Dato Sri Syed Baharudin menghampiri anaknya. Sudah 8 bulan anaknya mendirikan rumah tangga tetapi apa yang dia nampak ialah tiada kebahagiaan langsung. Faliq dengan dunianya sendiri dan begitu juga dengan Quratul. Dia tahu dalam hal ni bukan Quratul yang salah tapi ada benda yang tak kena dengan anaknya sendiri.
Bahu anaknya dipegang lembut demi tak terkejutkan anaknya yang sedang mengelamun sambil melihat ikan koi yang berenang-renang dalam kolam tersebut.
“Faliq…” panggilnya lembut. Faliq pula meraup mukanya bila tersedar walid duduk di tepinya.
“Ya…ada apa walid?” bila masa pulak walid duduk tepi aku ni? Tak sedar pulak aku.
“Liq dah dirikan rumah tangga 8 bulan lepas…tapi sampai sekarang walid tengok Liq langsung tak endahkan Quratul. Ada apa-apa yang tak kena ke?” dia cuba mengetahui apakah rahsia yang anaknya sembunyikan.
“Kenapa walid cakap macam tu? Liq dengan Quratul bahagia je selama ni…” sedaya-upaya dia cuba menyembunyikan rasa hatinya. Mana boleh aku bagitahu walid. Silap hari bulan, dia marahkan aku.
“Liq jangan tipu walid. Walid tahu ada yang tak kena antara kamu berdua. Walid tahu ada sesuatu yang Liq dengan Quratul cuba sembunyikan. Tapi Liq kena ingat yang sekarang ni Quratul tengah mengandung. Mengandungkan anak Liq. Jadi, Liq kena layan dia baik-baik. Tak baik buat dia macam mana Liq buat sekarang ni…” tak naklah disebabkan apa yang bersarang dalam kepala anaknya, rumah tangga yang dibina akan musnah.
“Walid…” Faliq berhadapan dengan walidnya. Rasanya tak mampu dia memendam semua ini lagi. “Liq dah tak tahan lagi walid. Liq rasa Liq tak mampu nak tahan semua ni lagi…”
“Apa maksud Liq ni? Apa yang ada dalam fikiran Liq sekarang ni. Liq boleh cerita dekat walid,” risau pulak tengok muka anaknya yang tiba-tiba keruh.
“Liq…Liq…Liq teringatkan Lili…Liq dah cuba cari dia walid tapi tak ada. Batrisya pun tak tahu dia ke mana…”
Dato Sri Syed Baharudin agak kurang senang bila anaknya sebut pasal Lili. Bukannya dia tak sukakan Lili tapi masalahnya dia asyik teringatkan Lili sampaikan tanggungjawab dia terhadap Quratul pun terabai.
“Apa yang Liq cakap ni? Kenapa Liq masih ingatkan Lili? Lupakan Lili. Sekarang ni Liq kena tumpukan perhatian sepenuhnya kepada Quratul. Pasal Lili, Liq kena lupakan.”
“Walid…masalahnya Liq tak mampu lupakan dia walid. Baru Liq sedar yang sebenarnya Liq cintakan dia…”
“Liq! Liq sedar tak apa yang Liq cakapkan ni? Kalau Quratul dengar ni, kecik hati dia Liq! Lagipun, Liq dah beristeri. Walid tak ajar Liq curang dengan isteri Liq. Liq jangan nak buat perangai ya?” Dato Sri Syed Baharudin mula rasa tak tenang. Kalau anaknya buat perangai, apa yang dia nak cakap dengan keluarga besan dia nanti?
“Walid…Liq tak boleh walid. Liq kena jumpa jugak dengan Lili. Sampai bila Liq nak pendam perasaan Liq ni walid kalau Liq langsung tak rasa bahagia!”
Menitis air mata Quratul mendengarnya. Ayat terakhir yang keluar dari mulut Faliq amat menusuk hatinya. Sakit. Selama ini dia tak pernah bahagia dengan aku. Kalau betul dia tak bahagia dengan aku, kenapa masih dia simpan aku?
Memang aku tak kisah kalau dia mempunyai perasaan terhadap Lili tapi sekurang-kurangnya jagalah sedikit perasaan aku yang dah menjadi isteri dia selama 8 bulan ini. Tak ada langsung ke dalam hati perasaan sayang terhadap aku?
Betullah kata orang. Cinta waktu muda ini hanyalah sekadar cinta monyet. Tak matang lagi. Tak faham apa itu erti pengorbanan dan tanggungjawab. Perutnya yang membuncit diusap perlahan. Tak apa…aku akan kuat demi anak aku. Kalau aku tak ada suatu hari nanti, aku yakin yang Faliq mampu jaga anak aku.LILI duduk di kerusi warung tersebut. Huh…perut ni tetiba pulak rasa lapar. Daripada berlapar, baik aku singgah kejap warung ni. Isi perut yang tengah lapar.
“Nak makan apa?” tanya salah seorang budak perempuan.
“Emmm…bagi saya kuey teow satu dengan milo ais…” perempuan itu hanya sekadar mengangguk lalu pergi dengan menu yang dipesannya.
