Orang mula beransur pergi. Kini, hanya tinggal Lili dan Puan Mashitah sahaja di kubur. Dalili pula dalam perjalan pulang ke Terengganu. Air mata masih menemani mereka.
Abah…kenapa abah pergi cepat sangat abah? Kenapa abah tinggalkan Lili? Lili rindukan abah. Lili nak pergi sekolah naik motor dengan abah. Tapi sekarang? Tak ada siapa yang akan hantar Lili naik motor lagi abah. Ibu pulak dia tak berani nak bawak motor abah.
Sebenarnya Lili banyak tipu abah. Lili tipu yang Lili tak pandai bawak motor walhal Lili pandai naik motor. Lili boleh bawak motor tapi Lili tak nak sebab Lili lebih suka membonceng motor dengan abah.
Abah…sekarang dah tak ada siapa lagi yang akan temankan Lili. Bergurau-senda dengan Lili malam-malam. Siapa yang nak buat macam tu dengan Lili? Abah je yang mampu membuat seluruh keluarga ketawa dengan lawak bodoh abah tu.
Puan Mashitah mengusap lembut bahu anaknya. Ya Allah…kau kuatkanlah semangat aku dengan anak-anakku Ya Allah. Sesungguhnya aku terasa lemah sekarang ini Ya Allah. Tempat untuk aku bergantung sudahpun meninggalkan ku Ya Allah. Sesungguhnya aku tahu Kau ada perancangan yang lebih baik untuk keluarga aku.
“Lili…jom balik eh? Tak baik menangis lama-lama macam ni,” pujuk Puan Mashitah bila Lili masih lagi dengan air matanya.
“Tak nak ibu. Lili nak abah…”
“Ya Allah Lili…tak baik macam ni. Biarkan abah pergi dengan aman Lili. Kalau Lili macma ni, abah takkan pergi dengan aman dan Allah akan marah Lili sayang sebab cara Lili ni lebih kepada meratap. Tak elok!”
Lili menggelengkan kepalanya. Faliq menyeka air matanya pergi. Tak kuat sebenarnya bila melihat Lili menangis di hadapannya. Tambah lagi dengan air mata Puan Mashitah yang masih setia mengalir melihat kelakuan anaknya.
“Mak cik…” suara Faliq perlahan. “Mak cik tunggu dekat kereta dulu ya? Lili biar saya uruskan,” Puan Mashitah mengangguk kecil lalu bangun dari tempat duduknya. Berjalan menuju ke arah kereta.
Faliq bertinggung di sebelah Lili. Lili masih lagi dengan air matanya yang tak habis-habis. Tangannya ringan sahaja hinggap di bahu Lili.
“Dahlah tu. Tak baik kau meratap macam ni. Jom balik?” Faliq cuba memujuk.
“Aku tak nak…aku nak abah…”
Faliq melepaskan keluhannya. Susah macam ni. “Lili…tak baik tau kau buat macam ni? Kau tahu tak kalau kau berperangai macam ni, abah kau akan lebih terseksa di sana. Kau nak ke abah kau terseksa disebabkan perangai kau ni?”
Lili berhenti menangis lalu memandang Faliq. “Kau nak cakap aku teruk?”
“Bukan macam tu Lili tapi kalau kau menangis tak tentu hala macam ni, macam mana abah kau akan aman di sana? Kau tak boleh macam ni Lili!”
“Kau takkan faham Faliq! Abah adalah segala-galanya untuk aku!” bentaknya keras.
“Ya aku faham abah kau adalah segalanya untuk kau tapi kau tengoklah. Aku ni lagi sadis dari kau! Sekurang-kurangnya kau masih ada ibu kau yang mampu masak dan jaga kau sekarang ni! Aku? Aku tak ada mak dari kecik lagi Lili! Tolonglah fikir! Kesiankan abah kau. Kalau kau terus-terus macma ni, maknanya kau tak kesiankan abah kau!” kali ini dia cuba reverse psychology.
