Bab 46

14.1K 428 0
                                    

Lili sudah siap dalam persalinan baju pengantinnya.  Rasa berdebar-debar sekarang beraja di hatinya.  Aduh…dah kenapa nak berdebar-debar teruk sangat ni? Rasa macam nak meletup!!!

“Rilekslah weyh.  Kau nampak gabra sangat ni dah pehal?” bahu Lili ditampar perlahan.  Batrisya sedaya-upaya menahan rasa geli yang menjalar di hatinya.  Serius Lili nampak gabra kot!

Pintu bilik diketuk perlahan lalu dibuka.  Dalili bersama Puan Mashitah melangkah masuk menghampiri Lili dan Batrisya bersama senyuman yang terukir di bibir mereka.

“Cantik anak ibu…” puji Puan Mashitah sambil menilik tubuh anaknya yang sudah tersarung dengan baju pengantin.  Beberapa minit lagi upacara akad nikah akan dimulakan.

“Mana ada ibu ni…” sangkal Lili.  Cantik kebendanya? Dalam keadaan terpaksa ni pun masih nampak cantik ke?

“Ibu cuba tengok.  Muka dia dah kena bakar…” usik Dalili sambil ketawa kecil.  Lili memandang kakaknya tajam.  Suka-suki hati dia je nak kenakan aku eh? Memang nak kena kakak aku ni.

“Eleh! Bila part aku nak kahwin ni, kau kenakan aku eh? Dulu kau pun apa kurangnya? Gabra lagi kuat dari aku.  Hahahaha!” Dalili mencubit lengan adiknya membuatkan Lili terjeti kesakitan.

“Sakitlah!” adu Lili. Aduh…lebam seminggu kalau kakak aku yang cubit.  Tangannya perlahan menggosok tempat yang dicubit oleh kakaknya.

“Anak ibu ni dah nak kahwin.  Hmmm…nanti tinggallah ibu sorang-sorang dekat rumah,” alolo…ayat pasrah.  Ni yang buat Lili dan Dalili lemah semangat.  Rasa sedih pulak.

“Ibu janganlah cakap macam ni,” Lili bangun lalu memeluk tubuh ibunya.  Dalili turut berbuat demikian.

“Sedihlah dengar ibu cakap macam ni,” tokok Lili lagi lalu menggosok belakang ibunya.

“Entah ibu ni.  Buat Dalili rasa sedih jugak,” sampuk Dalili.  Hampir mengalir air mata dibuatnya.

“Dahlah…jangan nak nangis dekat sini.  Nanti habis rosak make up,” Puan Mashitah merungkaikan pelukan antara mereka.  Air mata yang mengalir di pipi Lili diseka.

“Alah, ibu tak kisah pun kalau ibu duduk sorang-sorang dekat kampung tu.  Lagipun, mak ngah kan ada boleh temankan ibu?”

“Tak samalah ibu.  Tetap risau jugak…” Lili mencebikkan mukanya.

“Dahlah tu…” Puan Mashitah menampar pipi Lili perlahan.  Dia tak nak anaknya terlampau sedih.  Nanti habis rosak majlis.

DEBARAN di hatinya berakhir juga bila perkataan sah terlaung dari bibir-bibir yang menjadi saksi.  Lili memeluk erat tubuh Puan Mashitah.  Habis sahaja lafaz dan disahkan oleh saksi-saksi, maka dia sudah pun bertukar status dari single kepada wife.

Seumur hidup aku akan dihabiskan bersama Faliq.  Mampukah aku menampung beban yang akan menimpa diri aku nanti? Mampukah aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri? Ya Allah…

Batrisya memandang Izzul begitu juga dengan Izzul.  Mereka mengukirkan senyuman.  Tidak sangka yang Lili sudah pun sah menjadi hak milik Faliq buat selama-lamanya.

Apabila Faliq datang menyarungkan cincin kepadanya, perasaan sebak bertandang di hatinya.  Ya Allah…kuatkanlah perasaan aku. 
Kuatkanlah hati dan jiwa aku untuk terus kekal bersama Faliq andai benar aku jodohnya.

