Bab 43

14.4K 385 2
                                    

Adya melangkah masuk ke dalam pejabat Faliq bila dirinya dipanggil.  Kalau tak kena panggil, takkan aku nak masuk pulak kan? Adya berdiri di hadapan Faliq.

“Ok Adya…how about this evening? Saya ada meeting dengan sapa-sapa tak?”

“Tak ada…kenapa? Bos nak buat jamuan besar-besaran ke?” usik Adya.  Sudah lama rasanya dia tak melihat Faliq dalam keadaan senang dan tenang begini.  Adalah tu yang kena dengan hati dia.

Hesy kamu ni Adya.  Ada pulak cakap macam tu? Perli saya ke apa?” balas Faliq sambil menyusun fail yang sudah disemaknya.

Adya tertawa kecil.  “Tak adalah bos.  Mana ada saya perli.  Yelah, tengok bos tersenyum senang macam ni, make me feel curious.”

“Senyum pun salah? Ok, sebenarnya saya panggil awak ni ada hal sikit.  Saya baru dapat tahu dari bahagian pemasaran yang ada tender besar masuk.  So, saya nak awak kumpulkan semua staf di bilik mesyuarat hari ni ya? Saya ada benda sikit nak cakap…”

Adya mengangguk kecil sambil mencatat sesuatu di bukunya.  “Ada apa-apa lagi bos?”

“Tak ada…yang itu ja.  Oh ya, lagi satu ialah tender tu akan bermula hari ni dan saya nak semua staf bekerja keras kerana tender tu perlu disiapkan dalam masa seminggu sahaja.”

“Baik bos.  Anything else?”

No…yang tu je…” Adya mengangguk sebelum melangkah keluar dari pejabat Faliq.  Dia membuat seperti yang disuruh.

“KAU sure ke dengan keputusan kau?” soal Batrisya bila mendengar pengakuan dari Lili.  Memanglah benda yang jadi tu tak boleh dipandang remeh, tapi aku sangsi dengan keputusan Lili.  Kadang-kadang minah ni bukannya betul sangat.

“Kau nak suruh aku buat apa lagi Bat? Itu je jalan yang ada demi menyelamatkan maruah Pak Cik Syed,” Lili mengeluh sebentar.
Batrisya turut mengeluh sama.  Kalau aku ada di tempat Lili, aku pun naik jadi bengong jugak.  Yelah, antara kehendak hati dan maruah yang akan tercalar? Kau rasa? Kau nak pilih yang mana?

“Habis tu, macam mana dengan Faliq, Pak Cik Syed?”

“Faliq tu kau tahulah kan macam mana reaksi dia.  Pak Cik Syed pulak dia pun mengharap benda yang sama.  Tapi, bila aku cakap aku nak kahwin dengan Faliq, dia agak tercengang jugaklah.”

Perkahwinan atas dasar kerelaan hati.  Tapi, hati aku rela ke nak kahwin dengan Faliq? Rela ke kau?  Hmmm…yang tu aku tak pasti.  Tapi, apa yang aku pasti sekarang ni ialah aku buat semua ni demi Pak Cik Syed dan Damia. 

“Ikut kaulah Lili.  Aku sokong kau dari belakang.  Tapi, ingat! Kalau Faliq buat hal lagi macam dulu, kau cakap je dekat aku.  Biar aku cangul kepala dia dengan cangkul tokwan aku!”

Lili ketawa.  Lawak bodoh! “Buat apa cangkul tokwan kau? Entah reput ke tidak lagi!”

“Eh! Cangkul tokwan aku masih gagah macam dia sekarang ni ok!” Lili mencebik.  Meluat gila dengan fakta sampah dia.

“Dahlah dengan tokwan kau tu.  Masalah aku sekarang ni lagi buntu tau!”

“Eh? Aku ingatkan kau dah buang jauh-jauh dari otak kau tu?” tiba-tiba pulak nak melebih ni?

“Memanglah tapi masalahnya orang yang aku nak kena kahwin tu bernama Syed Umar Faliq ok? Syed Umar Faliq Dato Sri Syed Baharudin.  Kau rasa?”

“Aku rasa apa? Aku rasa tenang je.  Kau tulah yang gelabah tak tentu pasal…”

Pantas tangan Batrisya ditampar kuat.  Aku serius dia main-main pulak? “Eii! Kau ni kan! Aku tengah serius! Memang patutlah kau dengan Izzul sepadan! Sama-sama loyar buruk!”

Batrisya menggosok tangannya.  Boleh tahan keras tangan minah ni.  Sakit siot dia tampar tangan aku. 

“Apa kena mengena aku dengan Izzul
pulak?”

