Ammar melangkah menuju ke pejabat walidnya. Dengar kata Faliq masih lagi ada di Terengganu. Sengaja dia turun ke Kuala Lumpur hari ni. Dah lama rasanya dia tak pulang ke Kuala Lumpur.
Pintu bilik walidnya diketuk terlebih dahulu. Bila terdengar arahan masuk, Ammar memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam pejabat walidnya.
Dato Sri Syed Baharudin melihat gerangannya. “Lah…Ammar? Kenapa tak bagitahu walid yang kamu nak datang sini?” Dato Sri Syed Baharudin membuang spek mata lalu diletakkan di atas meja.
Ammar mengambil tempat di hadapan meja kerja walidnya. Kerusi ditarik lalu punggungnya dilabuhkan di situ.
“Saja nak surprise kan walid. Faliq macam mana? Bila dia nak balik?” dia memandang fail yang berada di atas meja walidnya. Mesti ada projek baru masuk ni.
“Katanya lusa dia baliklah. Ni yang kamu ni balik KL, keadaan dekat Negeri Sembilan tu ok ke? Ada apa-apa yang tak kena?” jarang diadapat tengok Ammar pulang ke KL.
“Semuanya ok je walid. Alhamdulillah…sajalah balik KL ni. Nak tengok keadaan walid memandangkan minggu depan Uzma akan balik ke KL jugak.”
“Uzma? Serius?”
“Ya…dia cakap minggu depan selama 2 minggu dia akan free. Biasalah tu bila dah habis exam kan?”
“Boleh jugak tu. Oh ya…Ammar free tak minggu ni?”
Ammar mengetuk-ngetuk dagunya.
“Insya-Allah free kot walid. Ada apa?”“Walid nak buat tahlil sikit. Lagipun, hari Selasa minggu depan cukup umi pergi 21 tahun.”
“Ha arr lah walid. Astaghfirullahalazim! Macam manalah boleh lupa pulak ni? Insya-Allah Ammar free. Walid nak jemput sapa?”
“Family kitalah. Lepas tu dengan orang-orang masjid lah. Datang baca Yasin apa kan? Kita buatlah makan-makan sikit.”
“Nak Ammar tolong?”
“Tak apalah…nanti walid bincang dengan Faliq. Kalau ada apa-apa yang tak kena, walid akan mintak tolong kamu pulak.”
“Oklah kalau macam tu walid.” aduhai…macam mana boleh lupa? Hmmm…dah 21 tahun umi pergi tinggalkan kami. Semoga roh umi di kalangan orang-orang yang beriman. Insya-Allah…
USAI membaca Yasin untuk arwah abahnya, Lili bangun lalu air bunga disiramkan pada kubur arwah abahnya. Faliq pula sedari tadi hanya menjadi pemerhati. Air mata setia menemani Lili sewaktu mereka sama-sama membacakan surah Yasin.
Selepas habis menyiram kubur arwah abahnya dengan air bunga, Faliq menggamitnya supaya beredar pulang. Lagipun, tak elok Lili menangis lama-lama. Takut lain pula yang jadi. Daripada Lili menangis banyak-banyak di sini, baik mereka pulang.
Sampai di kereta, Lili sempat lagi menoleh ke belakang dan memandang ke arah kubur arwah abahnya. Masih boleh nampak kerana kubur arwah abahnya berada di barisan hadapan.
Kalaulah abah masih ada sekarang ni dengan ibu, mesti ibu takkan rasa kesunyian macam ni. Kesian dekat ibu, abah. Duduk rumah sorang-sorang je. Sudahnya dua puteri abah ni dah kahwin. Siapa nak jaga ibu, abah?
“Lili…masuklah,” panggil Faliq bila Lili masih lagi tidak masuk ke dalam kereta. Masih menatap pada kubur arwah abahnya.
Dengan hati yang berat, dia tetap melangkah masuk jua ke dalam kereta suaminya. Sedar yang aku tak boleh begini lama-lama. Seolah-olah aku masih meratapi kepergian abah. Astaghfirullahalazim!
Faliq menyuakan tisu kepadanya. Lili menyambut perlahan lalu air mata yang masih berbisa dilap. Banyak betul aku menangis kali ni. Tisu dipegang. Hati masih lagi terasa sebak.
“Dahlah tu menangis. Tak guna kalau kau menangis macam ni sekalipun. Abah tak akan kembali. Yang kau perlu buat hanyalah berdoa. Sedekahkan dia surah Yasin. Insya-Allah, abah akan tegolong di dalam kalangan yang terpilih untuk ke syurga-Nya,” Faliq menegur sedikit. Dia tak nak Lili terus-terusan menangis sebab tak ada point pun di situ.
“Kau tak faham…”
Ok…aku memang tak faham sebab dia wanita dan aku lelaki. Tapi, masalahnya aku dengan dia under current situation. Situasi yang sama. Dia kehilangan abah dan aku kehilangan umi aku sejak aku lahir lagi.
“Memang aku tak faham kau Lili sebab kau dan aku berbeza. Tapi, kau kena ingat. Sekurang-kurangnya lepas kau lahir, kau masih boleh menatap wajah abah kau. Aku? Lahir je aku, aku dah tengok muka walid aku je. Wajah umi aku hanya mampu tengok dalam gambar je. Yang mana lagi worst?”
Lili memandang Faliq sebentar sebelum memandnag kembali ke arah jalan. Aikk? Ni bukannya jalan balik ke rumah ibu? Ke mana pulak yang dia nak bawak aku ni?
“Kau nak bawak aku ke mana ni?” dia melihat sekeliling. Kalau tak silap aku…dia nak bawak aku ke…
“Mungkin kau tahu ke mana aku nak bawak kau sebenarnya?”
Ok…aku tahu jalan ni nak ke mana. Sama ada dia nak bawak aku ke pulau yang famous di Terengganu ni ataupun ke Chendering. Hmmm…tapi kenapa dia nak bawak aku ke sana?
“Kenapa kau nak bawak aku ke sana? Ada apa-apa ke?”
“Nothing…saja nak bawak kau jalan-jalan? Dah lupa yang hari ni dah genap 5 bulan kita kahwin?”
Mana boleh aku tak ingat. Mestilah aku ingat tapi saja je aku buat bodoh.“Apa kena mengena?”
“Should I say this is our honeymoon?”
Erkk??? Honeymoon? Sejak bila pulak ada agenda honeymoon antara aku dengan dia ni? Hai…ini melebih ni. Kang…hah! Masuk laut kot?“Ada ke istilah honeymoon untuk kita berdua ni?” pandangannya dihalakan ke luar.
“Why not? Kita kan suami isteri? Mestilah ada istilah honeymoon…” Faliq tertawa kecil. Kasi tak selesa sikit. Baru engko tahu perangai suami mu yang sebenarnya.
Malas aku layan dia ni. Banyaklah dia punya honeymoon. Bukan boleh kira sangat dia ni. Honeymoon dia ni ada banyak makna.
Takutlah tu. Lili…Lili…terlebih otak sangat. Mesti dia fikirkan benda yang lain ni. Bukannya ada maksud apa pun. Honeymoon…ada maksud untuk sekadar rileks dan menenangkan hati. Bukan atas dasar hubungan suami isteri.
Lagipun, dia tak tahu kejutan yang menantinya di sana. Kau tengoklah…sampai di sana apa yang aku akan buat. Menangis kau dibuatnya. Jangan ingat Syed Umar Faliq ni kayu orangnya. Kayu yang keras pun boleh cair dengan aku tau. Cis! Dasar masuk bakul angkat sendiri.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...