Saat dia menyarungkan cincin di jari Faliq, dahinya dicium.  Agak lama.  Bagi chance kepada fotografer untuk mengambil dan merakam detik indah mereka.  Detik indah lah sangat! Kau tak tahu dalam hati aku dah macam tsunami! Tunggu nak luah je ni.

Majlis bagi pihak perempuan dan pihak lelaki diadakan secara serentak.  Ini atas persetujuan Dato Sri Syed Baharudin dan Puan Mashitah sendiri.  Katanya tak perlu nak membazir.  Sekali jalan sudah.  Untung juga rumah Dato Sri Syed Baharudin agak besar untuk memuatkan tetamu yang hadir.

Lili dan Faliq duduk di meja makan pengantin ditemani oleh Dato Sri Syed Baharudin dan wakil dari pihak Dato Sri Syed Baharudin begitu juga dengan keluarga Lili.  Mak ngah Lili turut menemani Puan Mashitah makan di meja pengantin.

Mereka dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan.  Dilayan seperti raja.  Lauk-pauk dicedok oleh pihak katering ke dalam pinggan mereka.  Itulah yang kata macam raja.

Mereka mula makan.  Ketika makan, Faliq memerhatikan Lili yang sedang sibuk bercakap dengan ibunya.  Entah apa yang dibualkan oleh dua anak beranak itu.  Kadang-kadang Lilu tersenyum, kadang-kadang Puan Mashitah pula yang tersenyum.

Lili kembali menikmati makanannya.  Dia perasan Faliq sedang merenungnya.  Dah kenapa pulak dia usyar aku macam tu? Lili
memberanikan dirinya memandang
Faliq yang sedang tersenyum ke arahnya.  Muka dia dah cukup ciri-ciri orang bakal menghidap sakit mentel.  Harap maklum.

Lili cuma buat bodoh dengan pandangan Faliq.  Dia ingat pandangan dia tu dah tajam sangat kot? Tolonglah…sikit pun tak tergugat.  Eleh! Cakap besarlah kau Lili.  Apahal hati kau dup dap memanjang bila dia usyar kau? Tak nak mengaku! Ceh!

Tak tahan dengan pandangan Faliq, dia terus bertanya pada Faliq.  “Kau dah kenapa?”

“Tak ada apa-apa.  Why? Tak boleh ke aku nak tengok isteri aku ni?” Faliq melebarkan lagi senyumannya.

“Gila!” gumam Lili lalu kembali menyuap nasi ke dalam mulutnya.  Perut yang sedia kruk ni baik diisi dari melayan mamat mentel ni.

“Yes…aku memang gila.  Aku gilakan kau.  Akhirnya, kau jadi jugak isteri aku.”

Ergh! Ayat dia! Tahap psiko! Eii! Naik seram aku dibuatnya.

Thanks sebab sudi berkahwin dengan aku.”

Lili mmandangnya sebentar sebelum kembali memandang ke hadapan.  Thanks sebab sudi berkahwin dengan aku? Pergh! Ayat…boleh tahan eh dia ni? Awal-awal menggayat! Lepas tu…

“Aku buat semua ni sebab Pak Cik Syed dan Damia.  That’s all.  Tak ada kena mengena dengan perasaan kita…” balasnya perlahan.

Faliq sedikit pun tak terasa dengan kata-kata yang diungkapkan oleh Lili.  Dia tahu Lili masih tak boleh hendak menerima dirinya.  Dia tahu Lili masih marahkannya atas apa yang dilakukannya pada arwah Quratul dahulu.  Yang tu aku admit aku yang bersalah.

“Tak apa…aku faham,” balasnya pendek.  Tak mahu suasana ceria di sini bertukar menjadi hangat.  Bila rentak dah makin ganas, hmmm apa lagi? Bergaduhlah aku dengan si Lili ni.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now