Dia menarik bahu Lili untuk bangun. Walaupun berat hati, dia terpaksa bangun juga. Sekuat mana pun dia melawan, dia tahu kudrat Faliq lebih kuat darinya. Ya…aku harus lepaskan abah pergi. Itu yang terbaik.
“Kita balik ok?” Lili mengangguk. Faliq memimpin Lili ke kereta.
“Ibu!” laung Dalili yang melangkah ke arah Puan Mashitah. Dalili mendakap erat tubuh ibunya.
“Ibu, macam mana boleh jadi macam ni?” soal Edri. Suami Dalili.
“Abah dia kemalangan di simpang jalan besar. Kereta tak sempat brek bila abah melintas.”
“Ya Allah…”
Pandangan Dalili tertumpu pada Lili dan seorang lelaki yang berjalan di sebelahnya. Siapa pulak lelaki tu? Sedap je dia pegang bahu adik aku.
“Ibu…siapa tu?” panjang muncung Dalili menunjuk ke arah Lili dan Faliq.
“Oh…tu kawan Lili. Faliq namanya.”
“Dia buat apa?”
“Dia tolong bawak ibu dan Lili ke sini tadi…” jawab Puan Mashitah sambil memandang ke arah Lili dan Faliq.LILI duduk termenung di tepi pantai. Fikirannya kosong. Walaupun matanya tertumpu pada pantai, tetapi hatinya masih rasa kosong. Sudah 3 hari abah pergi meninggalkan aku, tapi aku tak boleh nak terima.
Aku rindu nak dengar lawak bodoh dia. Aku rindu nak rasa dia usik aku malam-malam. Ada saja tangan dia tu nak merayap. Geletek badan aku. Aku rindukan semua tu.
Faliq melangkah ke arah Lili yang sedang duduk di tepi laut. Habis seluarnya basah kerana air. Faliq melabuhkan punggungnya di sebelah Lili. Tak kisahlah kalau seluarnya basah pun. Janji dia berada dengan Lili.
“Senyumlah sikit,” ujarnya perlahan sambil memerhatikan anak-anak muda yang riang bermandi ria di laut.
“Aku nak senyum macam mana kalau aku tak rasa apa-apa sekarang ni?” balasnya sendu. Cepat je aku nak menangis sekarang ni.
“Senyum tu senang je kalau kau cuba lupakan kesedihan yang kau alami. Aku tengok mak cik dengan kakak kau dah tak nangis pun. Kau ni je yang melebih…”
“Kau tahu apa pasal aku Faliq? You know nothing about me. Kau tak rasa apa yang aku rasa sekarang!”
Faliq menyedut udara lalu menghembuskannya perlahan. “Kau cakap aku tak rasa apa yang kau rasa sekarang? Kau tahu tak kau dah cukup beruntung bila kau lahir terus boleh nampak muka ibu dan abah kau. Bukannya macam aku. Aku lahir je ke dunia ni, aku tak dapat tengok wajah umi aku yang sebenarnya. Aku lahir terus nampak muka walid aku je. We’re under same situation. Kau dan aku sama je.”
Faliq mencapai ranting kayu kecil lalu menulis sesuatu di atas pasir. Perkataan move on with your life terukir di atas pasir.
“Perkataan ni je yang aku selalu guna. Move on with your life. Perkataan nilah yang membuatkan aku bersemangat. Kau pun kena move on jugak. Tak boleh nak ikut perasaan kau sangat. Kesian mak cik aku tengok. Asyik pujuk kau je. Dah jadi satu kerja pulak nak kena pujuk old baby.”
“Kau cakap apa? Old baby? Kau ni memang nak kenakan?!” badan Faliq dipukul-pukul. Faliq tertawa kecil.
“Yelah. Kau ingat kau tu baby ke yang perlu dipujuk selalu? Menangis ada orang tolong dodoikan balik? Please lah…”
Sedikit sebanyak kekosongan di hati Lili pergi berlalu. Terpujuk dengan sindiran Faliq terhadap dirinya. Ya…sampai bila aku nak jadi macam ni? Aku kena move on. Aku perlu fokus kepada SPM yang akan datang nanti.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...