehlah bohong tapi ini Batrisya lah yang dah kawan dengan kau dah 20 tahun ok?"
Lili mengecilkan matanya. "Oh...kau nak cakap yang sekarang ni kau dah boleh baca fikiran dan hati akulah ni?"
"Ha arr!"
Lili mencebik. "Baliklah kau! Aku nak pergi mandi."
"Kau halau aku?"
"Yelah! Aku tengah halau kaulah ni. Pergilah balik. Aku nak mandi. Petang nanti kita jumpa ok?"
"Hmmm yelah!" Batrisya mengambil basikalnya lalu mengayuh pulang ke rumahnya.FALIQ memandang mesej yang dihantar oleh walidnya. Sejak dia masuk ke university, aku dan walid menetap kembali di KL. Yelah, kalau duduk di kampung sekarang ni, perjalanan jauh.
"Oit! Kau tak ada kelas ke?" sapa Ridwan yang baru sahaja habis kelas. Ridwan adalah kawan lamanya semasa di bersekolah di KL dahulu.
"Aku baru je habis kelas. Kau?" ujarnya sambil membalas mesej walidnya.
"Aku pun baru je habis ni. Jom makan? Aku laparlah..."
Telefon disimpan di dalam poket. "Boleh jugak. Kau tolong order kan aku boleh?"
"Boleh! Kau nak apa?"
"Aku nak nasi goreng ayam dahlah dengan teh o ais limau."
"Ok! Siap!" Ridwan bangun dari kerusi lalu menuju ke kaunter makanan.
Selepas beberapa minit, Ridwan kembali bersama dulang berisi makanan yang dipesan mereka. Ridwan menyerahkan nasi goreng ayam dan teh o ais limau kepada Faliq.
Sedang mereka menjamah selera, Ridwan teringatkan sesuatu. Ini semestinya pasal Faliqlah. Kalau pasal aku ni, tak ada yang menarik sangat pun pasal aku ni. Faliqlah yang paling terkenal di university ni.
"Bro, aku nak tanya kau satu benda boleh?" pinta Ridwan sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.
"Apa dia? Aku ni macam serius sangat ni?" dia memandang Ridwan seketika sebelum memandang kembali nasi goreng ayamnya. Nasi goreng ni lagi menyelerakan dari muka Ridwan. Astaghfirullahalazim Faliq! Kau kutuk kawan kau sendiri?
"Lately ni aku dengar satu gossip ok? Ataupun lebih kepada khabar anginlah. Serius ke kau sukakan Quratul?" sudu dan grafu diletakkan kembali di pinggan bila mendengar pertanyaan Ridwan.
"Kau dengar mana ni?" dia menyedut sedikit air teh o ais limaunya. Faliq kembali menyambung makan makanannya.
"Aku dengar...biasalah? University ni memang akan terkenal dengan cerita-cerita hot punya. Tambah-tambah lagi pasal Syed Umar Faliq!" celotehnya sambil tersenyum.
"Eleh kau! Kau nak kata aku ni hot macam mana sangat? Apa yang panasnya pun entah? Aku rasa aku sejuk je..." loyar buruk lagi. Sila penampar Syed Umar Faliq.
"Tapikan kau betul-betul sukakan Quratul ke? Lagipun, aku tengok kau dengan Quratul agak sepadan!" sokong Ridwan.
"Aku memang sukakan dia. Yelah, dia sopan je. Aku suka tengok cara dia." lagipun dia yakin pilihannya tidak salah. Mesti walid suka jugak kalau aku pilih Quratul. Penampilan Quratul memang tak pernah berubah. Selalu sahaja menutup aurat. Dengan jubbah yang tersarung di badannya lagi menampakkan keayuannya.
Jauh beza dengan Lili. Lili memang menutup aurat juga. Memang kalau dia keluar rumah dia akan pakai kain dan juga baju lengan panjang. Tetapi, perlakuannya sememang kasar. Quratul pula memang fizikalnya lemah lembut. Cakap pun tak kasar macam Lili. Memang ketara sangatlah perbezaan diorang tu.
Isy! Apa kehal pulak aku bezakan antara Lili dengan Quratul? Haih...Lili tu memang dah cara dia macam tu. Kasar...nak buat macam mana? Tak boleh diubah pun.
Tapi, apa khabar Lili sekarang ni? Dah lama rasanya aku tak balik kampung sana. Rasa macam teringin jugak nak balik sana. Jenguk Mak Cik Mashitah tapi...aku busy pulak sekarang ni. Tapi, aku rasa kalau balik sekejap pun ok kot?
Ridwan memandang Faliq yang sedari tadi asyik merenung sahaja makanannya. Dah kenapa pulak dia ni? Potong selera? Ke dia nampak muka mak ayam dalam tu? Haih...ada sajalah dia ni nak mengelamun.
Bam! Ridwan menampar meja makan membuatkan Faliq tersedar dari lamuannya. Dia memandang Ridwan blur.
"Kau ni dah kenapa? Aku cakap pasal Quratul, boleh pulak kau buat stress macam tu?" aku ni siap sendawa lagi sebab kenyang makan. Dia? Baru duduk celah gigi.
"Mana ada aku stress. Kau tu, sendawa bagi elok-elok sikit kalau nak buang gas pun? Kalau sendawa kau tu membuatkan semuanya jatuh pengsan macam mana?" baik punya senonoh dia sendawa tadi. Malu aihh! Nasib baik gas sendawa ni tak berapa nak toksik. Kalau tak...
"Amboi kau! Melampau tahap hiperbola tu! Mana ada sendawa boleh pengsankan semua orang? Falsampah mana kau ambik ni? Kau ingat aku ni sendawa macam big burger ke?" yang tu serupa kipas duduk dalam mulut big burger sendawa. Mulut luas masa sendawa.
"Aku tak cakap pun. Kau yang cakap...so no comment. Dah, aku nak balik!" Faliq bangun sambil menggalas beg sandangnya.
"Kau nak pergi mana?" soal Ridwan pelik bila Faliq kelam kabut hendak melangkah pergi. Masalah politik mana pulak dia kena urus ni?
"Aku ada hal lah weyh! Aku balik dulu? Apa-apa call aku!" Faliq berlari pergi menuju ke kereta.
"Amboi! Sedapnya dia blah macam tu je? Kelas dah nak start kot? Alamak aii dia ni! Suka buat masalah!" Ridwan merengus lalu berjalan melangkah pergi. Nampaknya hari ni dia sorang-sorang.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...