Bab 25

16K 510 6
                                    

Faliq memandang Quratul yang sedang tidur nyenyak di atas katil.  Rasa kasihannya tumpah kepada Quratul.  Bukannya rasa kasih, tapi kasihan.  Teruk gila kau Faliq.  Sepatutunya kau rasa kasih kepada dia sebab dia dah mengandungkan anak kau.
Perut Quratul yang besar dipandang.  Tangannya mengusap perlahan perut Quratul yang membonyot.  Ya Allah, kenapa aku dikurniakan perasaan begini? Kenapa aku langsung tak boleh nak cintakan Quratul? Kenapa aku harus seksa hidup Quratul? Dia tak bersalah langsung Ya Allah.
Quratul tersedar dari lenanya bila terasa usapan pada perutnya.  Dia membuka mata lalu memandang Faliq yang tergamam.  Dia bangun dari pembaringannya.  Kenapa Faliq tak tidur lagi? Dah pukul berapa ni?
“Abang…kenapa ni? Kenapa tak tidur lagi?” dah nak dekat pukul 3 pagi.  Dia tak lena lagi?
Faliq cuma mampu menggeleng.  “Abang ada kerja sikit.  Kebelakangan ni abang kena handle banyak projek.  Sorry sebab buat awak terbangun…”
“Tak apa…abang nak apa-apa ke? Nak air ke? Saya boleh buatkan?” dia menawarkan perkhidmatan untuk suami.  Lagipun, kalau bancuh air untuk suami pun dapat pahal tau.
Faliq menggeleng.  “Tak apa…tak payah susahkan diri awak.”
“Alah, mana susah pun? Kalau setakat buat air kan? Saya tahu abang mesti banyak kerja nak dibuat kan? Tak apa, saya sediakan Nescafe untuk abang ye?” Quratul bangun dari katil lalu berjalan keluar menuju ke dapur.  Nasib baik bilik bawah je.
Faliq pula rasa serba salah terhadap Quratul.  Walaupun dia melayan Quratul tak seberapa, tetapi Quratul masih lagi baik terhadapnya.  Dialah manusia yang paling rugi kalau dia kehilangan Quratul.
Faliq! Kau kena ingat! Mungkin Allah dah tentukan jodoh kau yang sebenarnya dengan Quratul dan bukannya dengan Lili.  Betul cakap walid.  Kau kena lupakan Lili buat selama-lamanya.  Kehidupan kau adalah bersama isteri kau dan anak kau yang bakal lahir di dunia ni.
Quratul kembali ke bilik bersama secawan Nescafe di tangannya.  Cawan dihulurkan kepada Faliq.  Faliq menghadiahkan senyuman lalu menghirup sedikit air Nescafe.  Sedap.
Quratul memandang Faliq.  Kadang-kadang memang aku terasa dengan perangai Faliq tapi sejujurnya hati aku bahagia dapat hidup dengan dia.  Sebab apa? Sebab tidak pernah sekalipun dia lupa tanggungjawab dia terhadap aku.  Semuanya lengkap walaupun pada hakikatnya aku tahu dia takkan mampu melupakan Lili buat selamanya.
“Kenapa pandang abang macam tu?” pandang aku lain macam.  Macam ada benda yang dia nak cakapkan.
“Saya nak tanya sikit boleh?” pinta Quratul sambil senyuman tak lekang dari bibirnya.  Faliq mengangguk.
Quratul menarik nafas lalu menghembusnya perlahan.  “Saya nak tanya, dalam hati abang masih ada Lili ke?”
Soalan yang membuatkan Faliq tercengang bercampur tergamam.  Errr…kenapa pulak Quratul tanya aku pasal ni?
“Kenapa awak tanya abang macam tu?” Quratul marahkan dirinya ke?
“Tak ada apalah.  Saya cuma tanya je.  Tapi, kalau abang tak jawab pun tak apa sebab saya dah tahu jawapan abang yang sebenarnya.  Saya tahu abang tak dapat lupakan Lili lagi kan?” Quratul melakarkan senyuman pahit.  Pahit untuk menerima.
“Apa yang awak merepek ni?” sedaya-upaya dia cuba untuk menjaga hati Quratul.  Dia tak nak hati Quratul terguris sekiranya dia menjawab benda yang tak sepatutnya.
“Saya tak merepek abang.  Naluri saya sebagai isteri saya dapat tahu yang abang memang masih mengharapkan Lili.  Tak apa, saya tak marahkan abang pun.  Yelah, hati ni mana boleh dipaksa kan?”
“Awak…berhenti cakap yang bukan-bukan? Abang sayangkan awak…mana mungkin abang akan kahwin dengan Lili kalau jodoh abang sebenarnya dengan awak?”
Quratul mengoyakkan senyumannya.  Sememangnya kalau isteri yang lain suaminya berkata begitu, memang indah tapi bagi aku? Aku tahu kasih sayangnya hanya untuk sementara.  Tapi, sejujurnya aku turut bahagia.
“Tak apa abang.  Saya izinkan kalau abang nak bersama dengan Lili.  Lagipun cinta kan tak boleh dipaksa?” Quratul membaringkan badannya.  Rasa letih mula menjalar seluruh badannya.
“Saya tidur dulu? Abang pergilah sambung kerja abang.  Nanti kalau tak siap, abang kehilangan projek pulak,” kata Quratul lalu mula memejamkan matanya.  Badan yang terasa letih membuatkan cepat sahaja dia lena.
Saya mintak maaf Quratul sekiranya perbuatan saya selama ni menyakitkan hati awak.  Saya tahu saya salah.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now