“Yelah! Sama-sama suka buat loyar buruk! Ceh!”
Batrisya mencebik.  “Kau nak kenakan aku dengan Izzul pulak.  Hal kau pun kau tak settle lagi.”

Lili menyepikan diri.  Tak kuasa nak balas.  Kalau aku balas, ada saja si Batrisya ni nak menokok tambah!

“SERIUS kau? Dulu dia cakap dia tak sukalah apalah!” Izzul melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan.

“Yang ni aku memang nak kena balik KL.  Nak jumpa dengan Lili face to face.  Macam tak percaya weyh dia nak kahwin dengan Faliq.  Amazing gila kot!” dia tergelak kecil membayangkan Lili membuat keputusan.  Tersangatlah lawak!

“Taklah…aku gelaklah sebab aku rasa lawak kot? Sapa cakap tak lawak bila dengar Lili yang bagi keputusan? Fulamak! Sensasi!” ni kalau dengar dek Lili ni, mampus telinga aku kena tarik.

“Aku rasa aku nak balik KL hari Sabtu nilah.  Aku nak jumpa Lili.  Nak dengar dari mulut ke telinga.  Kalau dia mengaku depan aku, memang aku tabik spring!” fuh! Nasib baik aku tak cirit dengan berita ni.

“Mana ada aku mengutuk dia Bat! Aku just terlebih excited ok? Aku pun rasa tak percaya.”

“Yelah, selama ni kalau orang desak macam mana pun dia akan tolak.  Ini pulak?” ada kelainan di situ.

“Oh…sebab nak selamatkan nama Dato Sri dari tercalar?” macam tu pulak? Tapi, aku rasa Dato Sri tu ok je.

Hmmm yelah kan? Nak buat macam mana? Kalau nama Dato Sri tercemar, apa pulak kata orang kan?” susah jugak kalau dah berkenalan dengan orang ternama ni.  Even dengan anak orang ternama pun.  Macam batu hempap kepala.

“Oklah Bat.  Nanti kita sambung lain.  Aku nak makan dulu.  Kejap lagi aku ada kelas.” panggilan diputuskan.  Telefon diletakkan di atas meja.  Boleh tahan panas telinga aku ni.  Ada jugaklah nak dekat setengah jam aku bergosip dengan Batrisya ni.

“Kau cakap apa lama sangat? Menggayat dengan makwe?” sampuk Riz bila Izzul bersedia untuk makan selepas doa makan dibaca.

Isy kau ni.  Apa pulak makwe? Aku ni manalah ada makwe.  Lainlah kau Riz.  Berkepuk-kepuk nakkan kau.”

“Eleh! Nak kenakan aku pulak? Kau pun apa kurangnya?” balas Riz.  Saja nak kenakan aku.

Izzul tersengih sedikit.  “Aku tak naklah main makwe-makwe ni.  Lagipun, yang call tadi kawan lama aku dari kampung.  Ada cerita sensasi pasal kawan perempuan aku jugak.”

Wooo…boleh aku nak join sekali?” pinta Riz tanpa segan-silu.  Cap Riz ditampar kuat.  Nasib baik cap tak jatuh masuk dalam nasi.

“Dasar pompuan! Kau ni kalau bab bergosip, kalah perempuan kan?” Izzul menggeleng.

Riz mencebik.  “Eleh, aku nak dengar je pun.  Bukannya nak menyibuk.” nak tahu sikit pun tak boleh.

“Sibuk jaga zip orang je! Makan!” Izzul menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

“Yelah! Kedekut!” Riz buat muka masam.  Ingat laku sangatlah tu.  Muka pun macam Pontianak.  Kalau Pontianak tengok pun dia lari.  Dasar lelaki zip baju!

Tapilah kan, serius ke si Lili ni? Kenapa aku rasa macam dia serius eh? Yelah, ada hari dia kira nak berlawak je.  Ke Faliq ugut dia? Isk…tak mungkinlah! Kalau Faliq ugut dia, dia mesti melawan balik sebab aku tahu Lili takkan mudah mengalah macam tu je.

Tapi ikut kata Batrisya, Lili takut nama Dato Sri Syed Baharudin tercemar disebabkan hari tu.  Aku rasa ada betul jugak.  Lili ni sejenis yang fikirkan masa hadapan orang jugak.  Yelah, kalau bukan sebab Dato Sri Syed Baharudin, takkanlah dia nak setuju kahwin dengan Faliq macam tu je kan?

Tak apalah.  Aku balik KL Sabtu ni.  So, aku boleh tahu perkara yang sebenarnya.  Nak dengar betul-betul dari mulut Lili.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now