Bab 24

15.8K 461 7
                                    

Ammar menghampiri adiknya yang sedang berteleku di halaman rumah.  Larat tengok ikan koi tu hari-hari? Ikan koi pun dah jemu tengok muka adik aku yang monyok ni. 
Ammar duduk di sebelah adiknya lalu bahu adiknya dipeluk lembut.  Sampai bilalah adik aku nak jadi macam ni? Ini pun nasib baik Quratul ada di universiti.  Adik dia pulak berhenti dari belajar di universiti dan meneraju syarikat milik walid.
“Sampai bila kau nak jadi macam ni?” soal Ammar sambil turut memerhatikan ikan koi yang berenang-renang dalam kolam.
“Aku pun tak tahu abang…”
“Kau tak boleh lupakan Lili ke? Kau dengar sini, kau tu dah ada isteri dan isteri kau pulak tengah mengandung.  Kau kena ingat yang Quratul lebih memerlukan kau ketika ini.  Lagi beberapa bulan sahaja dia nak bersalin.”
“Aku tahu tapi macam mana abang kalau aku ni asyik teringatkan Lili? Aku tak boleh nak fokus langsung kepada Quratul.  Aku tak nak Quratul kecik hati dengan aku…”
“Dia dah kecik hati pun dengan kau.  Tapi, dia masih jugak jaga kau.  Sebab apa? Sebab dia tahu tu tugas dia.  Cuma kau ni tak pandai nak appreciate.  Kalau macam nilah cara kau, rumah tangga kau takkan aman sampai bila-bila,” nasihat Ammar.  Dia tak nak adiknya terus-terusan macam ni.  Tanggungjawab dia pada Quratul pun dia kena ingat juga.
“Aku dah puas cari Lili abang tapi aku tak tahu dia di mana…” katanya dengan suara terseksa.  Terseksalah sangat.
Kalau kau nak tahu, Lili ada je dengan aku sekarang ni.  Dekat sangat dengan aku.  Tapi, aku tak boleh bagitahu kau keberadaan Lili sebab aku tak nak kau akan mengabaikan Quratul.  Itu tak adil untuk Quratul.
“Sudah-sudahlah tu cari Lili.  Sekarang ni kau fokus kepada Quratul.  Tolonglah Faliq.  Kalau kau sia-siakan Quratul lepas tu benda ni sampai ke pengetahuan parents dia, kau rasa apa yang walid nak jawab dekat parents dia nanti? Kesianlah dekat walid sama Liq…” dia tak nak disebabkan perbuatan Faliq sahaja, walid terpaksa menanggung kesemuanya.
Faliq meraupkan wajahnya.  Buntu dengan apa yang dirasanya sekarang.  Ya…dalam masa yang sama aku turut simpati dengan Quratul.  Aku tahu Quratul banyak terasa dengan aku sebab dalam fikiran aku lebih kepada Lili sekarang ini.
Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku jadi macam ni sejak Lili pergi dari hidup aku.  Biarkan aku hidup dengan Quratul sedangkan Quratul ialah orang yang aku idamkan untuk jadi isteri aku.  Tapi bila Lili pergi, lain pulak yang aku rasa.  Aku rasa aku tak perlukan Quratul malah aku lebih memerlukan Lili.
“Aku nak tanya kau.  Kalau kau dapat jumpa Lili sekalipun, apa yang kau harapkan daripada dia?” soal Ammar ingin tahu. 
“Aku nak tahu sama ada dia cintakan aku ke tak…” sudah! Ini parah dah ni. 
“Kau serius ke ni Liq? Kau dah gila ke apa?”
“Aku tak gila abang! Aku cuma nak tahu dia cintakan aku atau tak.  Kalau betullah dia tak cintakan aku, kenapa dia tak datang masa majlis aku dulu? Kenapa dia perlu larikan diri dia dari aku macam sekarang ni? Kenapa bila aku call dia langsung tak angkat?” macam-macam benda bersarang dalam fikirannya pasal Lili.
“Mungkin dia ada sebab buat macam tu?” hebat betul penangan Lili ni sampaikan adik aku jadi macam ni.
“Sebab apa abang?! Sebab apa! Sebab dia nak tengok aku bahagia dengan Quratul? Macam tu! Aku takkan bahagia kalau dia tak muncul depan aku dan bagi penjelasan kenapa dia buat macam tu!”
