Lili menikmati sarapan yang disediakan. Hari ni semuanya fully made dari Kak Jah. Aku nak tolong dia tak bagi sebab katanya aku madam besar hari ni. Amboi! Suka hati dia je nak isytiharkan aku ni sebagai madam. Aku ni bukannya bini Dato Sri Syed Baharudin pun.
Aku ni isteri kepada anak dia je.Corn flakes dan susu menjadi hidangan utamanya. Aku rasa tekak aku boleh masuk yang ni saja. Kalau nasi goreng tu, aku tak berani. Kang muntah pulak. Yelah, aku manalah biasa makan pagi. So, kalau makan jugak wajib akan rasa mual.
Faliq turun lalu mendapatkan Lili yang sedang ralit memakan sarapan paginya. Lili cuma memandang Faliq yang mengambil tempat di hadapannya.
“Kau nak apa? Nasi goreng?” tanya Lili. Nak layan suamilah ni. Dapat pahala lebih sikit.
“Boleh jugak. Siapa yang buat? Kau ke?” sengaja dia kenakan Lili. Dia tahu Lili masih kaku dengan masakan ni.
“Isy! Kau ni pun. Agak-agaklah kalau nak mengata aku sekalipun. Kau tahukan aku tak pandai masak?” Lili mencedok nasi goreng ke dalam pinggan lalu diserahkan kepada Faliq bersama sudu.
“Manalah tahu. Kau ada belajar dengan Kak Jah ke?” dia tersenyum nakal. Bilalah boleh nak merasa air tangan Lili.
Lili buat tak endah je. Baik aku layan corn flakes aku ni. Lagi best. Dato Sri Syed Baharudin turun ke ruang makan. Melihat anak dan menantunya berbual, terus hati tuanya yakin yang ada perubahan yang berlaku antara mereka. Jika betul, Alhamdulillah.
“Eh walid? Jomlah join sekali? Walid nak makan apa? Nasi goreng ke bihun?” sapa Lili bila Dato Sri Syed Baharudin menuju ke meja makan. Pinggan kosong dicapai.
“Bagi nasi gorenglah…” ujar Dato Sri Syed Baharudin ceria. Lili mencedok nasi goreng tersebut lalu menyerahkan nasi goreng kepada Dato Sri Syed Baharudin bersama sudu.
“So, jadi ke Lili dan Faliq nak balik Terengganu hari ni?” tanya Dato Sri Syed Baharudin sambil mengunyah nasi gorengnya.
“Jadi walid. Lagipun, kesian dekat Lili ni. Asyik rindukan ibu dia je…” Lili menjeling. Nak kenakan akulah tu.
“Baguslah. Lagipun, dah 4 bulan kamu tak balik jenguk ibu kamu. Apa salahnya kan? Pergi berapa hari ni?”
“Entah lagi walid. Tengoklah pada keadaan. Kalau Liq tak ada meeting besar dengan mana-mana syarikat atau klien, Liq lajak sikit. Boleh?” lagipun mahu jugak dia bersiar-siar di sekitar Terengganu. Dah lama dia tak balik Terengganu.
“Boleh…tak apa. Liq jangan risaulah. Kalau Liq ada meeting besar sekalipun, walid akan handle. Lagipun, Adya ada untuk tolong walid.”
“Terima kasih walid…” Lili yang mendengarnya turut berasa teruja. Wah…best ni. Kalau lama-lama dekat kampung, boleh bawak ibu jalan-jalan.
Faliq selesai menjamah sarapan paginya. Matanya tertumpu pada Lili yang sedang meneguk air teh. Dia memerhati jam. Dah pukul 9.30 pagi. Rasanya dah boleh gerak kot?
“Dah selesai? Kalau selesai, kita boleh gerak rasanya…” ujar Faliq lalu bangun dari kerusinya.
Lili mengangguk lantas bangun dari tempat duduknya dan mendapatkan Damia yang sedang bermain dengan mainannya. Habis terabur mainan dibuatnya.
Dato Sri Syed Baharudin mengikut mereka sehingga ke pintu rumah. Faliq sedang memasukkan beg baju ke dalam bonet kereta. Lili pun tolong juga. Tolong tengok je. Yang tu jelah dia mampu buat.
Selepas memasukkan semua beg ke dalam bonet kereta, dia menghampiri walidnya lalu mencium tangan walidnya.
“Liq gerak dulu eh? Walid kalau ada masalah apa-apa ke nak Liq balik KL, walid call je. Liq boleh balik terus ke sini.”
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...