Bab 7

15.5K 534 0
                                    

Manalah ibu ni? Kata pergi beli ikan dekat kedai Pak Mail je? Sampai sekarang pun tak balik lagi? Ibu ni biar betul? Ke pergi merayap rumah jiran? Merayap? Tak sopan kot guna perkataan merayap? Astaghfirullahalazim!
Baru sahaja dia nak melangkah masuk ke dalam rumah, dia ternampak sebuah kereta Mercedes membelok masuk ke kawasan rumahnya.  Sudah! Ni sapa pulak yang datang.  Kereta mahal pulak tu! Takkan nak tuntut hutang? Setahu aku ibu dan abah aku tak ada hutang.
Mulutnya naik terlopong bila melihat gerangan yang keluar dari kereta.  What?! Faliq?! Dia buat apa dekat sini? Macam mana dia tahu rumah aku ni? Dia memerhati Faliq yang sedang membuka pintu kereta sebelah penumpang.
Ibu?! Apa yang ibu buat dalam kereta Faliq?! Macam mana ibu boleh ada dengan Faliq?! Macam mana Faliq boleh jumpa ibu?! Sudah! Ini nak jadi satu drama ke macam mana?
Bila sedar dirinya tak bertudung, dia segera berlari ke bilik dan menyarung tudung Ariani ke kepalanya.  Dia kembali ke muka pintu bila terdengar ibunya memanggil namanya.
Lili berdiri di hadapan muka pintu.  Faliq pula tercengang bila melihat gerangan yang berada di hadapannya.  Lili? Serius ke ni?
“Lili…tolong pergi bancuh air dekat tetamu kita ni ya?”
“Ibu kenal ke dia ni?” soal Lili dengan nada jengkel.  Sudahkan hari cuti pun aku nampak muka dia ni lagi.  Apahal?!
“Ibu tak kenal pun tapi dia tolong ibu masa kaki ibu terkehel tadi.  Dia hantar ibu balik…”
Ye ke? Ke si Faliq ni tahu yang mak cik dia tolong ni ibu aku sebenarnya? Haish…ini tak ke namanya kes menyemakkan jiwa raga aku?
“Lili?” suara Puan Mashitah perlahan bila Lili pandang Faliq dengan pandangan yang tak boleh ditafsirkan.
“Ok, ok.  Lili pergi buat air kejap…” Lili berlalu masuk ke dalam rumah menuju ke dapur. 
“Faliq jemputlah masuk dulu.  Maaflah rumah mak cik ni tak mewah macam rumah kamu…”
Faliq menyimpulkan senyuman.  “Tak apalah mak cik.  Apa-apa pun masih boleh duduk lagi kan?” Faliq melangkah masuk ke dalam rumah.
“Terima kasihlah sebab hantarkan mak cik balik.”
“Tak ada apalah mak cik.  Perkara kecik je.”
“Faliq ni dah kerja ke? Dah boleh naik kereta mahal macam tu?” gaya dia ni macam dah bekerja.
“Taklah mak cik.  Saya sekolah lagi.  Tahun ni nak ambik SPM.”
Puan Mashitah terkejut mendengar jawapan Faliq.  “Faliq nak ambik SPM? Tapi, boleh dah bawak kereta? Ayah dan mak tak marah ke?”
“Taklah mak cik.  Lagipun, dia yang ajar saya drive kereta masa dekat KL dulu.  Dia cakap nanti nak ambik lesen tak payahlah susah-susah nak belajar lagi.  Tapi mak cik, umi saya dah tak ada.  Umi saya pergi waktu saya kecil lagi,” sebut sahaja pasal umi, mesti aku akan rasa sebak.
“Oh…mintak maaflah.  Mak cik tak tahu.  Kesian kamu dah kehilangan umi kamu masa kecik lagi.  Ayah tak kahwin lain?”
“Walid? Tak, dia tak kahwin lain.  Selepas arwah umi pergi, dia tak lagi terfikir nak berkahwin lagi.”
Lili menghampiri mereka bersama dulang yang diisi cawan dan seteko air teh.  Air teh dituang ke dalam setiap cawan.  Dia memandang Faliq sebentar sebelum bangkit kembali ke dapur.
Dia duduk di kerusi dapur.  Mak dia dah meninggal sewaktu dia kecil.  Entah apa yang dia rasa sekarang ni.  Mesti kesunyian.  Yelah, tak dapat kasih sayang seorang ibu sejak kecil lagi.  Aku ni pun walaupun dapat kasih sayang ibu, tapi aku tetap tak menghargai.  Biasalah kalau dah ketegaq ni.
“Mak cik…saya nak tanya sikit boleh?” pinta Faliq.
“Apa dia? Tanyalah…”
“Lili tu memang jenis yang kasar ke orangnya?” sajalah nak tanya mak dia ni.  Manalah tahu lahir-lahir terus karate.
“Mana Faliq tahu dia ni kasar orangnya? Faliq sekolah dengan dia ke?”
Faliq mengangguk.  “Saya sekelas dengan dia.  Duduk tepi dia.  Jadi, dia ni agak kasar sikitlah bagi saya.”
Hmmm…dia tu memang kasar pun Faliq.  Kalau dia marah ada kata-kata kesat, jangan ambik hatilah sangat.  Dia memang macam tu.  Setiap benda yang dia dapat macam rantai atau gelang, tak sampai 3 hari dah putus.  Itulah yang katakan dia ni kasar.”
Macam ganas je minah ni? Tak sampai tiga hari dah boleh putus? Dahsyat dia ni.  Kalah gajah.
“Dia memang asli kasar ataupun dia sengaja buat-buat kasar?” yelah, ada orang tu kadang-kadang sengaja tunjuk gangster.
“Dia memang kasar Faliq.  Kalau dia tersigung kamu ke apa, itu benda yang biasa.  Kami ni pun dah berapa kali dapat makan siku dia tu…” ingat lagi waktu Lili jemur kain.  Kakak Lili, Dalili pergi menegur dia secara mengejut.  Memang kena makan sikut jawabnya.  Nasib baik kena dekat dahi.  Kalau hidung? Tak ke penyet?
“Amboi! Seganas tu ke mak cik?” Puan Mashitah mengangguk.
Gila betul perempuan ni.  Keluarga dia pun dah pernah makan siku dia tu.  Isy! Aku pun tak seganas tu.  Ke dia ni sebenarnya dua jadian? Ada lelaki, ada perempuan? Kau ni dah merepek Faliq!
“Assalamualaikum! Assalamualaikum!” suara salam diberi dengan tergesa-gesa.  Ada apa ni? Dia memandang ke luar.  Pak Jali.
“Waalaikumussalam! Masuklah Jali!” Pak Jali segera melangkah masuk.  Lili pula menghendap dari dapur.
“Ada apa ni Jali? Kelam kabut je kamu ni aku tengok?” ada apa kelam-kabut sangat.  Macam nak kenduri pulak.
“Shitah, aku ada benda penting nak bagitahu kau!” ujar Pak Jali dalam keadaan semput.  Penat berlari gamaknya.
“Apa dia ni? Cuba kau ambik nafas dalam-dalam.  Lepas tu, cakap…” aku pun naik saspens dibuatnya.
Apa agaknya yang nak disampaikan oleh Pak Jali eh? Kenapa Pak Jali tergesa-gesa sangat? gumam Lili dalam hati.
Puan Mashitah dan Faliq terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Pak Jali.  Lili yang tadinya menghendap di sebalik dinding menekup mulutnya.  Air mata mengalir di pipi.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now