Susah betullah adik aku ni.  Susah nak jangka apa yang bersarang dalam otaknya sekarang ni.  Adik aku ni mampu buat apa saja demi hatinya puas.  Aku takut adik aku buat sesuatu di luar jangkaan.

“MACAM mana dengan pekerjaan Lili sekarang ni? Ok?” soal Puan Mashitah sambil menggoreng ikan.  Lili pula sibuk menghidangkan lauk-pauk di atas meja.  Tak sangka pulak kakaknya masih duduk di sini.  Ingatkan lepas pantang, balik KL terus.
“Alhamdulillah ok ibu.  Cuma tulah, bos Lili tu garang lain macam.  Kalah perempuan datang bulan!” komen Lili.  Memang betul pun.
“Kau tu kalau nak kerja, kenalah tabahkan hati tu.  Sesetengah bos memanglah macam tu…” sampuk Dalili sambil melihat lauk-pauk yang dihidangkan oleh Lili.
“Alah kak long ni.  Kak long apa tahu? Kalau nak tahulah kan? Dia tu 24 jam red flags! Nak marah je memanjang.  Aku pun kadang-kadang naik tension dengan dia!” Lili menyenduk nasi ke dalam pinggan lalu dihidangkan di atas meja.
“Biasalah tu orang yang bernama bos, Lili…” sampuk Edri pula.  Suami kepada Dalili.  Faham sangat dah dengan bos zaman sekarang ni.
“Takkan bos Abang Ed pun garang kot?” abang ipar aku ni memanglah orang kaya tapi bukan CEO eh? Hahaha…
“Mana ada bos tak garang sekarang ni Lili? Bos abang pun garang tau.  Jangan ingat bos Lili je yang garang.”
“Tak apalah bos abang Ed tu dah tua.  Ini masalahnya bos Lili ni baru je umur 25 tahun tapi telatahnya macam 45 tahun! Huh! Stres!”  ini kalau dengar terus dekat bos aku ni, mahunya aku kena denda lagi!
“Tak baik mengata bos Lili.  Apa-apa pun dialah yang nak bagi gaji dekat Lili jugak,” tegur Puan Mashitah lalu menghidangkan ikan goreng di atas meja makan.
Bau ikan goreng sahaja mampu membuatkan perut Lili berkeroncong.  Nasib baik ibunya memasakkannya masak lemak cili api ayam.  Terliur aku dibuatnya.  Apa yang omputih cakap? Mouth-watering? Entahlah…
Selepas membaca doa makan, mereka menjamu selera.  Sekali-sekala mereka berusik bagi memeriahkan lagi suasana mereka.  Semestinya mangsanya ialah Lili.  Maklumlah dia seorang sahaja yang tak mendirikan rumah tangga lagi.

“MASUK!” arah Faliq apabila ada gerangan mengetuk pintu bilik pejabatnya.  Matanya masih terpandang pada fail yang perlu disemaknya.
“Bos…” suara Adya menyapanya.  Fail diletakkan di hadapan Faliq.  Harap-haraplah bos aku ni mood baik hari ni.
Yes?”
“Fail ni bos kena tandatangan sebelum diberikan kepada Dato Sri…” maksudnya walidnya sendiri.
Faliq mengambil fail tersebut lalu disemak satu demi satu.  “Are you sure all of this complete and nothing left?”
I am sure one hundred per cent!” ujar Adya penuh yakin.
“Ok…” Faliq menurunkan tandatangan lalu fail tersebut diserahkan kembali kepada Adya.
One more Adya, saya ada meeting dengan sapa-sapa hari ni?”
“Hari ini bos ada meeting dengan Dato Shah pasal projek di Johor pada pukul 3 petang nanti…”
“Ok…thank you Adya…”
You’re welcome,” fuh! Nasib baik mood bos aku elok.  Kalau tak? Mahu kecut usus aku ni tengok muka garang dia.  Adya melangkah keluar dari pejabat Faliq lalu menuju ke tingkat atas untuk menyerahkan fail kepada Dato Sri Syed Baharudin.
Pintu bilik pejabat Dato Sri Syed Baharudin diketuk perlahan.  “Masuk,”  arah Dato Sri Syed Baharudin.  Adya melangkah masuk ke dalam pejabat Dato Sri Seyd Baharudin bersama fail yang telah ditandatangani oleh Faliq tadi.
