Sebuah kereta Mercedes C200 berhenti di halaman rumah mereka. lili cukup kenal kereta Mercedes tersebut. Faliq. Faliq keluar dari keretanya lalu mendapatkan Lili dan Puan Mashitah yang sedang duduk di luar rumah dengan berbeg-beg.
"Assalamualaikum mak cik..." ujar Faliq sambil menghadiahkan senyuman. Dia memandang Lili yang sibuk mengeluarkan begnya.
"Waalaikumussalam. Ada apa Faliq datang rumah mak cik ni? Kenapa tak telefon dulu nak datang?" tiba-tiba muncul tanpa sebarang berita.
"Saja je mak cik singgah. Hari ni tak ada kelas. Bosan. Sebab tulah saya datang sini. Nak jenguk mak cik, nak jenguk Lili..."
Lili memandang Faliq sambil tangannya mencekak pinggang. "Kau ni tak bosan ke datang rumah aku ni?"
"Hesy Lili ni. Ada pulak cakap macam tu? Apa salahnya kalau Faliq datang? Dia nak jenguk ibu je pun?"
"Entah kau ni! Kau nak melebih apasal? By the way, kau nak ke mana?" dia melihat beg-beg yang tersadai di luar rumah. Macam nak pindah rumah je ni?
"Yang kau sibuk kenapa?" muka garang ditunjukkan.
"Lili! Hmmm...tak ke mana pun Faliq. Lili ni hah...nak kena masuk uni dah dalam masa 3 hari je lagi. Jadi, hari ini dia akan ke KL lah."
"Oh...dia ke KL dengan siapa? Kalau tak, saya boleh tumpangkan?" Lili mencebik dengan pelawaan Faliq.
"Kau nak rasuah ibu aku pulak?" Puan Mashitah menyigung lengan Lili membuatkan Lili meringis sakit. Tajam pulak siku ibu aku ni.
"Tak apalah Faliq. Katanya dia nak tumpang Batrisya..."
Faliq mengerutkan dahinya. Batrisya? Oh...ya...best friend si minah ni. "Mak cik...biarlah saya bawak Lili ke KL? Buat apa dia nak tumpang Batrisya? Tak mustahil kereta Batrisya pun penuh dengan barang-barang dia kan?"
Lili menjegilkan biji matanya. Amboi! Senangnya dalam hati mengarah orang? "Eh? Eh? Dah kenapa pulak kau nak jadi pak cik teksi aku pulak ni? Dah! Aku tak nak naik dengan kau. Aku nak naik dengan Batrisya."
"Anak sapalah degil sangat ni? Kau cubalah fikir sikit. Kemungkinan besar kereta Batrisya penuh dengan barang dia. Lepas tu, masuk pulak dengan beg besar kau ni. Tak ke pancit tayar kereta bapak dia? Baik kau naik sekali dengan aku? Kereta aku ni pun free. Kau nak letak tong gas pun boleh lagi. Nak bawak kambing pun boleh lagi," ujar Faliq lawak bodoh. Buat apa nak susahkan Batrisya kalau aku ada?
Lili mencebik penuh geram. Eleh! Boleh ke kambing nenek aku belakang rumah tu masuk kereta kau tu? Entah-entah, pergi car wash sampai berpuluh kali sebab bau kambing! Cakap besarlah dia ni.
"Serius kau bagi aku bawak macam-macam? Jangan menyesal kalau aku bawak kambing sekali?"
Puan Mashitah menampar lembut tangan anaknya. "Apa pulak melawak macam tu? Dah cukup baik Faliq ni nak tolong Lili tau? Dahlah...naik jelah dengan Faliq. Ada betul jugak cakap Faliq tu. Mungkin kereta Batrisya pun penuh dengan barang-barang dia. Nak letak lagi dengan barang Lili ni? Tak muat kot?"
Bibirnya diherot ke kanan dan ke kiri. Berulang kali. Nak ke tak naik kereta dengan dia ni? Tak kotor ke kereta dia tu kalau aku naik kereta dia?
"Kau sure aku boleh naik kereta kau? Manalah tahu kaki kampung aku ni mengotorkan kereta kau?" soalnya inginkan kepastian.
"Alah kau ni. Kalau kotor sekalipun, banyak car wash boleh basukan kereta aku ni. Jomlah? Mak cik tak ikut ke?"
