Bab 20

17.1K 529 10
                                    

Lili kembali menjejakkan kakinya ke universiti yang sudah ditinggalkan lamanya. Selepas sebulan, dia kembali ke universiti ini. Bukan untuk menyambung belajar kembali tapi untuk berhenti dari belajar. Aku tak boleh belajar di sini lagi.
Selepas berurusan dengan dekan, dia berkira-kira untuk melangkah pergi. No Lili! No! Kau jangan berharap langsung terhadap dia! Lupakan dia buat selama-lamanya Lili!
"Lili!" suara perempuan melaung namanya. Lili memandang sekeliling. Siapa pulak panggil aku? Takkan Batrisya pulak? Sejak pulak suara Batrisya ayu macam tu?
Ada seorang perempuan menghampirinya. Nampak ayu sahaja di matanya. Siapa pulak dia ni? Dia mengamati perempuan tersebut. Ok, aku tak kenal.
"Lili...saya Quratul. Isteri kepada Faliq...kawan baik awak?" ujar Quratul memperkenalkan dirinya.
Oh...jadi inilah Quratul? Hmmm...memang sesuai dengan Faliq. Dengan gaya ayu dan lemah lembut dia ni, memang sesuai dan sepadan.
"Ya? Ada apa ya?" ada pulak Quratul nak jumpa aku? Dia ada masalah apa pulak dengan aku?
"Saya nak cakap dengan Lili kejap boleh?" sudah! Dia ni nak serang aku ke apa? Tolonglah! Aku tak bersalah!
"Ada apa ye? Saya nak kena cepat sekarang ni," aku tak naklah kalau tiba-tiba terjumpa pulak dengan Faliq.
"Saya nak tanya kalau awak sebenarnya ada perasaan terhadap suami saya?" amboi...ganasnya pertanyaan dia?
"Saya? Buat apa saya nak ada perasaan kepada seorang lelaki yang dah menjadi seorang suami sekarang ni? Lagipun saya ni bukannya siapa-siapa kepada Faliq."
Sah! Dia memang sukakan suami aku. Tak dapat dinafikan lagi.
"Kalau awak sukakan suami saya, saya boleh izinkan awak dengan suami saya..."
Lili mengerutkan dahinya. Matanya membulat. "Awak dah gila ke apa? Saya ni masih waras Quratul. Mana mungkin saya akan bersama dnegan suami awak. Saya dengan Faliq hanya berkawan baik sahaja. That's it. Tak ada apa yang lebih..." mana ada isteri sanggup dimadukan. Pelik betul Quratul ni.
"Tapi..."
"Lili!" tiba-tiba suara Faliq kedengaran. Lili yang terpandang Faliq terus melarikan diri secepat mungkin.
Faliq pula terus mengejar Lili tanpa menghiraukan Quratul yang sedang menyaksikan adegan mereka. Lili sekali-sekala menoleh ke belakang. Nak pastikan yang dia berada jauh dari Faliq.
Faliq pula terus mencapai tangan Lili membuatkan larian Lili terhenti. Tubuh Lili berpusing menghadap Faliq.
"Apa kau ni?! Hey! Lepaslah! Kau gila ke apa? Isteri kau ada kan?!" suka hati dia je nak buat macam ni.
"Sekarang ni, aku nak tanya kau. Kenapa kau berhenti dari belajar?" semestinya Lili akan terkejut dengan pertanyaan Faliq. Macam mana dia tahu.
"Kau tahu mana?! Kau mengintip?!" isy dia ni! Dah ada bini masih sibuk dengan hal aku. Debik kang?!
"Tak kisahlah semua tu! Yang sekarang ni, kenapa kau berhenti?! Why Lili?!"
"Sakitlah woi! Lepaslah!" Lili merentap tangannya dari tangan Faliq. Kejap lagi merah tangan aku.
"Apa masalah kau sebenarnya Lili sampaikan kau kena berhenti belajar?"
"Tak ada apa-apalah! Kau jangan sibuk Faliq! This is none of your business! Kau jaga bini kau elok-elok! Jadi, lepas ni jangan kacau aku lagi Faliq."
"Apa yang kau merepek ni Lili?! Walaupun aku ni dah kahwin, kita masih boleh berkawan like always? Takkan sebab aku dah kahwin, kau kena pergi jauh dari aku?"
"Faliq! Sekarang ni, mana penting bagi kau? Aku atau isteri kau, Quratul? Mestilah Quratul kan sebab dia dah jadi isteri kau! Aku ni kawan je dengan kau. Jangan layan aku lebih dari Quratul. Aku tak suka kalau kau mainkan perasaan dia!" tegas bicara Lili.
"Apa pulak ni Lili? Bila masa aku mainkan perasaan dia?" sudah! Aku buntu sekarang ni.
"Sekarang ni. Hey! Kau kejar aku depan bini kau. Kau sanggup kejar aku dan kau langsung tak hiraukan isteri kau yang tengah tengok tadi. What do you want me to expect for? Happy?"
"Ok...aku tahu tapi aku tahu Quratul tak kisah semua tu..."
"Tak kisah kau cakap?! Hey! Dia tu isteri kau! Dan semestinya dia akan kisahkan kau! Dia akan sayang kau selama-lamanya! Ya Allah! Aku tak tahulah apa yang ada dalam otak kau sekarang ni Faliq!"
"Dalam otak aku sekarang ni ada kau. Aku tak boleh kalau kau menghilang macam tu je!"
"Kau gila ke apa Faliq?! Sudahlah! Kau memang dah mental sebenarnya! Sah! Kau memang mentel! Aku kena pergi sekarang..." Lili melangkah pergi namun tangannya diraih kembali.
"Apa ni Faliq?! Lepas! Aku kena pergi!"
"Kau nak pergi mana?!" mata Faliq tajam menikam matanya.
Argh! Aku tak boleh tewas dengan mata dia! Tangannya direntap kasar dari pegangan Faliq. "Ikut suka hati akulah nak ke mana pun! Yang kau sibuk sangat pehal?! Sekarang ni kau pergi balik dekat bini kau."
"Sampai hati kau tinggalkan aku?" suaranya disayukan.
Alah! Ni yang aku lemah ni! Tak! Kau tak boleh lemah! Kau kena kuat! "Apa pulak aku? Aku tak ada kena mengena dalam hal kau ni!"
"Kenapa kau tak datang majlis aku?"
Sudah! Dia ungkit pulak! Isy!
"Kenapa?" soal Faliq tak puas hati.
"Dah tak ada rezeki nak datang. Nak buat macam mana? Aku pergi dulu!" cepat-cepat dia melangkah pergi ke keretanya.
"Lili! Lili!" panggilannya tak diendahkan. Lili masuk ke dalam kereta lalu memandu keretanya pergi meninggalkan kawasan universiti.
"Sampai hati kau Lili..." entah kenapa hatinya merasa sesal apabila Lili pergi macam tu sahaja. Ada kelainan yang dirasanya sekarang. Aku harap aku dapat jumpa kau balik Lili suatu hari nanti.

Promote :

1) Buah Hati Saya En. Ustaz
By: Sigadisnovel

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now