“Ini dia Dato Sri…Encik Syed dah tandatangan fail ni…” fail ditangannya diserahkan kepada Dato Sri Syed Baharudin.
“Ok…thank you Adya.  Tapi, macam mana dengan Syed Faliq hari ni? Is there anything wrong with her face?”
“Tak ada Dato Sri.  Saya tengok hari ni dia ok dari hari-hari yang lain…”
Hmmm…bunyi macam dah ok.  Tapi betul ke anak aku ni ok? “Are you sure Adya? Dia cakap macam mana dengan kamu tadi?”
Good…dia cakap pun dah tak marah-marah macam dulu.  Senang cakap dia dalam mood yang ok hari ni…”
“Ok Adya.  Thank you.  Kalau ada apa-apa berkenaan dengan Syed Faliq lagi, bagitahu saya cepat ok?” Adya cuma mengangguk dengan arahan yang diberikan oleh Dato Sri Syed Baharudin.
“Saya keluar dulu Dato Sri?” Dato Sri Syed Baharudin cuma mengangguk.  Adya melangkah keluar.
“Demam ke anak aku ni? Tiba-tiba je mood ok? Baik aku pergi tengok sendiri…” Dato Sri Syed Baharudin bangun dari tempat duduknya lalu menuju ke pejabat Faliq.
Pintu pejabat diketuk perlahan.  Dia masuk bila terdengar arahan masuk diberikan.  Faliq memandang gerangannya.  Walid? Ada apa pulak walid datang ni? Faliq bangun dari tempat duduknya.
“Ada apa walid?” tanyanya penuh dengan tanda tanya.  Ada kesalahan apa-apa ke?
Nothing.  Is everything okay?” soalnya sambil memerhatikan wajah anaknya.
Yes, everything is fine.  Kenapa walid tanya?” soalan walid ni macam ragu-ragukan aku je?
“Tak ada apa-apa.  Walid cuma nak pastikan yang anak walid ni buat kerja dengan betul.  Jangan main-main lagi macam dulu.  Sekarang ni kita ada projek besar dengan Dato Shah!”
Yes walid dan Faliq tahu tu.  Sebab tulah Faliq fokus lebih sekarang ni,” balasnya bersungguh-sungguh.
“Bagus! Walid nak Faliq kekal momentum Faliq macam ni dengan Quratul.  Boleh?”
Errr…soal tu…aku tak pasti.  “Kenapa walid cakap macam tu?”
Just in case.  Walid nak tengok anak walid happy je dengan pilihannya sendiri.  Kan Liq sendiri yang pilih Quratul jadi isteri Liq?”
“Memanglah walid tapi…”
No buts anymore Syed Umar Faliq.  Liq dah besar pun sekarang ni.  Ingat tak apa yang walid cakap dulu? Liq kena fikir betul-betul kan sebelum buat keputusan? And now you had made your decision and you must role play with your decision!” tegas percakapan Dato Sri Syed Baharudin.
“Walid…Liq tahu Liq terlampau buru-buru sehingga akhirnya Liq menyeksa kehidupan Quratul.  Liq…Liq…” argh! Rasa bersalah bertandang di hatinya.  Lili! Kenapa kau seksa aku macam ni?!
Think about your wife and your future baby.  Quratul tak lama lagi akan melahirkan anak Liq.  Di situ, walid nak Liq lupakan Lili buat selama-lamanya.  Walid bukan tak suka atau bencikan Lili tapi walid tak nak disebabkan Liq masih teringatkan Lili, Quratul akan terseksa dan Liq mengabaikan anak dan isteri Liq.  Tolonglah faham Liq…” Dato Sri Syed Baharudin menepuk lembut bahu anaknya sebelum melangkah keluar.
Faliq terdiam seribu kata.  Dia tahu dia sudah banyak salah dengan Quratul.  Aku tahu aku patut lupakan Lili dan perkara itu semestinya mustahil bagi aku! Faliq! Tak ada benda yang mustahil! Kau boleh lupakan Lili kalau kau rapatkan diri kau dengan Quratul! Kau boleh tapi kau terlampau ikutkan perasaan! Dia mengeluh kecil.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now