Majlis akan berlangsung tidak lama lagi. Lili memandang Kak Jah yang sibuk mengubahsuai barang hantaran. Nak bagi cantiklah kononnya. Aku tengok nampak biasa je.
Punggungnya dilabuhkan di sebelah Kak Jah. Kak Jah mengukirkan senyuman kepada Lili. Nampak macam bahagia je Kak Jah ni? Aku yang nak kahwin ke Kak Jah?
Damia yang lena di pangkuaannya
dipandang. Nyenyak betul budak ni tidur. Tak tahu langsung apa yang berlaku di persekitarannya.
Andainya aku boleh jadi macam Damia kan? Tak tahu pun apa yang akan berlaku nanti. Rileks je. Boleh lena dengan aman.Telefon yang berbunyi diambil dari dalam poket seluar yang dipakainya. Lili memandang nama yang tertera. Ibu. Terus dijawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum ibu…”
“Lili ada dekat rumah Pak Cik Syed lah sekarang ni. Kenapa ibu?”
“Buat apa? Tengah tengok Kak Jah ubah suai hantaran ni.”
“Esok? Ibu nak datang KL? Dengan sapa?”
“Sorang-sorang?! Isy ibu ni! Tak apalah! Biarlah Lili pergi ambik eh?” datang sorang-sorang? Aku tak yakinlah.
“Naik bas?! Tak! Tak boleh! Ini kalau kak long dengar pun, kak long tak bagi! Macam nilah, ibu naik flight jelah eh?” cadangnya. Risau kalau ibu naik bas sorang-sorang?
“Ibu! Flight ok apa ibu daripada ibu duduk atas bas berjam-jam! Tak kira! Ibu naik flight jugak!”
“Tak! Keputusan Lili muktamad! Hari ni Lili book ticket flight untuk ibu. Lagipun Izzul ada di Terengganu sekarang ni. Jadi, Lili akan call Izzul dan suruh Izzul hantar ibu ke airport!”
“Tak kisahlah ibu! Lebih baik ibu naik flight! Cepat sikit. Tak gaduhlah lenguh-lenguh badan!”
“Alah! Bila ibu sampai di sini, Lili yang akan ambik ibu. Don’t worry lah! Ok? Bye ibu! Assalamualaikum!” terus dia menutup telefon. Hah…
kalau banyak cakap, banyak lagi benda yang ibu akan bangkang.Laman contact dibuka lalu nama Izzul ditype. Nama Izzul disentuh lalu memanggil. Beberapa saat, Izzul menjawab.
“Hello Izzul?”
“Hmmm…ada apa kau call aku ni?” amboi dia ni! Macam tak suka je aku call dia?
“Cara kau tanya ni macam tak suka je aku call kau? Kau ada hal ke? Kalau ada, tak apalah. Aku call lain kali,” niatnya saja-saja nak merajuk dengan Izzul. Nak tengok pandai tak dia pujuk aku.
“Eh! Mana ada! Sorry lah. Aku baru je bangun tidur. Mood tak stabil lagi. Ada apa ni?”
Lili tersengih sebentar. “Aku nak mintak tolong kau boleh? Tak banyak pun. Sikit je.”
“Sure sikit je?”
“Ye! Tak ikhlas langsunglah kau ni!”
“Mana ada? Aku ikhlas apa? Cuma, kalau banyak tu, aku kena mintak upahlah. Hehehe…” Izzul ketawa di talian. Lili mencebik. Dasar buat kerja tak ikhlas!
“Yelah! Aku cuma mintak satu je dari kau. Aku nak kau hantar ibu aku ke airport esok boleh? Please?”
“Ibu kau ke airport? Kenapa? Nak buat umrah ke? Ke Haji?” bodoh punya Izzul! kutuk Lili dalam hati.
“Mangkuklah kau ni! Mana ada. Dia nak datang KL esok. So, aku book ticket flight untuk ibu aku. Aku tak nak dia naik bas. Lambat. Nanti dia sakit badan apa pulak.”
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...