Keretanya masuk parkir di halaman rumah Lili. Enjin kereta dimatikan. Faliq keluar daripada perut kereta lalu menghampiri rumah Lili. Kenapa sunyi sepi je ni? Ada orang ke tak?
Tiba-tiba ada suara mak cik menegurnya. Entah dari mana mak cik tu datang. Aku pun confius. Tiba-tiba je muncul.
"Uiii! Anak dato cari siapa tu?" tanya mak cik kepoh. Di sini memang itulah gelaran kepadanya. Memang kepoh. Suka nak melebih!
Faliq menghadiahkan senyuman. "Saya cari Mak Cik Mashitah. Dia ada tak?" takkanlah aku nak cakap yang aku cari Lili pulak kan? Nanti apa pulak yang difikir mak cik ni?
"Oh...Mashitah? Mashitah dia keluar kejap pergi kedai. Beli ikan agaknya. Kalau anak dia tu...mak cik tak yakinlah. Selalunya time macam ni mak cik nampak dia duduk tepi pantai dengan kawan dia tu!" seolah-olah tahu apa yang tersirat di hati Faliq, dia memberitahu keberadaan Lili.
Faliq menghadiahkan senyuman. Macam tahu-tahu je mak cik ni yang aku nak tanya pasal Lili. Sensor orang tua agaknya kan? Diorang lebih banyak makan cuka dari kita. Riak muka kita pun diorang tahu.
"Terima kasih mak cik..." Faliq segera mengatur langkah seribu menuju ke pantai. Dia ingin berjumpa dengan Lili. Wajah yang sangat dirinduinya dari dahulu lagi.
"Kepoh oh kepoh! Ada apa tu woi?" sapa Mak Cik Kiah. Yang ni terkenal dengan wifi dia yang laju tu. Cepat je berita tersebar dengan dia ni. Cekap dan pantas!
"Ni ha...anak Dato Syed tu datang ke mari di kampung ni. Aku tak tahu dio nak wat gapo. Aku rasa dia suko kat Lili. Kot sebab tu dia datang ke kampung kita ni..." mulalah cerita nak tersebar. Tunggu dalam masa beberapa minit lagi.
"Aku rasalah kan dia meme suko dengan anak Mashitah tu. Kalau idok, wat gapo dia datang kemari?" penambah perisa Mak Cik Kiah. Memang betullah.
"Untunglah anak Mashitah tu. Ado orang berkenan. Aku tengok Lili tu takdo lah lawo macam anak-anak kita ni. Beso-beso je..." sedikit-sebanyak timbul rasa cemburu di hati mak cik kepoh.
"Ya idok kan? Anak kita lagi lawo dari anak dia tu. Dahlah, kemari kita balik. Kalau Mashitah balik kang, tak pasal-pasal kita kena marah..." mereka berdua melangkah pergi meninggalkan kawasan rumah Lili.SAMPAI di pantai, matanya liar mencari gerangan yang ingin dijumpanya. Aku tahu! Mesti Lili pun tunggu kepulangan aku! Hah! Tak sabarnya nak jumpa kau Lili! Penat tau aku drive dari KL sampai ke Terenganu. Penat aku pecut.
Matanya tertancap pada dua orang perempuan yang sedang duduk di atas pasir pantai sambil menulis sesuatu di atas pasir pantai. Macam kanak-kanak Ribena pulak. Tulis atas pasir.
Dia menghampiri Lili dan Batrisya diam-diam. Derap kakinya cuba diperlahankan seperlahan yang mungkin. Dia ingin membuat surprise kepada Lili. Kalau Lili terdengar derap kakinya, habislah surprise.
Faliq berdiri di belakang Lili lalu memandang nama yang ditulis atas pasir pantai. F.A.L.I.Q.. Satu nama yang membuatkan Faliq tersenyum. Hmmm...nampaknya si brutal Lili pun rindukan aku.
"Kau rindukan aku ke Lili?" suaranya perlahan. Lili pula memandang Batrisya begitu juga dengan sebaliknya. Dua-duanya memandang ke belakang. Mata Lili terpaku bila melihat Faliq berdiri di hadapannya. Tulisan nama Faliq dipijak dan diratakan kembali dengan kakinya.
"K...ka...kau buat apa dekat sini? Macam mana kau boleh ada deka sini? Kau bila sampai sini?" amboi! Teringin nak jadi wartawan ke Cik Lili?
"Banyaknya soalan kau. Tak tahu aku nak jawab yang mana satu..."