Telefon dibawa keluar. Nombor ibunya didail. Panggilan berjawab. “Assalamualaikum ibu…”
“Ibu sihat?” dengar suara ceria macam tu, aku yakin ibu tengah sihat sekarang ni. Dengar riuh suara anak buahnya tahulah dia yang kak long ada bersama dengan ibu.
“Alhamdulillah…Lili sihat. Ibu dah makan?”
“Lili baru je nak makan. Ibu…Lili teringinlah nak makan masak lemak ibu. Boleh tak ibu masakkan untuk Lili?”
“Lah…bukannya Lili nak suruh ibu datang Negeri Sembilan pun. Hujung minggu ni Lili balik. Boleh?”
“Yes! Sayang ibu! Tak apalah ibu. Lili nak makan kejap. Ibu kalau sakit ke apa, kak long tak ada call Lili cepat-cepat tau!”
“Mana boleh tak ingat dekat ibu! Ibu ni…suka cakap macam tu tau!”
“Hmmm yelah…assalamualaikum…” Lili memutuskan talian selepas salamnya dijawab oleh ibunya.
Rasa rindu pulak dengan ibu. Lagipun, dah lama aku tak jenguk kubur abah. Entah-entah dah berumput bin lalang dah kubur abah tu.
Makanan yang dipesan dihidang di atas meja. Lili mengucapkan terima kasih sebelum perempuan tersebut pergi meninggalkannya.
Lili menjamah kuey teow miliknya. Perut yang sedang lapar tak elok dilengah-lengahkan untuk masuk makanan. Nanti lain pulak yang jadi.
Izzul menapak ke arah warung bersama kawannya. Dia duduk di meja kosong sementara menunggu kawannya membuat pesanan pada mak cik yang menggoreng mi goreng tersebut.
Izzul perasan kehadiran seseorang di situ. Lili ke dia tu? Serius ke Lili? Tapi, kalau betullah Lili, dia buat apa dekat Negeri Sembilan ni? Bukan ke sepatutnya dia masih di university sekarang ni?
“Riz, kejap eh? Aku nak pergi dekat perempuan tu kejap…”
“Kau nak buat apa? Nak mengorat?” kata Riz sambil tersenyum nakal.
“Isy! Ada pulak aku nak ngorat dia. Dia kawan sekampung akulah. Kejap eh?” Riz cuma mengangguk. Izzul bangun lalu menghampiri Lili yang sedang menjamah makanannya.
“Lili?” tegurnya tanpa ragu-ragu.
Lili yang sedang ralit makan makanannya, terhenti bila ada suara lelaki menegurnya. Aduh! Mamat mana pulak datang mengorat aku ni? Sudu dan garfu diletakkan lalu dia menoleh ke sebelah. Matanya membulat bila mamat tersebut adalah Izzul.
“Weyh! Izzul! Kau Izzul kan?” suara Lili gembira.
“Weyh! Aku pun tak sangka kau ni Lili! Kau buat apa dekat sini?” soalnya sambil dia menarik kerusi lalu duduk berhadapan Lili.
“Aku buat apa dekat sini? Aku kerjalah.”
Izzul mengerutkan dahinya. Kerja? Bukan dia ni belajar lagi ke? “Serius kau? Kau tak belajar dekat uni ke? Kalau tak silap aku, kau satu uni dengan Bat kan?”
“Ha arrr tapi aku berhenti. Aku datang ke sini…”
“Kenapa kau datang sini? Ada masalah ke?” dengar ayat Lili ni macam lain je? Ada benda yang tak kena ke?
“Tak ada apalah Izzul. Aku saja nak rilekskan diri. Lagipun, aku rasa belajar tu…hmmm aku tak berapa minat. Lagipun bisnes. Aku tak suka bisnes,” jawapan yang diberikan Lili agak meragukan Izzul. Dia cuba sembunyikan sesuatu dari aku ni.
“Kau sorok sesuatu dari aku ni Lili. Cuba kau cerita dekat aku benda yang sebenarnya…lagipun kalau tak silap aku jugaklah kan kau satu uni dengan Faliq. Satu bidang dengan Faliq…”
“Macam mana kau tahu ni?” haih…mesti ada yang jadi reporter tak berbayar ni. Batrisya lah ni!
“Aku tahu mana tak penting Lili. Cuma, aku pelik. Kenapa tiba-tiba eh? Batrisya kata kau baru je beberapa bulan. Kau dah nak berhenti. Kau ada masalah dengan Faliq?”
Dia ni macam tahu-tahu je yang aku ada masalah dengan Faliq. Tapi, pasal tu aku dah lupakan sebenarnya. Aku tak nak ingat apa-apa pun.
“Kan? Betul kan? Apa yang Faliq dah buat dekat kau sampaikan kau lari ke Negeri Sembilan ni?” Izzul tidak berputus asa nak korek cerita. Dia ingin dengar dari mulut Lili sendiri.
“Tak ada apa-alah Izzul…aku tak nak cakap pasal ni pun…” aku baru je dapat nak lupakan Faliq tapi si Izzul ni bagi aku ingat balik dekat si Faliq tu. Huh! Sia-sia je pengorbanan aku ni.
