Pintu bilik Damia dikuak sedikit. Tak mahu kejutkan Lili yang tengah menyiapkan Damia yang baru sahaja dimandikan.
“Dah wangi dah…letak bedak…letak losyen…” tangan Lili mengurut perlahan tangan lembut Damia.
“Dah wangi ni barulah boleh berkawan dengan auntie...” Lili mengangkat Damia lalu mencium pipi si kecil itu. Geram betul dengan pipi lembut dia ni. Rasa macam nak tarik-tarik je.
Tok! Tok! Tok! pintu bilik diketuk perlahan. Lili pantas menoleh ke belakang. Dia mengeluh sedikit bila gerangannya adalah Faliq. Faliq melangkah masuk ke dalam bilik.
Lili mengeluh kecil bila gerangannya ialah Faliq. Faliq melangkah ke arah Lili dan Damia. Dia berlutut di hadapan Lili.
“Boleh saya ambik Damia?” pinta Faliq. Dah gaya macam Damia tu anak Lili sahaja.
“Ambik jelah. Damia bukannya anak saya. Dia anak awak…” pantas sahaja Lili menyerahkan Damia kepada Faliq. Faliq tersenyum kecil lalu membawa Damia ke pangkuannya.
Pipi kecil itu dicium kecil. “Sayang duduk dengan auntie elok-elok ok? Baba nak pergi kerja…”
“Emmmm…” rengek Damia seakan memahami apa yang dipinta oleh babanya. Damia tersengih lebar.
“Make sure jaga anak saya elok-elok!” Lili mencebik. Eleh! Kau nak bagi arahan ajinomoto kau pulak. Selama ni aku biarkan anak kau je ke? Makan pakai dia semua yang aku buat!
“Aku pergi dulu…” Faliq bangun lalu melangkah keluar dari bilik lalu menuju ke keretanya yang sudah pun dihidupkan sejak tadi lagi.
“Baba Damia tu kerek betullah…selama ni auntie jaga Damia elok je kan? Damia berak ke apa semua, auntie yang basuh kan?” Lili memimikkan mukanya tanda menyampah dengan arahan Faliq tadi.
KEPALANYA memikirkan rancangan untuk mengikat Lili supaya lebih dekat dengannya lagi. Tapi, apa yang harus aku buat sekarang ni? Hfff…otak aku ni tiba-tiba pulak buntu nak fikirkan rancangan.
Bila terpandangkan surat perjanjian di atas meja, otaknya cepat sahaja memproses rencana untuk membuatkan Lili lebih dekat dengan dia. Hmmm…bagus! Hahaha…aku boleh guna cara ni.
Cepat sahaja dia menaip syarat untuk Lili. Dia tersenyum sendiri bila mengenangkan rancangan jahatnya ini. Mesti Lili mengamuk gilalah dengan aku nanti. Well, syarat dalam ni memang boleh tahan kurang ajar jugak. Menyeksa hidup Lili.
Selepas siap menaip, dia print dan menggabungkan setiap page tersebut lalu diletakkan dalam fail. Seperti sebuah perjanjian. Malah, hukuman turut dinyatakan. Jika salah satu syarat Lili langgar, tahulah hukumannya apa.
Dia mencapai telefonnya lalu mendail nombor Lili. Deringan kedengaran. Tak lama, panggilannya berjawab. Kasar sahaja Lili bertanya di talian tanpa memberi salam.
“Amboi! Kasarnya bahasa. Chill boleh tak? Aku ada benda nak cakap dengan kau.”
“Bawak jelah Damia sekali! Susah apanya? Aku ada benda yang penting nak cakap dengan kau. Kau datang ke ofis aku sekarang! Now! Kalau kau tak sampai dalam 30 minit, aku akan heret kau dari rumah sampai ke ofis!” ugut Faliq lalu memutuskan talian.
Bibirnya mengukirkan senyuman senang hati. Itu baru je ajakan aku, kau dah berangin. Bila kau nampak perjanjian ni, aku confirm kau lagi berangin Lili!
EIII!!! Suka betullah nak memaksa! Dia ni memang spesis dilahirkan yang sejenis memaksa orang! Dah satu ke hal pulak nak kena bawak Damia ni. Aku bukannya nak berkira ke apa nak bawak Damia ni, tapi buatnya dia meragam? Bukan senang nak diamkan Damia ni.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...