Lili tersedar dari tidurnya. Perlahan-lahan matanya dibuka. Dia menenyeh sedikit matanya bila dirasakan silau menusuk masuk ke matanya. Aku dekat mana ni? Dia memandang ke arah Faliq yang sedang duduk di tepi pantai. Dekat mana aku ni eh?
Kalau tak silap aku, dekat sini Chendering. Tapi, buat apa dekat sini? Aku ingatkan dia nak bawak aku ke pulau ke apa? Rupanya dia ada tempah chalet. Mana kau tahu dia ada tempah chalet. Pandai-pandai kau eh?
Lili membuka pintu kereta lalu melangkah keluar. Pintu kereta ditutup. Kakinya melangkah ke arah Faliq. Dahlah enjin kereta tak dimatikan. Nasib baik jugak aku matikan enjin kereta dia tu. Kalau tak, free je orang curi.
Kunci kereta diletakkan di depan muka Faliq. Faliq tersedar dari lamunannya lalu memandang Lili yang sedang berdiri di sebelahnya sebelum melabuhkan punggung di sebelahnya. Faliq menyimpan kunci di dalam poket seluarnya.
Hidungnya menghirup udara segar. Nyaman rasanya. Boleh tenangkan hati siapa-siapa yang tengah serabut sekarang ni. Deruan ombak pantai menyapa gegendang telinganya. Shawl yang dipakainya terbang sedikit oleh kerana angin pantai yang menyapanya.
Faliq menoleh memandang Lili yang sedang memejamkan matanya. Mungkin sedang menikmati suasana dan angin pantai di sini. Well, siapa yang tak sukakan pantai kan? Yang tak suka keluar melepak pun, bila tengok pantai je dah mula rasa nak pergi main dan bermandi-manda.
“Kau suka?” soal Faliq bila Lili kembali membuka matanya. Lili memandangnya sebentar sebelum kembali memandang pantai di hadapannya.
“Suka…gila kau tak suka? Aku membesar di Terengganu kot dan pantai ni dah jadi sebahagian daripada hidup aku…” balasnya sambil tersenyum. Seronok tengok pantai sebenarnya. Rasa nak mandi pantai pun ada sebenarnya.
“Ya…no wonder kau feeling sangat sampai terpejam mata kau tu…” Faliq tertawa sedikit bila Lili wajahnya mula cemberut.
“Oh…kau skodeng aku eh? Eii…suka ambik kesempatan kan?” bahu Faliq disenggol. Mengacau keamanan aku.
“Dah kau buat wayang percuma, aku pun tengoklah secara percuma,” Faliq tertawa kecil apabila berjaya mengenakan Lili.
“Kenapa kau bawak aku ke sini?” terus dia menuka topik lain. Makin lama, dia ni makin melampau tahap nak makan pasir pantai ni.
“Honeymoon…macam aku dah cakap tadi. Why? Ada masalah di situ?”
Grrrr…dia ni kan memang suka betullah nak kenakan aku. Kalau jawab tu tak main-main, tak sah! Hempuk jugak kang dengan batu pantai ni.“Jangan main-mainlah Faliq. Kau nikan…dengan baju pun tak bawak…”
“Pasal baju don’t worry. Dah ada pun dalam kereta,” terus pandangannya dihalakan kepada Faliq. Agak terkejut jugaklah bila suaminya cakap baju ada di dalam kereta. Sejak bila pulak dia kemaskan baju?
“Aku dah kemaskan waktu kau tidur…” ujar Faliq seolah-olah mengerti apa yang berlegar dalam kepala otak Lili sekarang ni.
“Sekarang…kau pergi dekat kereta then ambik beg baju kau dan aku. Ada dalam bonet kereta. Kau masuk mandi then pakai baju berwarna pink yang ada dalam beg kau.”
“Huh?”
“Tak payah nak huh sangat Puan Lili. Pergilah ambik beg baju. Then, pergi masuk bilik. Aku dah check in pun tadi. Pintu bilik tak kunci.”
“Ok…” Lili bangun menuju ke kereta Faliq. Bonet kereta dibuka. Beg baju dia dan Faliq dibawa keluar. Bonet kereta ditutup kembali lalu dia berlalu masuk ke dalam chalet.
YOU ARE READING
Suri Hati Syed Faliq
RomanceSyed Umar Faliq, jejaka hot di sekolah. Sebut sahaja nama Syed Umar Faliq, semua sudah tahu bahawa gerangannya sememangnya hensem dan diminati oleh kalangan budak perempuan di sekolah. Dirinya memang diminati ramai kecuali seorang sahaja yang langsu...