"Tak Faliq sebab kejap lagi kak Lili ni nak balik. Diorang dah on the way pun. Faliq bawak elok-elok ya?"
"Baiklah mak cik..."
Faliq mengangkat beg-beg Lili lalu dibawa masuk ke dalam bonet keretanya. Lili pula berpelukan dengan ibunya. Rasa berat hati nak tinggalkan ibu sorang-sorang.
"Ibu...Lili pergi dulu eh? Kalau ibu sakit ke apa, call Lili. Lili akan balik jenguk ibu..."
"Alah...ibu oklah Lili. Lili ni yang kena jaga kesihatan Lili. Jangan asyik nak ponteng makan je. Bukannya kurus-kurus pun!" Lili tertawa mendengar usikan ibunya.
"Lili pergi dulu...Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam..." Lili melangkah masuk ke dalam kereta Faliq. Sebelum kereta Faliq beredar pergi, dia sempat melambaikan tangan kepada ibunya.
Hatinya berasa sebak. Baru sahaja tinggal sekejap, hatinya sudah dipagut rasa rindu. Yelah, ibu kan sekarang duduk sorang-sorang. Inipun nasib baik kak long nak balik. Tak adalah aku risau sangat. Kalau kak long tak balik, lagi risaulah aku dibuatnya.
Sepanjang perjalanan, suasana sepi antara mereka. Lili dengan dunianya sendiri. Faliq pula fokus kepada pemanduannya. Kalau tak fokus, ada pulak yang tumpang tidur wad.
"Lili...kenapa kau diam je?" soalan pertama daripada Faliq. Rasa kekok pulak kalau suasana sepi macam ni walaupun radio dibuka.
"Aku tak tahu nak cakap apa..." matanya masih pada pemandangan luar. Sesak dengan kereta yang lalu-lalang.
"Lili, aku ada benda nak cakap dengan kau..." pandangan Lili terarah kepada Faliq. Bunyi serius tu.
"Apa benda? Saspen je kau ni..."
"Sebenarnya kan aku ada suka dekat seseorang ni..."
Hati Lili dipagut risau. Siapakah gerangan yang Faliq sukakan tu? Aku ke? Ataupun orang lain dah berjaya mencuri hati Faliq?
"S...siapa?" dah kenapa pulak aku nak tergagap-gagap ni? Come on Lili! Takkanlah kau dah nak tergagap kot?
"Perempuan tu belajar sama di universiti kita. Tapi dia course lain. Dalam fesyen kalau tak silap aku..."
Ok...nampak sangat bukan aku sebenarnya. Wake up Lili! Kau jangan nak berangan boleh tak Lili?! Kau jangan pernah berangan yang kau akan hidup dengan Faliq! Mana mungkin orang kampung macam kau ni akan hidup dengan orang yang mewah macam Faliq ni!
"Untung perempuan tu. Siapa? Boleh aku tahu nama dia?" suaranya dalam keadaan...entahlah. Aku tak tahu sama ada aku jeles ataupun aku sakit hati.
"Nama dia Quratul. Orangnya sopan santun je...lemah lembut...kalau nak dibandingkan dengan kau memang jauh bezalah!" eh! Sempat lagi dia buat bandingan antara aku dengan Quratul tu? Tak sekolah betullah mamat ni.
"Memanglah aku dengan dia jauh beza. Dah nama pun beza. Jantina je sama," duh! Hati...kenapa kau nak rasa macam ni? Hati...kau kena ingat yang aku ni tak sesuai jadi isteri dia. Stop berangan!
"Kau ok?" kenapa aku tengok Lili ni macam berangin je bila aku cerita pasal Quratul? Ke dia tak sihat?
"Aku ok. Kenapa? Nampak macam aku tak ok ke?" memang aku tak ok sekarang ni! Aku tak ok sangat-sangat! Kau sukakan orang lain Faliq! Mahunya aku tak sakit hati?!
"Tak ada apa-apalah..." Faliq menghadiahkan senyuman. Lili pula melayan dunianya sendiri. Lili...act cool ok? Tak perlu tunjuk kejelesan kau tu. Kalau kau jeles sekali pun, kau takkan dapat apa-apa. Nothing!
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...