Bab 38

13.1K 405 0
                                    

Tok! Tok! Tok! Pintu biliknya diketuk.  Lili memandang ke arah pintu.  Siapa pulak datang ketuk pintu ni? Tak ada kerja ke apa? Selepas memastikan Damia berada dalam keadaan selamat di atas katil, dia membuka pintu.

Ok…bapak kepada Damia yang tercegat depan pintu ni.  Hmmm…dia nak apalah pulak malam-malam ni? Menyibuk je acara aku dengan Damia.  Baru je nak main perang!

“Ada apa?” soalnya bila Faliq mendiamkan diri.  Lama.

Errr…boleh aku nak main dengan Damia?” Lili mengherotkan mulutnya.  Nak main dengan Damia pun nak kena mintak izin aku ke? Damia anak dia kot? Hello?

“Damia kan anak kau.  Kau ada hak nak main dengan dia.  Kenapa kau nak mintak izin?” Faliq menggaru kepalanya.  Ha arrr jugak kan?

So? Boleh?”

“Ya…” Lili membuka pintu luas.  Memberi laluan kepada Faliq untuk melangkah masuk ke dalam biliknya.  Faliq mendapatkan Damia yang sedang bermain dengan anak patungnya yang bersepah atas katil.
Lili cuma memandang.  Takkanlah aku nak pergi terjun sama atas katil tu? Aku ni bukannya bini Faliq.  Tak pasal jadi kot lain.

Lili memandang layanan Faliq terhadap Damia.  Kan bagus kalau tiap-tiap hari kau macam ni Faliq? Aku yakin kalau kau tak buat perangai dulu, mesti kau akan hidup bahagia dengan arwah.  Hmmm…mungkin waktu tu tak matang lagi kot?

Damia pun suka dengan layanan kau.  Mungkin dia rindu kasih sayang seorang ayah.  Yelah! Mana tak nya? Malam baru dapat.  Teruk punya bapak!

“Lili…kalau aku nak bawak Damia tidur dengan aku malam ni, boleh?” isy! Dia tanya lagi.  Anak dia kot?

“Kau ni…anak kau kot? Buat apalah tanya aku? Aku tak ada hak nak halang pun!” ke dia ni wayar putus? Lupa budak kecik depan dia tu anak dia.

“Manalah tahu kau tak bagi kan? Kau ni bukannya boleh kira sangat…”

Hmmm…dah nama pun anak kau kan? Buat apalah aku nak marah? Kau ambiklah.  Sekali-sekala kenalah tidur dengan bapak dia pulak,” ujar Lili senang.

“Faliq? Lili? Buat apa dekat sini?” soal Dato Sri Syed Baharudin yang kebetulan lalu depan bilik Lili.

Errr…pak cik.  Tak ada apa pun.  Faliq ni rindu nak main dengan anak dia,” memang yang tu kan niat Faliq sebenarnya? Aku tak cakap bohong kan?

Ha arrr walid.  Liq rindu nak main dengan Damia.  Yelah, waktu malam je Liq boleh jumpa dengan dia…”

“Boleh je Liq main dengan dia waktu petang.  Tapi, dah Liq tu tidur tak ingat dunia.”

“Penatlah walid…”

“Ye…walid faham.  Elok sangatlah kalau Liq main dengan Damia.  Sekurang-kurangnya tak adalah dia bosan main dengan mak cik dia ni kan?”

Lili membulatkan matanya.  Dato Sri Syed Baharudin dan Faliq tertawa kecil melihat mata bulat Lili.

“Alah…rilekslah Lili.  Walid aku gurau tu…” kemudian, Lili tersenyum.  Dia tahu Dato Sri Syed Baharudin sekadar bergurau.  Saja je testing tadi.

“Yelah Lili ni, pak cik gurau jelah…” bukan main bulat mata dia tu.

“Tak apa pak cik.  Saya pun tahu pak cik bergurau,” Lili mengoyakkan senyuman buat Dato Sri Syed Baharudin.  Aku ni bukannya jenis cepat sentap sangat.


LILI menyarukkan tudung di kepalanya.  Sempat dia mengerling jam yang tergantung kemas di dinding bilik.  Dah pukul 2.30 pagi.  Haish! Hantu manalah yang ganggu hambaMu lena ni?

Pintu dibuka kasar lalu memandang gerangan yang berdiri di hadapan pintu biliknya.  “Nak apa?!” soalnya kasar.

Amboi! Garangnya cik kak! Muka pun kalau hantu tengok ni, lari! Tunggu lagi dengan muka harimau dia ni?

Lek arr! Yang kau nak berhangin sangat kenapa?” ujar Faliq perlahan.

“Aduh!!! Kau ni kan? Nak apa? Memang wajib aku berangin sekarang ni sebab kau dah ganggu ketenteraman aku.  Kau tengok pukul berapa sekarang?”

Faliq tersengih.  Dia tahu salah dia kerana mengejutkan Lili pada jam sebegini.  Tapi, kalau aku tak kejutkan dia, manalah aku tahu kadar nisbah susu yang aku perlu bancuh untuk Damia.  Dulu, waktu Lili pulang ke Terengganu, semuanya disiapkan oleh Kak Jah awal-awal sebelum masuk tidur.

“Nak apa? Cepatlah.  Aku ngantuk ni…” rengeknya kecil.  Mulut aku ni pun tak berhenti menguap.

“Aku nak kau buatkan susu boleh? Damia menangis nak susu…”
Mata Lili terus segar-bugar.  What?! Suruh aku bancuh susu? Like seriously? Takkan dia tak pandai kot?

Habis tu, masa aku balik Terengganu dulu siapa yang bancuhkan?

“Kau ni biar betul weyh? Jangan buat lawak pukul 2 pagi.”

“Seriuslah Lili! Aku mana pandai!”

“Dulu masa aku tak ada, siapa yang bancuh?”

“Kak Jah! Dia dah bancuh siap sebelum dia masuk tidur.  So, bila Damia nangis, aku just pergi ambik je.”

Lili menepuk dahinya kuat.  Aduh! Toyol betullah dia ni! Serabut! Serabut! Lili melepaskan keluhan kecil.  Lepas ni, aku kena buat tutorial untuk dia.

“Yelah…bak sini botol susu tu…” Faliq menyerah botol susu tersebut lalu mengikut Lili hingga ke ruang dapur.  Sambil tu bolehlah aku belajar bancuh susu.

“Air takat ni saja dan susu tepung ni dua skop sahaja…” botol susu diserahkan kepada Faliq.

Thanks…” Faliq berlalu pergi menuju ke biliknya. Kesian pulak Damia menangis mintak susu.  Dah lama rasanya.

Lili masuk ke dalam biliknya lalu pintu ditutup dan dikunci.  Kalau tak kunci, kang perompak masuk bilik aku, aku jugak yang susah.  Akhirnya, dia kembali lena.  Sedapnya dapat tidur.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now