“Aku tahu Faliq dah kahwin. Dia kahwin dengan orang satu uni dia jugak. Kau tak boleh nak terima hakikat kan? Lili…kau tak boleh nak bohong aku. Aku tahu cerita kau luar dalam. Apa yang kau nak tipu aku Lili?” semua cerita ni dia dapat dari Batrisya.
“Ini mesti Bat bagi tahu kau kan? Kalau tak, macam mana kau boleh tahu pasal cerita aku ni…” Bat!!! Kau ni memanglah! Semua nak cerita dekat Izzul.
“Lili…aku ni kawan kau. Tak ada salahnya kalau aku tahu cerita kau. Tak ada salah pun. Kau kalau ada masalah apa-apa, kau boleh je cakap dekat aku. Aku boleh tolong kau.”
“Apa yang kau boleh tolong aku Izzul? Faliq dah jadi hak milik orang lain. Aku tak nak kacau hubungan diorang dan aku tak nak disebabkan aku jugak rumah tangga diorang musnah. Sebab tulah aku datang ke sini. Aku nak bagi ruang kepada Faliq dan Quratul…” ceritanya bersama keluhan yang tak terlepas dari bibirnya.
“Faliq tahu perasaan kau terhadap dia?” Lili menggeleng kecil. Gliran Izzul pula yang melepaskan keluhan.
“Sebab tulah Faliq pilih Quratul…kau sepatutnya bagitahu dia awal-awal,” nak pendam buat perkasam ke apa?
“Kau ni otak sengal sama macam Bat kan? Aku ni perempuan kot? Malulah aku!”
“Kau yang sengal sebenarnya Lili. Tak cakap terus-terang yang kau sukakan dia. Aku rasa, kalau rasa mal utu mengatasi segalanya, kita takkan dapat apa-apa. Apa yang kita nak pun takkan dapat,” sikit lagi aku nak ceramahkan si Lili ni.
“Quratul tu baik orangnya Izzul. Sebab tu aku pergi jauh dari sini. Kalau Quratul tu ada niat yang lain, dah sah-sah aku akan rampas Faliq dari dia. Mana mungkin aku nak biarkan Faliq merana hidup dengan perempuan gila.”
Lili…Lili…kau ni terlampau menjaga perasaan orang sampaikan perasaan kau sendiri kau abaikan?
“Kenapa kau abaikan perasaan kau? Kenapa kau nak biarkan hati kau terus terluka?”
Lili menyedut air milo aisnya. Rasa yang lapar serta-merta hilang bila perihal Faliq dibicarakan. Sejujurnya, aku pun tak tahu nak jawab soalan Izzul.
“Aku cuma nak tengok dia bahagia dengan Quratul. That’s it. Kalau aku bagitahu Faliq waktu tu, dah sah-sah Quratul akan terluka. Aku jugak yang akan dapat dosa kalau masjid yang diorang baru bina tu runtuh.”
“Memang bagus kau concern perasaan orang lain tapi perasaan kau? Sapa ambik peduli Lili? Siapa? Faliq tak tahu and no one knows your heart! Kalau macam nilah kan, baik aku je yang jadi suami kau,” sempat lagi nak buat lawak bodoh.
“Eleh! Kau nak suruh aku gelaklah ni? Izzul…kalau nak buat lawak pun biarlah berasas sikit.”
“Aku tak main-main ok. Lili, this is Izzul Zaim! Aku tak pernah main-main ok. Kalau nak main-main, aku pergi taman permainan.”
Hak alah…ni nak kata cinta bersemi di warung ke ni? Izzul ni pun agak-agaklah nak buat lawak bangang dia tu.
“Daripada aku pilih kau, baik aku pilih Faliq…”
“See? Got you! Kau tak boleh lupakan Faliq pun sebenarnya…”
Alamak Lili! Yang kau pergi melepas kenapa? Kan Izzul dah tahu. Hmmm…ini buatnya Izzul bagitahu Faliq macam mana?
“Apa? Aku just buat perbandingan je…”
“Eleh! Yelah tu perbandingan AJE! Kau ingat aku tak tahu otak kau ni Lili? Aku dah masak dengan perangai kau. Sudahlah tu tipu diri sendiri. Bukannya dapat apa pun Cik Lili…”
“Izz! Makanan dah nak sejuk pun ni. Sudahlah tu sembang. Makan dulu! Kejap lagi sambung!” laung Riz yang sudah pun habis makan makanannya.
“Kejap!” dia kembali memandang Lili. “Aku harap kau tak pendam apa yang kau rasa buat selamanya. Kalau ada peluang, jujur terus dengan Faliq sebab aku tahu Faliq pun ada perasaan terhadap kau.”
Usai berkata, Izzul kembali ke arah kawannya. Lili pula terdiam seribu kata. Faliq? Ada perasaan dekat aku? Mustahillah! Mana mungkin dia akan sukakan aku kalau sebenarnya dalam hati dia tu ada Quratul. Hesy! Merepek je Izzul ni.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...