Lili menghampiri Faliq yang tekun memandang skrin laptop nya.
Agaknya dia busy ke tak eh? Kalau dia busy, aku tak naklah kacau dia. Habis tu, kalau dia tak busy, kau nak kacau dialah?Eh otak! Sampai ke situ pulak yang kau fikir eh? Mana ada aku nak kacau dia! Yelah, aku ni prihatin orangnya. Tak naklah mengganggu ketenteraman dia. Manalah tahu dia tak nak diganggu?
Faliq perasan kehadiran Lili di muka pintu. Dia menoleh memandang Lili yang tercegat di hadapan pintu. Dah kenapa dia ni? Gelisah tak tentu pasal?
“Dah kenapa kau jadi patung dekat situ? Kalau nak cakap dengan aku, cakap jelah…”
See? Dia tak busy lah Lili! Kau tu yang emo lebih sangat! Lili perlahan-lahan mengatur langkah menghampiri Faliq yang sedang menaip sesuatu pada laptop nya.
“Err…aku ada benda nak cakap dengan kau, boleh?” pinta Lili perlahan.
“Kalau ye pun, duduklah dulu…” arah Faliq. Lili cepat-cepat menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Faliq. Matanya memandang Faliq kejap sebelum lari ke arah kolam ikan yang berada di tepi mereka.
“Ada apa kau nak cakap dengan aku?” soal Faliq sambil matanya tertumpu pada kertas kerja. Sambil cakap, sambik buat kerja.
“Errr…pasal hari tu. Yang kita kena tangkap…” Faliq memandangnya tajam. Terus lidah Lili terkelu. Aku salah timing ke? Dahlah mata dia pun tajam semacam je!
“About that day? Sejak bila kau suka nak cakap pasal tu?” soalnya tegas membuatkan dada Lili lagi bertambah kencang.
Isy Lili! Dah kenapa kau nak lemah pulak ni? Kau sepatutnya kena kuat! Ini kan keputusan kau?
“Errr…kenapa? Aku dah dibuang hak untuk tidak bercakap pada masa yang lepas ke?” soalnya kembali.
Faliq mengukir senyuman kecil. “Setahu akulah kan? Lili depan aku ni tak suka nak cakap benda yang dah lepas. So why now dalam keadaan yang tiba-tiba, kau nak cakap pasal ni?”
Lili mengetap bibirnya. Tak guna betullah Faliq ni! Dia nak kenakan aku rupanya! Kurang ajar betullah dia ni!
“So, kalau kau tak nak dengar, I should go. Sorry for interrupt you…” Lili mengangkat punggungnya namun pantas ditegah oleh Faliq.
“Ok, ok…aku mintak maaf ok? Aku gurau je. Kau ni cepat sentap sangat!”
Memanglah! Kau ingat aku suka sangat nak cakap pasal ni?! Kalau tak fikir pasal walid kau, manalah mahu aku nak buat keputusan dan kata-kata yang membuatkan aku rasa nak naik darah tinggi.“So, apa yang kau nak cakap?” pandangan Faliq kembali tertumpu pada skrin laptop.
“Aku nak cakap pasal hari tu. Aku dah buat keputusan,” lancar sahaja percakapannya.
Pandangan Faliq terus tertumpu kembali pada Lili. Is she kidding me?!
“Kidding me kitty?”
“No…I’m not kidding and I’m serious with my big decision!” ujarnya tegas.
“Ok…so what? What’s your answer?” tak sabar pula Faliq nak mendengar jawapan dari mulut Lili sendiri. Live
kot?“So my final big decision is…” sengaja dia buat saspens. Tengok gaya muka si Faliq ni pun aku dah tahu yang dia tak sabar-sabar nak dengar jawapan dari mulut aku.
“What?” gesa Faliq.
“My decision is yes. Aku akan kahwin dengan kau. Aku tak nak benda menjejaskan kedudukan walid kau. So, deal?” Lili menjongketkan keningnya.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...