Bab 34

14.4K 432 1
                                    

“Ada apa-apa yang berkumpul di sini?” Dato Sri Syed Baharudin memandang setiap pekerja dari department yang berbeza.  Ada mesyuarat tergempak ke? Ke ada tender besar masuk?

Kalau ada tender besar masuk, kenapa aku tak tahu apa-apa pun? Dia memberi isyarat kepada Adya supaya menghampirinya.

“Ada apa Tuan Syed?” soal Adya penuh prihatin.  Dia tahu mesti Dato Sri Syed Baharudin pelik melihat hampir keseluruhan staf berkumpul di bilik mesyuarat.

“Apa yang jadi ni?” matanya meliar mencari kelibat Faliq.  Apa lagi yang anak aku ni nak buat?

“Saya pun tak tahu Tuan Syed.  Tapi, semua staf berkumpul di sini pun di atas arahan Encik Faliq.  Dia mintak kami berkumpul di sini.  Katanya ada pengumuman penting yang nak dibuat…”

Kata-kata Adya sudah memberi penjelasan kepada pertanyaannya tadi.  Dia tahu apa yang Faliq ingin katakan.  Semestinya waktu begini Lili ada di pejabatnya.

“Adya, saya nak kamu cakap dekat semua staf Faliq tak jadi buat pengumuman ok? Saya ada hal nak cakap dengan Faliq.”

“Baiklah Tuan Syed…” senang sahaja dia mengikut arahan Dato Sri Syed Baharudin.  Lagipun arahan tuan besar haruslah dipatuhi.

Dato Sri Syed Baharudin tanpa mengetuk pintu terus melangkah masuk ke dalam pejabat anaknya.  Faliq agak terkejut dengan kehadirannya.  Begitu juga dengan Lili.

“Walid?”

“Lili…boleh pak cik mintak Lili keluar kejap?” pinta Dato Sri Syed Baharudin lembut.  Lili mengangguk lalu membawa Damia keluar dari pejabat Faliq.

Selepas memastikan pintu pejabat Faliq ditutup rapat, matanya memandang Faliq dengan pandangan tegas.  Kali ini anaknya betul-betul melampau.

“Apa yang Faliq cuba buatkan sekarang ni?! Faliq ingat benda macam ni main-main ke?!”

“Apa yang Faliq main-mainnya walid? Yes! Faliq nak buat pengumuman yang Faliq nak kahwin dengan Lili!” tanpa berselindung, dia membuka cerita.

“Faliq! Walid dah cukup masak dengan perangai kamu dan walid tak suka dengan perangai kamu yang sekarang ni! Terlampau mengikut kata hati sendiri tanpa memikirkan kata hati orang! Faliq ingat Lili tu apa?! Mainan?!”

“Walid, salah ke Faliq nak balik cinta hati Faliq? Salah ke walid?! Lagipun, Lili tu yang keras kepala!”

“Dia ke kamu, Faliq?! Sudahlah Faliq.  Walid dah letih dengan perangai kamu.  Dulu kamu tak macam ni.  Sekarang, kamu dah terlampau berubah.  Walid faham kamu masih cintakan Lili tapi tak bermaknanya kamu boleh paksa dia macam tu.  Fikirlah dia sama.  Dia tersepit antara kamu dengan arwah Quratul.  Kalau kamu sayang Lili, kamu takkan buat dia macam ni!” sudahnya dia tak mampu berdiam diri. 

Tak tahan lagi dengan perangai anaknya sendiri.  Makin lama makin agresif nak buatkan Lili menjadi miliknya.

“Walid…”

“Dah Faliq! Walid tak nak benda macam ni berulang lagi.  Sudahnya kamu ikat dia dengan syarat kamu yang langsung tak masuk akal.  Walid tak fahamlah kenapa mesti kamu buat macam tu pada Lili.”

“Liq terpaksa walid.  Kalau Liq tak buat macam ni, Liq tak tahu apa perasaan dia dekat Liq.”

“Dengan cara memaksa? Liq jangan lupa dia masih mempunyai keluarga di Terengganu.  Kalau Liq buat macam ni, apa kata keluarga dia nanti? Walid tahu keluarga dia memang mengenali kamu tapi tak semestinya kamu ada hak nak buat macam ni!”

Faliq terdiam.  Tidak sangka perbuatannya selama ini mengundang kemarahan walidnya sendiri.  Dirasakan selama ini walid tidak pernah kisah dengan perbuatannya.

Suri Hati Syed FaliqWhere stories live. Discover now