Batrisya pula tanpa banyak tanya terus meninggalkan Lili dan Faliq berdua-duaan di pantai. Tak nak mengganggu pasangan romantik ni. Errr...romantik ke?
"Kau buat apa dekat sini?" soalnya dalam nada gugup. Isy! Kenapa pulak kau nak gugup ni Lili? Come on! You're brutal girl!
"Aku? Buat apa dekat sini? Saja nak jumpa kau. Aku rindu gila nak jumpa dengan kau!"
Dush! Rasa jantungnya gugur. Gilalah! Gila aku tak cair dengan ayat dia? Sedangkan inilah yang aku tunggu-tunggu sebenarnya. Argh!!! Faliq rindukan akulah! Wah!
"Kau tak rindu aku ke?" soal Faliq pula sambil memandang wajah Lili.
Lili cuba menahan debaran di hatinya. Come on Lili. Jangan malukan diri kau. Show diri Lili yang dulu.
"Mana ada aku rindukan kau!" walhal hati dah gabra semacam! Dah dup dap macam nak pecah jantung!
"Eleh! Yelah tu kau tak rindukan aku. Habis tu, kalau kau tak rindukan aku, kenapa kau tulis nama aku di atas pasir pantai tadi tu?" Faliq mengusik Lili membuatkan wajah Lili kemerahan. Duh! Kebas pipi aku.
"Mana ada aku tulis nama kau!" dia cuba menafikan walhal memang dah nyata pun. Nak tegak benang yang basah apa lagi?
"Eleh! Yang tadi atas pasir ada huruf F.A.L.I.Q. tu apa?" lagi berona merah pipi Lili bila dikenakan sebegitu.
Isy! Agak-agaklah kalau dia nak kenakan aku pun! Dah merah muka aku ni rasanya. Hmmm!
"Kenapa? Kau ingat nama kau sorang je ke yang bernama Faliq? Anak Pak Cik Wahid dekat kampung seberang tu pun nama Faliq tau. Suka perasan sorang-sorang kan?" entah betul ke tidak nama anak Pak Cik Wahid tu nama Faliq. Aku main hentam je.
"Yelah...yelah...kau menang. Aku nak tanya kau. Kau bila masuk uni? Takkan budak pandai macam kau ni tak masuk uni kot?" mustahil budak pandai macam Lili ni tak dapat tawaran masuk university.
"Aku adalah dapat surat tawaran hari tu dan aku dapat masuk uni!" ujar Lili gembira.
Faliq turut gembira dengan berita yang disampaikan Lili. "Kau serius weyh? Kau dapat uni mana?"
"Sama dengan kau!" bertambah banyak sengihan Faliq.
"Bidang?"
"Bidang bisnes. Sebenarnya aku tak suka bisnes pun. Tapi, bila aku tengok bidang lain tak berapa menarik, aku ambiklah bidang bisnes!"
"Serius weyh?! Kau sama dengan akulah! Dalam bisnes jugak!" Lili mengerutkan dahinya mendengar kata Faliq. Bisnes?
"Kejap! Kau cakap hari tu kau dalam bidang fotografi. Kenapa kau tiba-tiba ada dalam bisnes pulak ni?" sudah! Ni nak kata kebetulan ke macam mana? Haih...
"Actually fotografi membuatkan aku bosanlah. Yelah...jadi fotografer. So, daripada aku bosan dalam fotografi, baik aku ambik bisnes. Lagipun, kalau aku belajar bisnes, boleh jugaklah aku tolong walid aku handle bisnes dia tu," ujar Faliq senang.
Oh...bosan dalam fotografi? Lepas tu tukar jadi bisnes. Hmmm...nampaknya aku akan nampak muka dia hari-harilah! Huh...
"Dekat mana aku ada, kau mesti ada kan?" ujar Lili lebih kepada perasan diri sendiri.
"Eh? Mana ada! Kau yang stalker aku. Lepas tu, nak cakap macam tu pulak. Kau ingat aku hengen ke nak satu bidang dengan kau?" kurang ajar betullah mulut Faliq ni.
"Siapa entah stalker kau? Tak ada masa nak stalker kau yang perasan hensem ni! Menyampah gila tahu tak?" Lili mencebik. Sedap mulut tempayan dia je nak cakap aku stalker dia. Macam mana aku nak nak stalker kalau aku duduk di rumah dia pulak nun jauh di KL? Tak fikir langsung mamat ni.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...